December 30, 2012

Makanan Jepun di Korea - Photos

.
.
.
Aku, Profesor Song dan Diana pergi dinner di restoran Jepun since aku nak jugak makan sashimi. Restoran ni di Mohyeon je pun. Punyalah dekat dengan rumah aku. Maka kami pun redah dan sangatlah terkejut kerana rupanya ada restoran Jepun di sini. Kalau aku tahulah dari mula aku sampai ritu, dah sure aku buat khemah kat luar restoran ni.

cukup ke banyak ni. cit. sekali telan je dah habis ni. kuah kicap tu masin kot

salad sedap gak. ada ikan in between. tapi ni dah hampir version korea ni. ada bijan

salad ni pun ok gak. rasa macam ada telur ikan dicampur

clam? tapi ku telan jua. best tu. yang hijau pekat tu, seaweed

ni kobis panjang jeruk. bukan kimchi. aku tak makan ni sebab tak inviting langsung

ni kalau nak makan wrap ala ala korea tu. tapi aku lupa terus sebab kemaruk nak makan yang lain. yang hijau pekat tu daun bijan

sashimi. woohey. tapi manalah nak cukupkan. kalau kat sushi king tu, aku boleh telan 25 ketul kot. 5 pinggan tu. bawah ikan tu, macam so'on keras. membazir je letak sebab bukan boleh makan pun. saja buat hiasan. kau jangan makan bunga tu pulak DrNotts.

kepah tapi aku tak suka so tak makan. ceh, pemilih kau drnotts

sup ikan pedas versi korea. memang terbaik. ada banyak telur ikan dalam ni. fuuhhh. best.

kimchi mesti ada. sedap tu weh. aku makan tak hari tu, heh? lupa dah

udon campur togeh. goreng kicap. sedap gaklah

mackerel kot. aku tak suka ikan ni. ceh, mengada

jagung cheese. cayalah. boleh try buat ni. jagung campur mix veg dan letak cheese.

semua tulang ikan dari sashimi tu, buat sup pedas. letak sayur dan memang sedap

last sekali, desert minum teh apa ni tah. tapi sedap kot. aku dah sure tak habis sebab aku kan tak boleh minum air or makan banyak waktu malam.

kami dah kenyang so kami pun balik rumah. lantai panas tu weh. best gilos.

saperlah kelaparan ni.

aku, diana dan song. minta tolong student ambilkan gambar. actually student ni kerja partime kat sini.

pendek rupanya aku ni. ceh


Hari yang kami pergi tu, snow turun dengan hebatnya. Maka jalan pun licin. Kenalah berpaut tiap kali jalan. Kalau tak berpaut, gamaknya tahun depan baru sampai rumah. Rumah Song dekat restoran tu je tapi dia nak gak hantar kami ke bas stop. So kami pun pulang dengan jayanya walaupun aku tahu aku tak boleh makan makan. Sabar je tak cukup tidur malam tu. Hishhh.







***


December 27, 2012

Sedarlah Diri Tu Wahai

.
.
.
Sedang aku melihat kerja student staf samsung ni, baru aku perasan yang tangan aku ni dah banyak  yang kedut.






***

Anak Luhaka

.
.
.
Jangan jadi anak luhaka sebab sangatlah bahana hidup dan jadi orang yang extremely durjana.



Tulisan sebelum ni sudah dipadam sebab aku nak beli camera untuk MCP (multi camera production). Eh.
 
 
 
 



***

Adegan Pulang Ke Kampung (Photos)

.
.
.
tiap hujung semester mesti ini adegannya. student akan pos segala barangan. ni baru satu lori korea post, kat belakang ada lagi dua tiga lori

student ni bagus betul. jumpa aku di mana pun, dia akan berhenti dan tunduk hormat. masalahnya aku tak ingat nama dia. hishh. aku siap suruh dia posing untuk bergambar dengan kotak tu. rege kotak 2000 won untuk satu dan kos untuk pos tak mahal mana pun. dari bawak beg besar balik kampung, lagi haru

kalau kat Malaysia buat gini, kan ke senang student tak payah nak usung segala beg besarkan. tapi so far, elok je student Malaysia survive tanpa pos Malaysia tu


