.
.
.
Actually.
Ni gambar semalam.
Salji turun dengan hebat.
Aku pun kerja seperti biasa walaupun ramai lecturer cancel class.
Tak kuasa aku nak cancel.
Sebab kang kena ganti.
|
lorong yang aku lalu hari2. macam kerja kat hutan je ek |
|
bayangkan waktu malam aku lalu kat tempat yang sama gak. tapi tak apa, aku ada jasper |
|
pepagi buta dah kena gi kerja |
|
nak masuk seven E pun licin |
|
bertabah DrNotts. jangan kau gelongsor pulak |
|
ada ke bas berhenti sekerat jalan. maka aku pun jalan kaki naik atas gunung untuk ke fakulti |
|
drebar bas kata jalan licin. dia takut bas tak leh naik. maka, kami pun kena turun dengan semangat yang tak berapa kental |
|
sungai ni beku. sempat gak ambek gambar tu walaupun kasut dah mula basah. cit |
|
ni kalau ski dari atas gunung tu, dah sure tersangkut kat pokok tu kan. apakah? |
|
saper lah punya kerja buat bonsai ni. |
|
ni nak ke woori bank. bank aku dapat gaji. mesti jatuh tergolek kalau lalu sini kan |
|
ni pun nak ambek gambar gak. wahai |
|
tasik semangga dalam uni ni pun hampir beku. kalaulah terjatuh dalam tu, mesti matikan |
|
masa summer ritu, banyaklah anak itik tok wi dalam tasek ni |
|
ni jalan short cut ke fakulti. short cutlah sangat. kena daki kot |
|
short cut lagi. aku dah try sekali naik sini, lepas tu menyesal cam nak pengsan |
|
ni satu lagi jalan ala-ala short cut ke fakulti. mendaki naik tangga kot |
|
kalau kita guling, amacam? |
|
ni aku dah sampai atas. tapi stop jap sebab dah mengah kot naik ke fakulti ni |
|
oleh kerana student tak datang lagi. aku sempat ambek gambar ni dari kelas. aku kan orang gunung |
|
ni view dari belakang kelas. gunung lain ke? |
|
ha, nilah fakulti aku. kena naik tangga you all. biasanya aku jalan kat sebelah tangga. tapi dek kerana licin, aku naik tangga. aku stop 5 kali kot naik tangga ni. mengah tak bernapaslah kejap |
Dah.
Tengok gambar tangga ni pun aku dah mengah.
Cis.
****