.
.
Gaji dapat awal pulak bulan ni. Taklah awal sangat tapi dalam dua hari gitu. Kalau tahu gaji jumaat dapat ritu, dah sure gi ke bank untuk wire ke Malaysia. Tapi aku pun tahu bila dah sampai emart untuk beli sabun basuh kain. Tak sempat nak balik ler.
Yup, aku dah catit jumlah gaji dan dah convert. Will do this tiap bulan. Yelah, takut lupa pulak jumlah dan money converter for that day. Insyaallah aku zakat nanti. Balik Malaysia baru buat. Memang biasa aku buat gitu sebab kang masuk neraka kalau tak buat. Takut sangat.
By the way, duduk kat Korea ni lah merasa jadi jutawan. Haha. Duit won memang pakai juta-juta je. Kalau kat Malaysia, jangan harap nak jadi jutawan. Tu pun kalau aku jual barang kosmetik, boleh je nak jadi jutawan.
Semalam hantar Alim ke airport. Dia balik kejap untuk SPM. Budak yang semedang tak study tu. Lantak kaulah Alim. Nanti, habis exam dia balik Korea. Aku sampai rumah petang. Punyalah jauh aku rasa. Yelah. Lebih kurang 3 jam nak ke Incheon. Balik pun 3 jam gak. Malam tu tidur, macam kena buai sebab terasa macam dalam bas dan train.
Alhamdullillah Alim dah sampai Malaysia malam tadi. Aku punyalah risau. Aku ni risau cam entah apa. Kalau anak2 keluar ke outing ke, biar aku tak contact dorang sebab aku akan double risau. Yang aku tahu, dorang dah sampai.
Dapat video call dengan Sofea, Mateen dan Yusuf malam tadi. Best giler. Walaupun bebudak tu cam lebih excited kat sana tengok toys dari tengok grandma dia yang asyik merah je muka.
kat apartment kami. si budak nak balik Malaysia |
balik baca buku. tinggal sebulan je nak spm |
tengah tunggu train ke Busan. eh |
Yongin, Korea
***