nilah bahana bagi aku bila snow turun. jalan ni dah di clearkan dek lori tadi kot sebab elok je tak ada snow. lagi pun, kalau ada snow, dah sure lori tak leh nak naik. memang snow tu cantik bila turun. cantik permandangan sekeliling. tapi, aku yang gusar sebab aku tahu akan akan jatuh. dahlah jatuh dua minggu lepas masih terasa. maka, aku ambil jalan tengah. memang jalan di tengah2 ye. kat tepi kiri kanan tu licin kot

tu atas gunung satu lagi di depan tu. tempat aku kerja now. aku kena jalan kat keter parking tu. lerr, snow tak ditolak lagi kat atas jalanraya tu gamaknya. camner aku nak daki gunung tu

ha, jawab kau. camner nak daki ni. tapi bila dah testing, phew, nasib baik masih tak dipijak lagi so agak kesat lagi. maka pendakian dimulakan. hidup Malaya.

lom, belum sampai lagi ni. ni permandangan arah ke belakang. dari tempat tinggal aku tu

barulah kau nak buat kerja ye. tolonglah cepat sikit. aku takut jatuh ni kot

yay, dah sampai atas dah. yup, setelah 5 kali berhenti untuk bernapas. kononnya nak ambik gambar kat gunung depan tu tapi apakan daya, langsung tak nampak sebab masa ni snow masih turun lagi

ajushi, tolak elok2. kang aku yang jatuh pasal dek snow ni.

ni lori postor dari belakang. hampir kat rumah aku


apa ke benda budak2 ni isi dalam kotak tiap sem ni. tak payahlah bawak banyak sangat. bukan nak balik terus pun. next sem datang lagi.


aku teringin sangat nak lukis atas snow. bila sorang tu, rasa cam malu tapi apakan daya, malu ku telan jua. tak ada makna pun tulisan ni. saja nak guna payung aku tu.


Di Korea ni, kalau snow, semua orang memang suka guna payung. Di UK or US, kalau guna payung masa snow, mesti malu dua tahunkan. Entah kenapa aku sendiri tak paham. Sebab aku biasanya pakai hood je kalau snow kat sana tu. Anak2 aku pergi sekolah di UK pun, guna hood jaket tu je kalau snow.


Now, tiap hari asyik tengok ramalam cuaca. Kalau snow je, aku dah bimbang. Mana taknya, nanti aku slide turun dari mendaki ke tempat kerja. Kalau nak daki satu hal, kalau nak turun lagilah aku sceptical. Mahu aku cangkung je dan biarlah aku slide turun dengan sendiri. Hmm!


Semalam kelas pertama dengan staf Samsung. So far so good. 







***

December 26, 2012

Aku Cemburu Dia Tu

.
.
.
Actually aku ni terpanggil untuk cerita tajuk 'cemburu' aka 'envy' ni. Entah blog mana aku baca tapi rasa macam nak tulis gaklah. Patutnya aku link kat blog tu tapi masalahnya aku pun lupa siapa punya blog yang aku baca. 


So berbalik kepada tajuk cemburu tu. Aku ada senarai mengapa aku rasa cemburu atau envy ni. Aku yang dah tua ni pun ada perasaan tu hokey. Aku akan luahkan dan mengaku kepada pemberita dan akan buat press conference untuk akuan ini.


Aku cemburu:

1. Bila kawan aku yang kurus, makan cokelat, makan nasi lapan kali sehari (tipu), dan makan cheese yang aku suka, minum air gas yang aku nak sangat, gamaknya apa sajalah. Dia masih tetap kurus. Aku benci kawan aku tu. Jom kita sisih kawan aku tu! Boleh blah ye kawan.

2. Bila pergi shopping dengan kawan aku tu, dia tak payah nak tengok tag harga. Tak kiralah beli baju ke, beli kasut ke, beli apa sahaja, dia pakai rembat je. Pastu kalau nak masuk kedai2 ni semua, tak mainlah kat shopping complex yang cikai, nak pergi ke KLCC jekan. Tempat yang aku sendiri rasa macam nak pengsan di luar kedai. Oleh itu, aku menyampah. Aku cemburu bagai nak giler kat dia yang dah kaya, pemurah pulak tu sebab dia nak belanja aku satu handbag yang regenya tiga bulan kerja first degree. Jom kita buang kawan tu sebab dia asyik buat aku nangis.

