Pada suatu hari sedang aku bermalasan, aku buka website flight murah ke Europe. Memang murah betul. So dengan cara tak sengaja aku ter-click tiket untuk ke Prague, Czech Republic. Lepas tu. ter-type nama aku, Aliaa dan Alim. So kami pergi bertiga je. Kanak lain? Tinggal. Muahahhahahha.
So sampai di Prague, terus rasa macam nostalgia. Sejibik Kuala Lumpur 50 tahun dahulu. Sangatlah serene. Eh, silap. Sangatlah tak membangun. Bangunan bukan pun tinggi cam Kuala Lumpur. Pastu taklah sibuk macam Kuala Lumpur.
Tapi keretapi di tengah bandar memang berselirat merata. Aku tengok tak ada saper beli tiket pun untuk naik train tu. So kalau naik train tu dan berani, kira free jelah. Bukan dia orang kisah pun.
So kami tidur di Prague selama 3 malam. Ha'ah. Berdarah bijik mata nak habiskan 3 malam tu sebab dah tak tahu nak kemana. Kami banyak jalan kaki je pun. Baru thrill nak tengok semua tempat.
Makanan?
Beli fish burger di McD dan bawa balik ke hotel. Kot lah si Alim lapar or Aliaa lapar. Beli gak apple pie di McD. Pastu tak habis sebab bila dah sejuk, terus rasa macam makan kain buruk (yang nak makan kain buruk tu kenapa?)
Kami jalan. Ikut tour. Ambil gambar. Dahlah kamera jenis kena pergi cuci kat kedai. So sangatlah terhad bawa negatif (eh filem!) ketika tu. Terasa old school giler ek.
Cuaca bagus tapi kadangkala sejuk.
Bangunan memang lama semuanya. Macam lah kat Europe ada bangunan baru kan! Semua bangunan di negara di Europe macam photostat je. Sama je rupa aku tengok.
So kami jalan hingga tak larat. Tiap-tiap pagi routinenya sama. Jalan kaki dari hotel dan terus ke bandar. Jalan-jalan tengok sana sini.
Aku tak suka museum so let us all just ignore museum di Europe ni.
Ada canel. Memang cantik Macam kat Amsterdam lak.
So gambar aku pinjam dari google. Aku malas nak scan dari gambar dalam album sebab semua gambar macam rupa aku yang nampak gemuk (dah memang dah pun). So yang ada gambar hampir kurus pun, cuma dua tiga keping je.
Oh ya. Prague famous dengan crystal. Tapi aku tak jumpa sebutir pun. Actually nasib baik tak jumpa. Kalau tidak sure aku balik papa kedana. Mahal tu.
Kan dah kata bangunan lama. Kalau kat Malaya bangunan ni, surelah penuh ngan sedara dadih. |
nampak tak aku, aliaa dan alim di bawah sana tu? sila nampakkan! |
malam memang cantik dan banyak bangunan yang rupa cathedral atau pun memang cathedral |
train yang giler old school |
harimau malaya. Eh. |
So aku tak beli banyak. Takat tshirt dan baju Aliaa je. Eh lebih-lebih lak anak sulung aku ni. Dahlah bawak dia jalan, beli barang dia je (kasi hantam sama dia).
Tapi best jugak jalan di Prague tu. Cakap bahasa Inggeris pun mereka faham, so tak susah nak bertanya arah.
OK fine. Aku tak beli kasut di Prague.
Alim sangatlah baik. Aku siap bawa stroller lagi. Takut dia penat dan aku tak larat nak gendong dia.
Prague, Czech Republic - 2004
***