December 19, 2012

Cucu Aku

.
.
.
Budak tecit tu nak borak masa subuh hari. Mesti dia nak suruh mak bapak dia bangun sembahyang subuhkan. Itu kata Nur Maisarah, anak aku. Dia kata lagi, Sofea bangun awal pagi dan tak mahu tidur dah lepas tu. So dia nak borak dan nak main. Ala, cian budak tecit tomei domot tu! Stop with the baby talk, DrNotts!


Dah tak sabar nak tengok Sofea. Terus rindu dia. Tengok gambar dia dengan tangan warna biru sebab bekas jarum masuk air, buatkan aku rasa nak sepak mak bapak dia. Memang tak ada kaitan tapi biarlah aku nak emo. Tapi by the time aku balik, mesti Sofea tomei macam gwenma dia kan! Not? Cis.

Lana cakap, dia rindu gwenma. Mummy dia pun rindu gwenma. Papa dia pun rindu gwenma. Terus menitis air mata gwenma.

Aku tak lupa cucu aku yang tomei domot bam bam cikabam tu. Lana tulah. Budak yang nak kena picit dek gwenma dia ni. Nanti kau Lana, kan ku picit pipi tu dan gigit sekali. Ge'am ni.

Cepatlah masa berlalu. Kalaulah boleh fast forward, dah sure aku berada di Alamanda sambil shopping ni! Hahahhah. ok tak kelakar!








***