3. Bila naik flight, dia tak suka yang economy. Dia akan ke business class je. Aku yang terkonteng, duduk sempit2 dalam economy class sedangkan dia siap berpeleseran dengan pramugari dan pramugara yang comel lote. Aku tengok dari jauh je dia dapat makan makanan yang sedap2 berbanding aku yang makan berlapikkan kertas dan makan dalam dulang plastik. Bencik. Kau hingat kau je yang banyak duit dan boleh duduk di business class? ya ya ya. 

4. Bila tengok rumah dia bukan seperti rumah tapi macam dewan besar. Ya, besar yang amat. Boleh lari2 400 meter dalam tu. Kalau nak ke dapur sure kena naik scooter. Aku menyampah sebab rumah dia dalam kawasan elit sedangkan rumah aku tiga belas tingkat yang semua bukan aku punya kecuali satu. Menyampah. Dahlah bilik maid pun lagi besar dari bilik aku!

5. Bila tengok orang naik tangga dan turun tangga macam tak ada apa yang berlaku sedangkan aku dah tercungap-cungap walaupun baru nak naik tangga. Belum naik tangga lagi tu. Ceh.

6. Bila orang dah naik pangkat hingga dah tak ada pangkat lagi nak naik tapi masih boleh perform well. Sedangkan aku masih terkial-kial tulis paper yang belum tentu diterbitkan. Dasar pemalas! Bencik.

7. Bila aku tak boleh nak makan durian sebab aku dah tak boleh nak makan lagi dah. Kita tebang semua pokok durian jom!

8. Bila tengok muka orang muda yang gebu sedangkan muka sendiri dah mula nak berkerak dan berjeragat. Aku menyampah dan rasa nak kikis muka ni.

9. Bila tengok orang boleh makan segala makanan sedangkan aku banyak makanan yang kena banned dek kerana masalah waterworks. Malam memang aku tak boleh makan. Jadi, jom kita tidur awal.

10. Semua di atas ni, aku rasa masalah besar yang dialami oleh aku sendiri. Saper suruh nak cemburu dan tengok orang lain. Jawab sekang.



Moral dari sifat cemburu DrNotts ni, kita haruslah abaikan DrNotts ni buat sementara waktu sebab dia ni dah tua dan dia akan lupa apa yang dia tulis dalam sekelip mata. 

Ceh, aku cemburu pada orang yang selalu ingat akan segala perkara.




***

Bagaimanakah Kiranya

.
.
.
Dah tiga hari tak boleh makan nasi. Ni semua gara2 kena food poisoning. Entah mana datang food poisoning kalau makan pun tidak. Cis. Maka aku paksa diri makan cokelat zip yang dibekalkan dek Along ritu. Itupun dah makin habis. So lepas ni nak makan apa. Aku dah mula tak lalu nak makan makanan masakan sendiri. Bahan mentah ada tapi macam tak lalu.



Ceh. Bukan tak lalu, tapi malas nak masakkan!





***

Kerja Lain Pula

.
.
.
Aku ni mengira hari dah ni. Dah tak sabar nak habiskan perjuangan ni. Rasa macam nak lari pun ada. Tapi kalau lari sure mengah. So lupakan. Minggu ni aku dah mula kerja dengan Samsung. 

Bak kata ramai student dan masyarakat di Korea ni, pekerjaan yang paling tinggi di Korea ialah. pertama - profesor, kedua- staf samsung yang berjawatan tinggi, ketiga - mungkin presiden. hahahha. Mungkin presiden tu. Kalau ketiga tu staf LG, dah sure presiden jatuh nombor yang ke doploh.

So, aku akan ajar staf samsung yang akan ditugaskan ke Malaysia tahun depan. Jadi mereka ni semua kena siapkan diri. Yang terpilih ni pun the cream among the cream.


Aja aja.



