September 30, 2016

Resepi Bayam Korea

.
.
.
Pagi ni 19 darjah.
Sejuk sikit.

By the way.
Dulu aku pernah bagi resepi bayam Korea di sini.
Tapi aku sendiri pun lupa entah bila.
Maka, marilah kita cuba buat.
Boleh disimpan dari fridge untuk makan seminggu.

BAYAM KOREA

Bahan-bahannya:
Bayam - 2 ikat
Olive oil/ Sesame oil/ Apa je minyak - 3 sudu besar
Soya sauce cair - 2 sudu
Bawang putih cop - 2 ulas
Bijan (sudah digoreng kering, separuh tumbuk lebih lemak-ni aku terbeli yang tak tumbuk)

Cara-cara
1. Rendam bayam bagi hilang semua pasir.
2. Celur bayam dalam air panas.
3. Keluarkan dan tos dalam air sejuk.
4. Perah semua air dari bayam.
5. Campur semua bahan-bahan di atas.
6. Gaul.
7. Boleh simpan dalam peti sejuk dan makan untuk seminggu.
8. Tarra.

beginilah rupa bayam Korea. Pendek je dan sehelai-sehelai je. potong yang bahagian bawah tu, dah settle boleh basuh

rendam bayam supaya tak ada pasir. bawah tu ada besen so rendam jap dan tukar air beberapa kali sebab banyak pasir. bayam korea memang gini. sehelai sehelai dan batang pendek. ni pun aku kerat satu inci je dari bawah.

celur bayam

setelah celur terus lalukan ke air sejuk. air sini sejuk so no problem

perah semua bayam tu. pasti hilang semua air tadi

letak minyak olive oil/minyak bijan (lupa amik gambar), sesame seed (sudah digoreng kering, patutnya yang hampir hancur baru lemak dan soya sauce cair

letak chop bawang putih. ni aku beli yang dah siap. satu sudu kecik/dua ulas

gaulkan semua bahan tadi dan bayam

tara. minum dengan ephyra. hahah 

ni lunch aku. nasi with sambal udang petai semalam dan potong baby tomato, bayam korea dan ephyra. oh lupa aku makan dengan sambal bilis garing che'nor. lupa letak gambar





Yongin, Korea


***

September 28, 2016

Tips to Sit or Sleep in the Train to Seoul

.
.
.

You can sit or sleep in the train to Seoul. How? Where? When? Just do it. Go with the flow. Haha.

how do you sit or sleep in the train? 





*sibuk je dia nak amik gambar orang tidur!!


Yongin, Korea


***

September 27, 2016

Mereka Berdua di Korea

.
.
.

Aku kelas pagi semalam. Depan meja aku ni ada couple. Yup, couple dalam kelas. Yang lelaki lambat sikit datang. Bila sampai je, dia duduk sebelah perempuan tu. Boleh ke kau nak bau bau rambut perempuan tu. Pastu nak belai rambut dia. Wehhhhh kelas aku kot weh. Kelas aku mengajar. Cih.


ni bukan couple tu. ni couple yang lain. smart giler weh. ni aku nampak kat seoul station. ahad memang banyak yang pakai uniform tapi ni cute.
By the way, yang kat atas tu sangat smart. Aku tengok pun cam best je kerja jadi askar. Oh ye, beg tu aku pernah tengok. Sebab student dalam kelas aku ada dua orang yang bawak. Entah tentera apa aku tak pasti budak kelas aku tu. Tapi bukan marine cam kat atas ni. Warna lain uniform dia. Aku tanya gak kat dorang, dalam tu ada apa. Ada emas ke? Opkos dia kata ya. Ceh.


aku nak balik rumah pun bersepah jumpa cam ni. merata you all. kat sini ialah biar buat onar terang-terang. haahha


Ni baru contoh ye. Tapi yang tak tahan tu, dalam kelas, kat corridoor, kat tangga, kat dormitory siap bertwing bagai, tu belum kat tasik uni ni, kat library yada yada yada.  Pastu boleh lah nak bertwing tu kat kerusi betul2 sebelah bangunan apartment lecturer. hishh, nak kono budak2 ni.

