December 26, 2012

Aku Cemburu Dia Tu

.
.
.
Actually aku ni terpanggil untuk cerita tajuk 'cemburu' aka 'envy' ni. Entah blog mana aku baca tapi rasa macam nak tulis gaklah. Patutnya aku link kat blog tu tapi masalahnya aku pun lupa siapa punya blog yang aku baca. 


So berbalik kepada tajuk cemburu tu. Aku ada senarai mengapa aku rasa cemburu atau envy ni. Aku yang dah tua ni pun ada perasaan tu hokey. Aku akan luahkan dan mengaku kepada pemberita dan akan buat press conference untuk akuan ini.


Aku cemburu:

1. Bila kawan aku yang kurus, makan cokelat, makan nasi lapan kali sehari (tipu), dan makan cheese yang aku suka, minum air gas yang aku nak sangat, gamaknya apa sajalah. Dia masih tetap kurus. Aku benci kawan aku tu. Jom kita sisih kawan aku tu! Boleh blah ye kawan.

2. Bila pergi shopping dengan kawan aku tu, dia tak payah nak tengok tag harga. Tak kiralah beli baju ke, beli kasut ke, beli apa sahaja, dia pakai rembat je. Pastu kalau nak masuk kedai2 ni semua, tak mainlah kat shopping complex yang cikai, nak pergi ke KLCC jekan. Tempat yang aku sendiri rasa macam nak pengsan di luar kedai. Oleh itu, aku menyampah. Aku cemburu bagai nak giler kat dia yang dah kaya, pemurah pulak tu sebab dia nak belanja aku satu handbag yang regenya tiga bulan kerja first degree. Jom kita buang kawan tu sebab dia asyik buat aku nangis.

3. Bila naik flight, dia tak suka yang economy. Dia akan ke business class je. Aku yang terkonteng, duduk sempit2 dalam economy class sedangkan dia siap berpeleseran dengan pramugari dan pramugara yang comel lote. Aku tengok dari jauh je dia dapat makan makanan yang sedap2 berbanding aku yang makan berlapikkan kertas dan makan dalam dulang plastik. Bencik. Kau hingat kau je yang banyak duit dan boleh duduk di business class? ya ya ya. 

4. Bila tengok rumah dia bukan seperti rumah tapi macam dewan besar. Ya, besar yang amat. Boleh lari2 400 meter dalam tu. Kalau nak ke dapur sure kena naik scooter. Aku menyampah sebab rumah dia dalam kawasan elit sedangkan rumah aku tiga belas tingkat yang semua bukan aku punya kecuali satu. Menyampah. Dahlah bilik maid pun lagi besar dari bilik aku!

5. Bila tengok orang naik tangga dan turun tangga macam tak ada apa yang berlaku sedangkan aku dah tercungap-cungap walaupun baru nak naik tangga. Belum naik tangga lagi tu. Ceh.

6. Bila orang dah naik pangkat hingga dah tak ada pangkat lagi nak naik tapi masih boleh perform well. Sedangkan aku masih terkial-kial tulis paper yang belum tentu diterbitkan. Dasar pemalas! Bencik.

7. Bila aku tak boleh nak makan durian sebab aku dah tak boleh nak makan lagi dah. Kita tebang semua pokok durian jom!

8. Bila tengok muka orang muda yang gebu sedangkan muka sendiri dah mula nak berkerak dan berjeragat. Aku menyampah dan rasa nak kikis muka ni.

9. Bila tengok orang boleh makan segala makanan sedangkan aku banyak makanan yang kena banned dek kerana masalah waterworks. Malam memang aku tak boleh makan. Jadi, jom kita tidur awal.

10. Semua di atas ni, aku rasa masalah besar yang dialami oleh aku sendiri. Saper suruh nak cemburu dan tengok orang lain. Jawab sekang.



Moral dari sifat cemburu DrNotts ni, kita haruslah abaikan DrNotts ni buat sementara waktu sebab dia ni dah tua dan dia akan lupa apa yang dia tulis dalam sekelip mata. 

Ceh, aku cemburu pada orang yang selalu ingat akan segala perkara.




***