***

Sudah Selesai Semua

.
.
.
Kerja dengan HUFS sudah habis. Sudah sekian lamanya maka cuma harus beri markah dan lepas tu duduk diam diri dan jangan baca email atau jawab telefon. Ini adalah kerana results akan terus keluar online without moderation since kepercayaan diberikan sepenuh kepada pensyarah di sini. Aku kagum!




Namun, kena pekakkan telinga dan butakan mata supaya tidak terjerumus dalam kancah rayuan pelajar ni. Oleh itu, marilah kita termenung tengok gunung di luar tu.





***

December 19, 2012

Cucu Aku

.
.
.
Budak tecit tu nak borak masa subuh hari. Mesti dia nak suruh mak bapak dia bangun sembahyang subuhkan. Itu kata Nur Maisarah, anak aku. Dia kata lagi, Sofea bangun awal pagi dan tak mahu tidur dah lepas tu. So dia nak borak dan nak main. Ala, cian budak tecit tomei domot tu! Stop with the baby talk, DrNotts!


Dah tak sabar nak tengok Sofea. Terus rindu dia. Tengok gambar dia dengan tangan warna biru sebab bekas jarum masuk air, buatkan aku rasa nak sepak mak bapak dia. Memang tak ada kaitan tapi biarlah aku nak emo. Tapi by the time aku balik, mesti Sofea tomei macam gwenma dia kan! Not? Cis.

Lana cakap, dia rindu gwenma. Mummy dia pun rindu gwenma. Papa dia pun rindu gwenma. Terus menitis air mata gwenma.

Aku tak lupa cucu aku yang tomei domot bam bam cikabam tu. Lana tulah. Budak yang nak kena picit dek gwenma dia ni. Nanti kau Lana, kan ku picit pipi tu dan gigit sekali. Ge'am ni.

Cepatlah masa berlalu. Kalaulah boleh fast forward, dah sure aku berada di Alamanda sambil shopping ni! Hahahhah. ok tak kelakar!








***

Craving Like There Is No Tomorrow

.
.
.
I am so craving for pizza. Pizza hut. Tapi pizza hut yang paling dekat dari Yongin ni ialah di Suwon which is 50km.

Ni semua gara-gara si Suzy (dari girlband Miss A) dalam iklan kat tv di Korea ni. Dia makan pizza sampai cheese meleleh-leleh. Memang macam sedap sampai air liur aku pun terjejeh kejap. Cis. Itulah saper suruh duduk kat kampung. McD breakfast yang selalu buat kat Malaya tu pun tak ada kat sini tau.


So apa keputusan nak makan pizza?






Kau makan Suzy tu jelah DrNotts!





***

Petir di Korea

.
.
.
Di rumah aku ni cuma ada dua channel omputih di tv. I mean channel yang ada cerita. So semalam, entah datang mana petir, terus tak ada dah channel tu. Ni dah sure dua tiga hari baru ok. 

Petir? Manalah ada petir kat sini. Suddenly rindu kat petir Malaya. Baru trajis bila kena petirkan. So kat sini, bila cuaca macam nak shift sikit je terus tak ada channel. Macam astro di Malaysia. Baru nak petir je dah tak ada gambar. Itu baru nak petir tu. Kalau dah petir, sure terbakar tv tu. Erk, no offense to Astro.

Now, tengah tengok Arirang je. Entah apalah rancangan kat arirang ni yang boleh buatkan aku menguap sejuta kali. Aku dahlah memang hantu TV. Bila tak ada tv, macam kurang selera nak makan. Eleh, tipu besar tu. Tak ada tv pun boleh bam bam cikebam cikebam (ni along punya phrase untuk sofea dan lana).


Dah. Nak ukur petiais kat rumah ni.





***

Mata Duitan Kah?

.
.
.
Isnin ritu aku keluar makan. Saja nak cari pasalkan. Apalagi, oleh kerana pedas yang amat, aku minum air sampai tak hengat dunia. Kembung, John! Tapi memang best dapat keluar walaupun takat kampung kecik ni je.