By the way, menurut student2 Korea ni, kalau di uni lah yang kena couple sebab kalau dah kerja, sure tak akan kawin dah. Ye ke. Elok je dalam drama tu.




Yongin, Korea

***


September 26, 2016

Gaji Korea

.
.
.

Gaji dapat awal pulak bulan ni. Taklah awal sangat tapi dalam dua hari gitu. Kalau tahu gaji jumaat dapat ritu, dah sure gi ke bank untuk wire ke Malaysia. Tapi aku pun tahu bila dah sampai emart untuk beli sabun basuh kain. Tak sempat nak balik ler.


Yup, aku dah catit jumlah gaji dan dah convert. Will do this tiap bulan. Yelah, takut lupa pulak jumlah dan money converter for that day. Insyaallah aku zakat nanti. Balik Malaysia baru buat. Memang biasa aku buat gitu sebab kang masuk neraka kalau tak buat. Takut sangat.


By the way, duduk kat Korea ni lah merasa jadi jutawan. Haha. Duit won memang pakai juta-juta je. Kalau kat Malaysia, jangan harap nak jadi jutawan. Tu pun kalau aku jual barang kosmetik, boleh je nak jadi jutawan.


Semalam hantar Alim ke airport. Dia balik kejap untuk SPM. Budak yang semedang tak study tu. Lantak kaulah Alim. Nanti, habis exam dia balik Korea. Aku sampai rumah petang. Punyalah jauh aku rasa. Yelah. Lebih kurang 3 jam nak ke Incheon. Balik pun 3 jam gak. Malam tu tidur, macam kena buai sebab terasa macam dalam bas dan train.


Alhamdullillah Alim dah sampai Malaysia malam tadi. Aku punyalah risau. Aku ni risau cam entah apa. Kalau anak2 keluar ke outing ke, biar aku tak contact dorang sebab aku akan double risau. Yang aku tahu, dorang dah sampai.


Dapat video call dengan Sofea, Mateen dan Yusuf malam tadi. Best giler. Walaupun bebudak tu cam lebih excited kat sana tengok toys dari tengok grandma dia yang asyik merah je muka.


kat apartment kami. si budak nak balik Malaysia


balik baca buku. tinggal sebulan je nak spm


tengah tunggu train ke Busan. eh




Yongin, Korea


***


September 21, 2016

Sebelum Musim Luruh di Korea

.
.
.

Kali ni gambar je yar. Mentara tunggu bas nak kerja, aku pun amiklah gambar. Cam dejavu sebab dulu pun aku amik gambar gini gak. Kiri kanan pokok ginkgo biloba. Kalau berbunga memang cantik. Bila bunga dah gugur, tak best sebab bunga sepah kat bawah dan mula busuk. 

Yang bestnya bunga sakura ni ialah, bila musim bunga, bunga sakura akan keluar. Dua minggu je ye. Sebab tu ramai tourist nak datang ke sini or Jepun nak tengok bunga ni blossom. Habis je dua minggu, bunga gugur ke tanah. Pastu keluarlah daun-daun hijau. Kuasa Allahkan. Bunga keluar dulu baru daun. 

Sekarang, daun-daun dah nampak mula nak cokelat sikit-sikit. Dah nak musim luruh ni. Angin dah mula tiup kuat. Cuaca nak mula sejuk. Masa summer, sampai 40 darjah. Dah macam kat Malaysia lak dah. Now paling tinggi pun 27 darjah celcius. Pagi ni je 14 darjah. Beku jari aku nia bila menaip. Masa nilah daun mula kering. 




kiri kanan tu pokok ginkgo biloba

tunggu bas nak ke atas gunung tu. kiri tu pun ginkgo biloba


ni seberang jalan mentara tunggu bas. jalan yang kiri menuju ke atas tu tempat aku kerja di samsung bila petang. siang atas gunung lain, petang kat atas ni pulak. tak kurus gak

kat ig aku. ni dari kelas aku ajar. tingkat 5. cantikkan. kita tunggu foliage. mesti lagi cantik. apartment aku nun sebalik gunung ni. 


