Aku sememangnya sudah di ajar, supaya memohon maaf jika buat kesalahan. Pada Mak dan Abah. Tak kiralah apa jua kesalahan. Masa aku kecil dulu, kalau aku buat salah pada emak, aku sudah pasti memohon maaf. Biasanya dengan suara terketar-ketar sebab takut kena marah. Actually mak tak marah pun. In fact, mak kagum sebab dalam ramai-ramai anak dia, aku aje yang minta maaf secara verbal (aku rasalah!).
Orang lain mungkin malu. Aku sudah pasti. Tak ramai yang mohon maaf pada mak mereka dengan bahasa Melayu, mind you. Kalau setakat 'I'm sorry, mum!', baik tak payah cakap. Tak ada ketar or thrill dalam ayat bahasa Inggeris (no offense to semua yang cakap Inggeris).
So cubalah dari hari ni. Belajar untuk memohon maaf setiap kali. Kalau setakat pulang dari sekolah atau dari kerja dan salam mak kita, walaupun sudah memadai dan salam mohon maaf masa raya sahaja, aku rasa tak cukup untuk melambangkan keperihatinan, hormat dan kasih sayang.
So silalah mohon maaf setiap hari. Tak kiralah apa kesalahan yang dibuat. Mana tau, tak sempat pulak nak minta maaf, tangan mak sudah tiada untuk disalam.
Actually aku masih tak faham hal segelintir manusia yang buat salah tapi tak ada usaha pun nak buat surat maaf ke, buat audio maaf ke. Langsung tak ada usaha.
Dari Isnin hingga hari ni, tak ada kisah hal nak minta maaf pun.
***