Lupa, aku ke bank juga, bayar duit journal. US180. Cis. Sekarang ni duit journal bukan main mahal.Tapi tak apa. Dari tak ada publication, lebih baik tak ada duit. Eh, tipu. Aku lebih rela ada banyak duit dari publication. Hahaha, kata mata duitankan!!




***

Cuti Piliharaya Korea

.
.
.
Hari ni satu Korea cuti. Ini memang kes betul sebab dalam tv asyiklah cerita pasal dua orang candidate yang bertanding untuk jawatan presiden. Amazingly, satu lelaki dan satu perempuan.

Kalau perempuan tu menang, memang jadi sejarah Korea. Sejibik macam drama Korea Daemul. Daemul ya, daemul! Eh, itu dalam drama Sungkyungkwan Scandal. Anyways, aku memang cuti pun. So tak ada beza. Kini, aku melalui proses menggemukkan diri di kala cuti dan tak cuti.




***

December 17, 2012

Lupa Nak Citer

.
.
.
Lupa nak bagi tau.
Cucu aku.
Sofea Al-Latisya binti Zulhelmi Azizi.
Sudah berada di rumah aku di Vista.
Aku bersyukur sebab so far cucu aku sihat.
InsyaAllah.
Aku doakan.

Walaupun Sofea tu tak biasa bilik yang sempit.
(Mereka bertiga dalam bilik nombor dua).
Sofea merengek je.
Nak bilik besar.
(Nanti Gwenma beli rumah di Country Heights ye!)

Tapi aku dah bagi tau Maisarah.
Kena biasakan dalam bilik tu.
Supaya dia boleh jadi pandai macam Gwenma dia.
Eh.
Kaitan?

So meriahlah suasana rumah aku tu.
Aku tak bimbang sebab.
Along rajin mengaji Quran dalam rumah tu.
So insyaAllah syaitan lari ketangkutan.
(kamus dewan bahasa dan pustaka. ketangkutan tiada tapi ketakutan ada)

Heh.





***

Widad

.
.
.
Semalam aku hot dengan Widad.
Aku dah cakap.
Mesti update tentang hal hidup dia di Melaka tu.
Tapi since dia dah dapat kereta sebjiik.
Terus tak hengat dunia ye.

Bawa kereta tu dalam kawasan UiTM sahaja.
Tak boleh keluar malam.
Tak boleh berpoya dengan kawan2 naik kereta.
Mesti stering lock all the time.
Jangan nak sibuk ajak kawan or jemput kawan.



Apapun.
Kalau tak update dalam blog.
Aku suruh parking je kereta tu kat tepi jalan.
Dan dia kena jalan kaki ke kelas.

Kau tengok.
Baru warning semalam.
Hari ni langsung dia tak update.





***

Baiklah

.
.
.
Aku akur.
Demi memartabatkan bahasa Melayu di Malaya aka Malaysia.
Aku harus meneruskan tulisan aku di blog ini dalam bahasa Melayu.

Tapi kekadang nak juga tulis dalam bahasa Inggeris.
Walaupun aku dah lupa nak eja banyak perkataan.

Oleh itu.
Mulai hari ini.
Aku akan tulis bahasa Melayu.


Now.
Aku type.
Bahasa Melayu.








***

See Saw

.
.
.
The weather here fluctuates a lot.
I mean a lot.
One minute its snowing.
The next thing nothing happened for days.
Just cold and freakin' cold.
The following day, a bit warmer.
Although still 0 degree.
Fortunately.
I am blessed that I can still think.
Empty thoughts of.
Temptation.
Of virtual foods.



I have to get a life here peeps!




***

Blonde

.
.
.
One thing that I totally can't and will not tolerate.
People here love to spit.
Anytime and everywhere.
Yup.
Really disgusting.

Right in front of me.
They did it.
With pleasure I presumed.
Can't think of suitable words to describe their disgusting habit.





***


Red Cloak

.
.
.
Tiga kanak2 sudah pun pulang ke Malaysia.
Hari Sabtu baru2 ni.
Aku tak hantar sebab salji baru nak cair.
So jalan licin.