Gambar last tu, aku amik masa student rehat jap. Kelas 3 jam so ada yang resah sebab lapar. Kau ingat aku tak lapar. Habis kelas pukul 1, terus naik bas turun ke bawah. Pastu daki bukit lagi satu untuk mengajar staf samsung. 7 jam aku kerja weh. Tapi samsung bagi gaji lain. kayo grandma huahuahuah. Bertabah kau DrNotts.


#KurusNot



Yongin, Korea


***

September 20, 2016

NamjaNen

.
.
.
Semalam aku balik naik bas. Sebab nak kejar kelas pukul 1.30 di Samsung yakni kelas atas bukit yang masih tak buat aku kurus tu. So dah plan kena bagi tau driver bas kena berhenti di gisuksa. Sebab minggu lepas aku tak bagi tau, bas terus ke mohyeon. Buang masa ikut bas pastu patah balik naik bas sama. Bas tu tak ada loceng nak tekan walawei.


Ok, patah balik ke driver bas aku semalam. Aku naik je, terus terkejut. Lom sempat nak bagi tau suruh stop kat gisuksa lagi. 

(Mak ai, muda giler namja driver bas ni. Handsome lak tu. Ala pelakon Korea yang banyak tu lah. Tapi aku suka Jo In-Sung dan Kwang Sang-Woo and lagi 10 juta pelakon Korea). 5 saat kedu. 


(Grandma.... stop visualising all the Korean actors). 


Ok back to reality. Aku pun cakap, 'Gisuka, juseyo!'. Dia tunduk. Maksudnya badan pun gerak sekali. Bukan kepala je angguk ye. (Sila cuba). Rupanya dia tunduk sikit dan angguk pada semua student yang wish dia annyeong haseyo. Tu tanda dia respon. Hmmm. (Kau ingat kau special ke  DrNotts wehh).


Pastu aku pun duduk depan sekali. Yakni betul2 belakang dia. Bayangkan. Selisih je dengan bas lain, dia tunduk dan angguk kepala tanda hormat kat driver bas satu lagi. Tunduk literally. Tunduk kat driver bas yang selisih tu ye. Adalah dalam 7 bas selisih dan dia still tunduk dan angguk.  Kalau 30 bas sehari which is yang possible, memang letih nak tunduk. Mak ai, hormat giler dia ni kat sonbae dia. Maklumlah muda so kena hormat kat senior tu. Tapi alahai, sopan giler dia ni. Dah lah sopan, muda lak tu. Mesti student jatuh cinta kat dia ni. Rasanya dia baru sebab tu jadi gitu. 

Pokoknya, driver bas yang satu lagi tu nampak ke dia tunduk dan angguk?? Sighhh. Tak apa. Janji handsome. 


Ahjushi kening lukis yang cerita dulu tu, cam tak nampak dah. Mati dah ke?



Moga hari ni aku jumpa dia lagi, tak payah aku cakap suruh berhenti kat gisuksa. Letih nak berlatih sebut ayat tu tau. hahahhah. Poyo je. 


Alim pergi Seoul semalam. Budak yang aku call tak angkat. Nak kena baling fon dia ni. Pastu dia kata dia makan 3 kebab. I thought dia beli untuk aku. Rupanya dia sapu semuanya dan cakap, I thought you don't like kebab. Iyolah wahai anak. Sekeh kang.


Semalam sojuk sikit. 15 darjah pagi. By noon dah panas 26 darjah. Malam sojuk balik. Nak autumn dah kot.




Yongin, Korea


***




September 18, 2016

Korea as in Koreeeya

.
.
.

Baru jap ni video call dengan cucu-cucu. Kita ada 5 cucu yarr. 

Kalau dengan Yusuf (10 bulan), dah sure budak tu tersengih kat Grandma. Nampaklah gigi dia yang dah banyak tu. Siap marah kalau fon tak arah ke muka dia. Dia rindu grandma tu. Atau dia nak tengok muka dia sendiri. Sighhh must be the latter.

Pastu video call dengan Mateen (1 tahun) and Sofea (4 tahun) pulak. As usual, Mateen akan pandang grandma dengan wajah selamba tanda protes tak dapat puting atau pun tengah fikir, 'siapalah yang dok asyik agah aku ni'. Must be both. As for Sofea yang dah umur nak 4 tahun tu, bila video kat dia je dia akan cakap 'Mimma Koreeeeeya'. Hambek kau. Punya panjang negara Korea ni ye. 

