September 18, 2016

Korea as in Koreeeya

.
.
.

Baru jap ni video call dengan cucu-cucu. Kita ada 5 cucu yarr. 

Kalau dengan Yusuf (10 bulan), dah sure budak tu tersengih kat Grandma. Nampaklah gigi dia yang dah banyak tu. Siap marah kalau fon tak arah ke muka dia. Dia rindu grandma tu. Atau dia nak tengok muka dia sendiri. Sighhh must be the latter.

Pastu video call dengan Mateen (1 tahun) and Sofea (4 tahun) pulak. As usual, Mateen akan pandang grandma dengan wajah selamba tanda protes tak dapat puting atau pun tengah fikir, 'siapalah yang dok asyik agah aku ni'. Must be both. As for Sofea yang dah umur nak 4 tahun tu, bila video kat dia je dia akan cakap 'Mimma Koreeeeeya'. Hambek kau. Punya panjang negara Korea ni ye. 

Semalam lak, video call dengan Lana (6 tahun) dan Vivy (3 tahun). As usual, Lana will automatically, 'How are you, grandma?'. Ok we ask each other that question bila jumpa. Pastu Vivy lak yang pandai bercakap tu, akan nak tengok muka grandma yang sembab asyik tidur sejak kerja di Korea ni. Semalam lak the whole day hujan. 

Maka, lepas lah rindu kejap dengan cucu-cucu sekalian. 

Semalam aktiviti memang mereput je kat rumah. Memang boleh hujan satu hari kot. Dari malam sebelum tu hinggalah ke pagi dan sampailah ke malam. Satu hari, Jack. Ingat nak ke Seoul makan lobster. Tapi fikir balik, kalau bawak payung pun, sure jadi lencun. Awan menangis kali ni. 

Hari ni pulak, cadang nak ke Seoul lagi. Asyik cadang je. Pastu Alim ingatkan bahawa, hari ni semua student dan orang kerja balik Seoul. Sebab dah cuti 5 hari sempena Hari Chuseok. Raya dorang lah ni. So fikir, dah sure jem dan berebut naik bas. Dahlah bas dalam uni ni tak gerak sejak cuti raya ni. Maka aku kenalah bertapak hingga ke Mohyeon yakni lebih kurang 1km, untuk amik bas.

Tapi tak kurus gak. 

Satu yang paling aku bangga, cuti 5 hari ni, aku siap 2 paper. yahooo. Pastu yang paling best tu, siap hantar ke jurnal terus untuk publish. Memang aku bangga pada diri aku. Aku start satu paper tu hari Jumaat, siap malam tu, terus emel ke jurnal tu malam tu jugak. Pastu tidur lena. Pagi sabtu semalam, terus tengok email. Kena reject paper tu cik yah oiii. Dengan alasan, jurnal tu dah ada paper for publication hingga ke tahun 2019. Apakah? Uwahhhhh Nangis you all sebab jurnal tu punya impact factor tinggi. Aku dah berangan nama naik lagi untuk publication this time around. Ha, tulah, konfiden sangat. Terus kena tampar. Hahhaha padan muka kau DrNotts. So semalam gak, cari jurnal lain, hantar lagi. Pagi ni tak ada email reject lagi. hahaha Memanglah tak ada, Ahad kot.


So hari ni, terus nak tulis satu lagi paper. 


Yongin, Korea


****