Actually hal salji ni.
Aku jatuh bedebup kali kedua bukan atas salji.
Aku jatuh depan pintu masuk di foyer apartment.
Masa tu ajumma baru mop so masih basah.
Aku tak nampak.
Maka terduduk kejap.
Sakit hingga kini.

Aku memohon simpati ni.
Pada semua kerana aku sakit tak boleh nak duduk.
Kalau boleh, bagilah hadiah makanan Malaysia.
Pos ye!

Heh.
Poyo.

So.
Back to me again.
Yup me and only me.
Tapi lagi dua minggu.
Anak buah akan datang.
In Januari.

In Februari pulak.
Saper nak datang?
Jawab sekang.






Jasper. Jasper. Jasper.




***

December 12, 2012

Traffic Jam

.
.
.
Minggu ni sibuk student final exam.
Banyak paper yang dah start final.
Itu pun sebab takut salji turun lagi.
Kalau salji turun lagi.
Student tak boleh datang kelas pulak.
Maka selesaikan final exam mentara tak snow lagi.




Aku?
Aku tetap nak makan nasi tiap hari.
Eh.




***

Badak Sumbu

.
.
.
Oleh kerana ais masih lagi atas jalanraya.
Walaupun salji tak turun lagi.
Maka dua hari sudah.
Sedang aku berjalan ke bus stop.
Aku terjatuh dengan baiknya.
Tapi cuma kaki kiri je tergelicik.
Dan kepala lutut terkena ais.
Kedegang!

Maka semalam.
Satu peha kiri sakit.
Nak jalan pun rasa macam nak pelangkung orang.

Oleh itu.
Malam tadi.
Lepas kelas.
Aku balik rumah.
Aku jalan atas jalanraya hitam tu.
Tak nak aku jalan kat ais tu.






***

Setokin Biru

.
.
.
Aku rasa.
Sejak kanak2 duduk di Korea dengan aku.
Aku dah naik 2kg.
Cis.






***

Sofea

.
.
.
Aku mesti update.
Kerana anak aku nak baca blog ni.

Sofea Al-Latisya kena drip pulak.
Memang tak senang duduk aku ni.
Itu kelmarin.
Semalam katanya dah tak drip lagi dah.
Buah pinggang kurang air katanya.
So Maisarah kena jaga di NICU lagi.

Malam tadi.
Katanya dah ok sikit.
Harap Maisarah kena makan makanan berkhasiat untuk Sofea Al-Latisya.


Mama sentiasa doakan dari jauh.






lagi dua bulan, gwenma balik Malaya ye. pastu kita main konda kondi sesama







Dah.
Kata 'tak nak' pada duduk di luar negara lagi dah.


***

December 10, 2012

Surat Untuk Nur Maisarah

.
.
.
Anakku Nur Maisarah,

Mama harap awak tabah dan sabar dengan ujian ini.
Awak juga harus kuat untuk menghadapi semua dugaan ini.
Walaupun jauh, Mama tetap doakan supaya yang sukar dipermudahkan olehNya.


Apapun.
Mama sayang awak.
Mama sayang cucu mama, Sofea.



Love,
Mama







***

Cucu Aku di NICU Malaysia

.
.
.
Memang jatuh jantung aku.
Luluh rasanya.
Bila dapat tahu.
Cucu aku kena infection.
Besides demam kuning.

I was devastated.
Still am.
Since was/am not around or be there for my daughter and my granddaughter.
That would be the worst part being far away from home.

Aku doakan.
Mereka berdua ok.

Nur Maisarah with Sofea Al-Latisya (photo taken by widad through the window)





Latest update.
Cucu aku getting better.
Syukur.




***

Nami Island - Winter - Photos

.
.
.
Siapa ke Nami Island masa winter ni?
8 Disember 2012?


Me. Me. Pick Me.
Ini memang kerja gila.
Dahlah pagi tu -13 darjah.
Tunggu bas nak ke Jamsil macam duduk dalam airbatu.
Mentara nak tunggu bas dari Jamsil ke Gapyeong pun dan macam nak sepak orang.

Pakai setokin selapis je.
Walaupun aku pakai baju 5 lapis plus jaket.
Still.
Macam beruang kepiluanlah pulak.