Semalam lak, video call dengan Lana (6 tahun) dan Vivy (3 tahun). As usual, Lana will automatically, 'How are you, grandma?'. Ok we ask each other that question bila jumpa. Pastu Vivy lak yang pandai bercakap tu, akan nak tengok muka grandma yang sembab asyik tidur sejak kerja di Korea ni. Semalam lak the whole day hujan. 

Maka, lepas lah rindu kejap dengan cucu-cucu sekalian. 

Semalam aktiviti memang mereput je kat rumah. Memang boleh hujan satu hari kot. Dari malam sebelum tu hinggalah ke pagi dan sampailah ke malam. Satu hari, Jack. Ingat nak ke Seoul makan lobster. Tapi fikir balik, kalau bawak payung pun, sure jadi lencun. Awan menangis kali ni. 

Hari ni pulak, cadang nak ke Seoul lagi. Asyik cadang je. Pastu Alim ingatkan bahawa, hari ni semua student dan orang kerja balik Seoul. Sebab dah cuti 5 hari sempena Hari Chuseok. Raya dorang lah ni. So fikir, dah sure jem dan berebut naik bas. Dahlah bas dalam uni ni tak gerak sejak cuti raya ni. Maka aku kenalah bertapak hingga ke Mohyeon yakni lebih kurang 1km, untuk amik bas.

Tapi tak kurus gak. 

Satu yang paling aku bangga, cuti 5 hari ni, aku siap 2 paper. yahooo. Pastu yang paling best tu, siap hantar ke jurnal terus untuk publish. Memang aku bangga pada diri aku. Aku start satu paper tu hari Jumaat, siap malam tu, terus emel ke jurnal tu malam tu jugak. Pastu tidur lena. Pagi sabtu semalam, terus tengok email. Kena reject paper tu cik yah oiii. Dengan alasan, jurnal tu dah ada paper for publication hingga ke tahun 2019. Apakah? Uwahhhhh Nangis you all sebab jurnal tu punya impact factor tinggi. Aku dah berangan nama naik lagi untuk publication this time around. Ha, tulah, konfiden sangat. Terus kena tampar. Hahhaha padan muka kau DrNotts. So semalam gak, cari jurnal lain, hantar lagi. Pagi ni tak ada email reject lagi. hahaha Memanglah tak ada, Ahad kot.


So hari ni, terus nak tulis satu lagi paper. 


Yongin, Korea


****

September 15, 2016

Cuti Tiga Hari Masak Kari

.
.
.

Sehari sebelum cuti chuseok, memang beraturlah bas persiaran kat dalam uni ni. Memang bas cari student. Dah siap beratur kat tepi jalan dalam uni ni. Ada enam tujuh bas sedia menunggu. Tepat pukul 2 semua bas jalan. First come first serve. No booking booking ok.


ni aku duduk depan so sempat amik gambar. aku naik bas sempat nak terus ke bangunan atas bukit sebab ajar staf samsung. kalau aku jalan, sure mati dah separuh.


cita-cita nak jadi national geographic photographer tapi ..

nilah perbualan antara ayam dan peacok. peacock tu aku sebab cantik. guna sign language. dorang betulkan waipai

ni jalan aku balik apartment. lalu short cut. jenuh tercungap gaklah sebab mendaki and all. still tak kurus. hishh

nilah bangunan admin for the whole uni yang baru. aku lom pernah masuk lagi sebab tak ada urusan. 


Aku cuti tiga hari. Orang chuseok aku cuti. ahhahah. Tapi dok mereput kat rumah. Hishh. Semalam start satu paper lewat malam, pagi ni dah siap. Terus hantar ke journal yang SSCI. Kotlah dorang nak terima. Kalau terima aku kaya wehhhh. Sebab satu paper terbit kat SSCI, aku akan dapat 12 juta won. Sila convert. Dapat free jekan. Tapi kok berdarah nak terbit kat SSCI kan.



