September 20, 2016

NamjaNen

.
.
.
Semalam aku balik naik bas. Sebab nak kejar kelas pukul 1.30 di Samsung yakni kelas atas bukit yang masih tak buat aku kurus tu. So dah plan kena bagi tau driver bas kena berhenti di gisuksa. Sebab minggu lepas aku tak bagi tau, bas terus ke mohyeon. Buang masa ikut bas pastu patah balik naik bas sama. Bas tu tak ada loceng nak tekan walawei.


Ok, patah balik ke driver bas aku semalam. Aku naik je, terus terkejut. Lom sempat nak bagi tau suruh stop kat gisuksa lagi. 

(Mak ai, muda giler namja driver bas ni. Handsome lak tu. Ala pelakon Korea yang banyak tu lah. Tapi aku suka Jo In-Sung dan Kwang Sang-Woo and lagi 10 juta pelakon Korea). 5 saat kedu. 


(Grandma.... stop visualising all the Korean actors). 


Ok back to reality. Aku pun cakap, 'Gisuka, juseyo!'. Dia tunduk. Maksudnya badan pun gerak sekali. Bukan kepala je angguk ye. (Sila cuba). Rupanya dia tunduk sikit dan angguk pada semua student yang wish dia annyeong haseyo. Tu tanda dia respon. Hmmm. (Kau ingat kau special ke  DrNotts wehh).


Pastu aku pun duduk depan sekali. Yakni betul2 belakang dia. Bayangkan. Selisih je dengan bas lain, dia tunduk dan angguk kepala tanda hormat kat driver bas satu lagi. Tunduk literally. Tunduk kat driver bas yang selisih tu ye. Adalah dalam 7 bas selisih dan dia still tunduk dan angguk.  Kalau 30 bas sehari which is yang possible, memang letih nak tunduk. Mak ai, hormat giler dia ni kat sonbae dia. Maklumlah muda so kena hormat kat senior tu. Tapi alahai, sopan giler dia ni. Dah lah sopan, muda lak tu. Mesti student jatuh cinta kat dia ni. Rasanya dia baru sebab tu jadi gitu. 

Pokoknya, driver bas yang satu lagi tu nampak ke dia tunduk dan angguk?? Sighhh. Tak apa. Janji handsome. 


Ahjushi kening lukis yang cerita dulu tu, cam tak nampak dah. Mati dah ke?



Moga hari ni aku jumpa dia lagi, tak payah aku cakap suruh berhenti kat gisuksa. Letih nak berlatih sebut ayat tu tau. hahahhah. Poyo je. 


Alim pergi Seoul semalam. Budak yang aku call tak angkat. Nak kena baling fon dia ni. Pastu dia kata dia makan 3 kebab. I thought dia beli untuk aku. Rupanya dia sapu semuanya dan cakap, I thought you don't like kebab. Iyolah wahai anak. Sekeh kang.


Semalam sojuk sikit. 15 darjah pagi. By noon dah panas 26 darjah. Malam sojuk balik. Nak autumn dah kot.




Yongin, Korea


***