Memang kerja gila kami semua.
Aku, Along, Muhammad dan Alim.
Ke Nami Island masa winter.
Yang aku tu pun.
Dah pergi 3 kali kot.
Kau nak pergi lagi buat mender, DrNotts?

So sampai Nami.
-18 darjah.
Memang hilang muka masa tu.
Sebab sejuk gila.
Tak pernah lak rasa sejuk gini.
Paling kuat pun masa kat UK, -10 je kot.
Kat Switzerland ritu memanglah -28 tapi itu dah tahu sebab aku naik sampai Alps.
Kejap jek.
Bila sampai Alps.
Aku ambek gambar desap desup.
Aku terus turun.

Hish.
Jom tengok gambar.


dah dalam boat ke nami. duduk sopan sebab sejuk

mereka ni yang pergi ke nami masa winter. apakah?

yang bujang tengah tu sentiasa poyo




kalau tak ambek gambar yang ada pokok sebaris di nami tu maknanya tak sahlah ke korea. keh

lompatlah sangat. terus si muhamad kejang kaki. ceh


semua gambar pokok nak ambek. cit. kau dah ambek gambar pokok getah di Malaya?

siapa yang comel tu? tak, bukan orang belakang tu

pokok belakang tu lagi cantik tapi semua gambar tegak tapi bila letak kat blog tak boleh nak pusing. cis

bila pakai baju banyak lapis ni macam beruang kutub tengah syahdu.

api kat belakang tu baru nyala so tak panas. cuma kat belakang tu, fountain jadik ais. ais kepal ni sedap kan

elok beku je kat belakang tu. ni pun nak ambek gambar. kau ambek gambar freezer je pun sama. ada ikan dan ayam lagi.

pekena pizza dan risoto. slurppp

orang lalu lalang ni pun. tepiiiii






Dah.



***

December 7, 2012

Gambar Salji di Tempat Kerja Aku

.
.
.
Actually.
Ni gambar semalam.
Salji turun dengan hebat.
Aku pun kerja seperti biasa walaupun ramai lecturer cancel class.
Tak kuasa aku nak cancel.
Sebab kang kena ganti.



lorong yang aku lalu hari2. macam kerja kat hutan je ek




bayangkan waktu malam aku lalu kat tempat yang sama gak. tapi tak apa, aku ada jasper

pepagi buta dah kena gi kerja



nak masuk seven E pun licin


bertabah DrNotts. jangan kau gelongsor pulak

ada ke bas berhenti sekerat jalan. maka aku pun jalan kaki naik atas gunung untuk ke fakulti


drebar bas kata jalan licin. dia takut bas tak leh naik. maka, kami pun kena turun dengan semangat yang tak berapa kental



sungai ni beku. sempat gak ambek gambar tu walaupun kasut dah mula basah. cit



ni kalau ski dari atas gunung tu, dah sure tersangkut kat pokok tu kan. apakah?


saper lah punya kerja buat bonsai ni.


ni nak ke woori bank. bank aku dapat gaji. mesti jatuh tergolek kalau lalu sini kan


ni pun nak ambek gambar gak. wahai


tasik semangga dalam uni ni pun hampir beku. kalaulah terjatuh dalam tu, mesti matikan

masa summer ritu, banyaklah anak itik tok wi dalam tasek ni

ni jalan short cut ke fakulti. short cutlah sangat. kena daki kot

short cut lagi. aku dah try sekali naik sini, lepas tu menyesal cam nak pengsan


ni satu lagi jalan ala-ala short cut ke fakulti. mendaki naik tangga kot


kalau kita guling, amacam?



ni aku dah sampai atas. tapi stop jap sebab dah mengah kot naik ke fakulti ni



oleh kerana student tak datang lagi. aku sempat ambek gambar ni dari kelas. aku kan orang gunung


ni view dari belakang kelas. gunung lain ke?


ha, nilah fakulti aku. kena naik tangga you all. biasanya aku jalan kat sebelah tangga. tapi dek kerana licin, aku naik tangga. aku stop 5 kali kot naik tangga ni. mengah tak bernapaslah kejap







Dah.
Tengok gambar tangga ni pun aku dah mengah.
Cis.





****