Yongin, Korea


***

September 9, 2016

Update Buku Woori Bank

.
.
.
Semalam balik kerja, terus singgah bank. Tepi jalan je pun. Aku tak pernah tahu camner nak update buku. Sebab kat Malaysia mana ada buku bank dah. Yelah. Kat BSN, aku buka akaun tak payah pakai buku. Memang cayalah untuk orang yang pelupa cam aku ni. Buku bank pun tak ingat kat mana.

So semalam, aku cuba je. Sebab aku terpikir, camner dorang nak flip the pages kalau updatekan. Mesin pandai ke. So aku pikir, mesti kena masuk kad bank jugak sebab camner lah dorang nak baca. Ni mesti banyak tengok drama Korea ni sebab kat drama tu salu je masukkan buku kat mesin sendiri.

So aku cuba. Siap2 buka halaman baru. Dah bertahun tak update sure berhalaman banyak ni. Pastu tetiba, mesin tu bunyi sendiri. Wah, tak payah letak kad rupanya. Tak payah tekan nombor akaun rupanya. Fuhhh. Tunggu lagi. Pastu habis. Buku keluar. Perghhhhh dah update tiga empat halaman kot. Still, caner dia selak halaman ek. 

buku woori bank aku yang cuma ada 4,700 won. bukan ringgit ye. kalau convert adalah rm15 je. hahaha. tu yang gaji aku jadi juta-juta. aku jutawan di sini wuhuuuuu.




Yongin, Korea

***

September 8, 2016

Shrimp Burger

.
.
.
Hari ni kelas kul 1.30. So aku keluar lambat sikit. Masak siap-siap untuk kanak di rumah. Si kanak aka Alim ni asyiklah tidur. Agaknya bosanlah tu. Tapi tak nak mengaku. Takut kena hantar balik Malaysia je tu hahah. So pagi ni aku bangunkan dia. Suruh pergi Seoul. Jalan-jalan. Bagi duit tuk makan. Dia nak makan shrimp burger katanya. Kat loteria. Pastu suruh dia recci jalan sebab nanti kawan2nya nak datang.

letih nak tengok udang terkeluar tu. yummzzzzz. gambar pinjam loteria kat google




Petang semalam ada event. Students' event. 

Satu bagus pasal student Korea ni, bagilah organize apa saja event, memang tiptop student yang buat. pastu semua boleh present. kalau international conference, jangan harap ada muka lecturer, semua student korea yang organize 


ni boss aku. Prof Song. Baik sangat. siap jemput dari apartment lagi untuk attend event ni. dia ni yang bagi hadiah amore sekotak besar tu. love love love



eh opocot. *dia pandang kameralah tu


Malam tadi agak sejuk sikit tapi still tidur bukak segala tingkap dan sliding door. Konon fresh air. Aku tidur awal sebab cam penat. Baru jalan sikit dah penat. ciss.

Malam tadi masak kari ayam giler kentang. Aku yang tak suka kari ni, kira makan jugaklah.


Aha.


Yongin, Korea

***

September 7, 2016

They Left Everything Behind

.
.
.
Aku bagi take five kat students. Sebab kelas 3 jam. Dorang lesap dalam masa dua saat. Pastu   boleh tinggalkan barang kat atas meja. Handbeg dan wallet  bagai. Hishh. Bukan  kisah hilang ke. Sebab yang penting memang tak ada orang nak ambik pun. Kalau kat Malaysia tu, dengan pensel kontot dan raba besar kuku pun boleh hilang. 



aku lak jadi tukang jaga. cehhhh



Yongin, Korea


***

Facelift

.
.
.

Bangunan dapat makeup baru. Facelift lah katakan. Dulu buruk nau. Sekarang dah cantik gilos. Rasa nak pergi hari2. Not. Dalam bangunan nilah ada more than 47 languages from all over the world. Ada yang aku jumpa professor yang mengajar bahasa yang aku sendiri tak pernah dengar. Arghhh.

new facelift for the building. haha cantik kot wehh
Gambar kat atas tu lak ialah setelah turun bas, haruslah mendaki cik yah oiii. Ada tangga tapi memanglah aku takkan naik tangga tu.

ada sitting area for the students. dulu tak ada pun kerusi ni

Ada sitting area kat first floor. Bolehlah student nak lepak.



tempat photostat. beratur panjang biasanya. print nota dari e-class. macam kat semua uni from all over the world.
cantiklah sikit. still kat foyer tu. 
from the office. bayangkan naik tangga yang kiri tu. memang boleh kurus. aku takkan nail tangga.
apa gelap ni. nak tunjuk facelift bangunan ni. 


