December 27, 2012

Adegan Pulang Ke Kampung (Photos)

.
.
.
tiap hujung semester mesti ini adegannya. student akan pos segala barangan. ni baru satu lori korea post, kat belakang ada lagi dua tiga lori

student ni bagus betul. jumpa aku di mana pun, dia akan berhenti dan tunduk hormat. masalahnya aku tak ingat nama dia. hishh. aku siap suruh dia posing untuk bergambar dengan kotak tu. rege kotak 2000 won untuk satu dan kos untuk pos tak mahal mana pun. dari bawak beg besar balik kampung, lagi haru

kalau kat Malaysia buat gini, kan ke senang student tak payah nak usung segala beg besarkan. tapi so far, elok je student Malaysia survive tanpa pos Malaysia tu


nilah bahana bagi aku bila snow turun. jalan ni dah di clearkan dek lori tadi kot sebab elok je tak ada snow. lagi pun, kalau ada snow, dah sure lori tak leh nak naik. memang snow tu cantik bila turun. cantik permandangan sekeliling. tapi, aku yang gusar sebab aku tahu akan akan jatuh. dahlah jatuh dua minggu lepas masih terasa. maka, aku ambil jalan tengah. memang jalan di tengah2 ye. kat tepi kiri kanan tu licin kot

tu atas gunung satu lagi di depan tu. tempat aku kerja now. aku kena jalan kat keter parking tu. lerr, snow tak ditolak lagi kat atas jalanraya tu gamaknya. camner aku nak daki gunung tu

ha, jawab kau. camner nak daki ni. tapi bila dah testing, phew, nasib baik masih tak dipijak lagi so agak kesat lagi. maka pendakian dimulakan. hidup Malaya.

lom, belum sampai lagi ni. ni permandangan arah ke belakang. dari tempat tinggal aku tu

barulah kau nak buat kerja ye. tolonglah cepat sikit. aku takut jatuh ni kot

yay, dah sampai atas dah. yup, setelah 5 kali berhenti untuk bernapas. kononnya nak ambik gambar kat gunung depan tu tapi apakan daya, langsung tak nampak sebab masa ni snow masih turun lagi

ajushi, tolak elok2. kang aku yang jatuh pasal dek snow ni.

ni lori postor dari belakang. hampir kat rumah aku


apa ke benda budak2 ni isi dalam kotak tiap sem ni. tak payahlah bawak banyak sangat. bukan nak balik terus pun. next sem datang lagi.


aku teringin sangat nak lukis atas snow. bila sorang tu, rasa cam malu tapi apakan daya, malu ku telan jua. tak ada makna pun tulisan ni. saja nak guna payung aku tu.


Di Korea ni, kalau snow, semua orang memang suka guna payung. Di UK or US, kalau guna payung masa snow, mesti malu dua tahunkan. Entah kenapa aku sendiri tak paham. Sebab aku biasanya pakai hood je kalau snow kat sana tu. Anak2 aku pergi sekolah di UK pun, guna hood jaket tu je kalau snow.


Now, tiap hari asyik tengok ramalam cuaca. Kalau snow je, aku dah bimbang. Mana taknya, nanti aku slide turun dari mendaki ke tempat kerja. Kalau nak daki satu hal, kalau nak turun lagilah aku sceptical. Mahu aku cangkung je dan biarlah aku slide turun dengan sendiri. Hmm!


Semalam kelas pertama dengan staf Samsung. So far so good. 







***