Nilah tiap hari aku harung. Tapi yang part paling best kerja di sini ialah, you only go to work masa mengajar je. Habis mengajar balik ler. Buatlah research di rumah. Internet laju kot.

Balik aku jalan kaki as usual dengan harapan aku kurus tak lama lagi. Namun, memang tak lah kurusnya. Balik je terus makan nasi. Beras kat sini sedap kot. hahah.


Cuaca best. Angin sepoi sepoi je. Summer makin hilang.


Yongin, Korea

***

September 5, 2016

Hadiah Chuseok

.
.
.
Hari ni ada kelas dari pagi. Dari pukul 9.30 hingga 1.30. Pastu balikkkkk. So kononnya nak trylah cek berapa steps balik. Nak gak kurus or nak gak spartan jalan turun bukit sambil pegang lutut. Balik je terus orang internet datang nak betulkan phone. Of course ayam cakap dengan itik. Aku cam paham je kan.

Pastu Song suruh turun ke foyer. Ada barang nak bagi katanya.

tutup je pun. tapi dah nampak amore. sebab aku memang pakai amore, ke aku pernah baca pasal amore

hambek kau... sekotak dia bagi hadiah..cukuplah pakai untuk setahun


Song bagi hadiah untuk chuseok day. Yahoooo. Hadiah weh... Besar kemain kotak hadiah ni. Marilah kita bershampoo sampai pengsan. 

Chuseok ni macam hari raya dorang. Semua balik kampung dan jalan akan jem. *read - Kami kat apartment ni akan mereput tak buat apa sebab semua kedai tutup. 

Kononnya chuseok ni, nak ucap terima kasih atas hasil tanaman untuk tahun itu. Pastu sembahyang peringatan untuk nenek moyang. 

Nanti essay student dah siap pasal chuseok, aku share kat sini ek.


Dah


Yongin, Korea


~

September 3, 2016

Mohyeon Ketam Ros

.
.
.
Jalan ke Mohyeon. Which yang biasanya aku naik bas je. Agak jauh kalau jalan sorang. Tapi since jalan dengan Alim, macam dekat je. Furthermore, summer. So jalan tak adalah licin bagai. Sepanjang jalan tu, aku dok peratikan je sungai di sebelah kanan. Manakah perginya sungai. Habis ditutup dek rumput rampai dan pokok menjalar. Sighhh, hilang dah cantiknya. 

Cuma, ada tempat pejalan kaki nak exercise di celah-celah hutan di sebelah sungai tu. Oklah nampak cantik. Since aku pun dikategorikan sebagai ahjuma, maka aku akan jalan juga pada suatu hari nanti. Suatu hari dulu, aku malas. Ngapa tak jalan sebelum ni kan!!!

Oh ye, pergi mohyeon sebab nak cari garam dan gula. Lupo nak boli. Takkan nak makan roti paung yang dah habis tu. So semalam masak ketam ros.



Patutnya ada gambar. Tapi entah syahdu pulak videonya. Maka jom kita bayangkan je. heh. Abaikan benda bulat besar dalam kuali tu. Itu ialah bawang besar yang aku letak sebijik terus. Sebab si Alim tak suka makan bawang. Tapi kalau diblend elok pulak dia makan. Ek eleh. Poyo je budak ni. Sayur tak makan tapi wrap Korea dia makan. Pehal.

403 pulak. Abaikan nombor tu. Aku dah maleh nak citer.

Dengar cerita dari Malaysia, satu staf fakulti kena cancer. Stage 4 terus. Dia pun tak tahu yang dia sakit. Satu je nak bagi tahu. Jangan kutuk agama Islam. Allah bagi terus.

Jap gi aku update lagi. Jasper tak ikut, maka kena update blog selalu. Sigh.

Dah.


Yongin, Korea


~
~
~

September 2, 2016

E-Mart and Masak

.
.
.

Semalam pergi e-mart. Yup, our favourite supermarket yang ada segala. Maka, mencarilah tefal yang diingini. Satu je cukup. Masak semua dalam tu. Jangan nak banyak songeh nak beli empat lima enam. Bukan rajin masak pun. Itulah masak kari, itulah goreng menggoreng. Guna satu je. Cam kat Malaysia ler.

So, semalam nak makan ketam ros. Makanan kesukaan anak2 aku. Dah bersemangat sebab dah beli tefal baru. huahua. Pastu letak kuali atas dapur. Nak lebur je sebab stail Korea ialah lebur je cili serbuk tu. Tetiba teringat... aku lupa beli garam and gula. Alahai. Mana pergi garam dan gula selama ni? Kalau ditinggalkan dah sure kena lipas. Maka eloklah buang semuanya.

Terus teringat citer P. Ramlee yang dia bagi hadiah kat bapak mertua dia tu. Dah lupa tajuk filem tu. Maka, tak jadi masak. Goreng telur jelah gamaknya. Makan dengan sambal bilis garing tu. Redha je alim makan.

Maka, semalam juga selesai sudah buat alien card. WE ARE ALIEN HERE IN KOREA. Just to let you know. Alien sejak mula tinggal sini, sehinggalah kini. Masih alien lagi.


view from the apartment. pokok pun dah besar dan tinggi. students can wear shorts to class. aha 

Kalau summer, memang ginilah gamaknya. Students kalau boleh nak pakai lagi pendek dari shorts. Lagi pun, ada arahan dari government untuk pakai pakaian yang loose dan sejuk. Supaya dalam pejabat or class, tak perlu guna aircond sebab nak jimat letrik. Iyo. Mati aku kepanasan kang. Maka, aku pun spare je bawak kipas tangan. Literally kipas guna tangan. hahah, rasa cam datin2 je pakai kipas sambil mengajar. 

Bertabah kau, DrNotts.


Dah.



Yongin, Korea

~
~
~

September 1, 2016

Sup Ikan Pedas, Sambal Garing Che'Nor & Roti Paung Che'Wan

.
.
.


Lunch kelmarin boleh tahan jugaklah. Sup ikan tu agak pedas tapi aku memang suka. Kalau kat Malaysia memang cili api je hari2. Maklumlah bila dah tua ni, tekak cam tak rasa sangat. So kena letak cili api cam berbungkal2. Pastu nangis kepedasan. 

mua, song and alim makan time. sedap giler kot sup ikan pedas. ai kurus here. hahaha


By the way, aku bawak roti paung ke Korea. Yup, really. Maisarah took the effort order online. Sebab aku memang teringin nak makan ritu. Ingat nak fly je ke Terengganu makan roti tu pastu balik. Tapi oleh kerana busy entah apa, lupa terus. Best giler kot roti paung tu. Jap nak promote. Haha. Sedap punya pasal, kita kena share supaya orang lain boleh rasa. Gambar kat bawah. Abaikan beras tu.


ROTI PAUNG CHE WAN
facebook: Roti Paung Che Wan
ig: roti_paung_che_wan
fon: +6012 954 6878

roti paung the bestest


Pastu yang paling berjasa ialah sambal bilik pedas. Aku bawa sekotak besar kot. Ada 50 botol. Cukuplah untuk aku makan hingga hujung tahun. Nanti kanak2 akan bawak lagi. Ni pun aku nak promote. Stokis dia sangat effisen. Call je terus nak hantar ke rumah. Baguslah business gini. Jap nak upload gambar. 

SAMBAL GARING CHE'NOR
fon: 016 665 3367
alamat: No 33, Jalan Apollo
Bandar Pinggiran Subang, 40150, Shah Alam,
Selangor


sambil garing che'nor


Gambar kat atas tu bukan nak promote beras tu ye hencik. Aku tersilap beli beras. Beras ni memang tak sedap. Tak wangi. Alahai. Terbeli pulak 10kg. Yup, sama berat dengan Yusuf bucuk2. Apakan daya, ku redha makan jua hingga habis. Alimmmmmm, eat them all!!!!


Dah.

.
.

Yongin, Korea

~
~
~