November 30, 2011

Widad Student Uni Now

SYUKUR ALHAMDULILLAH










1. Eh, kena balik Malaysia jugak ke? - June 2011 (like duhh!)

2. Kena pergi sekolah dan pepare for SPM - June 2011 (gulp!)

3. Results GCSE keluar - August 2011 (yay)

4. Interview for full scholarship from Korean Embassy - 4 November 2011 (happy)

5. Tak dapat scholarship dari Korean Embassy - 8 November 2011 (meraung)

6. First paper SPM - 14 November 2011 (grrrrrr!)

7. Interview UiTM di Shah Alam - 18 November 2011 (suspense)

8. Dapat phone call offer dari UiTM Shah Alam - 25 November 2011 (yay)

9. Offer letter UiTM boleh dicetak - 29 November 2011 (yay, but confuse!)

10.Last paper SPM - 1 Disember 2011 (why?)

11.Register UiTM Melaka - 2 Disember 2011 (am I a uni student now, mum?)



Budak ni dah confuse. Adakah dia masih pelajar sekolah atau sudah menjadi pelajar uni.



Well, janji kena belajar rajin-rajin or belajar hingga pengsan.








Mum is proud of you, Widad!


***

November 25, 2011

Czech Republic- The Story


Pada suatu hari sedang aku bermalasan, aku buka website flight murah ke Europe. Memang murah betul. So dengan cara tak sengaja aku ter-click tiket untuk ke Prague, Czech Republic. Lepas tu. ter-type nama aku, Aliaa dan Alim. So kami pergi bertiga je. Kanak lain? Tinggal. Muahahhahahha.



ada nampak itu Czech Republic?

So sampai di Prague, terus rasa macam nostalgia. Sejibik Kuala Lumpur 50 tahun dahulu. Sangatlah serene. Eh, silap. Sangatlah tak membangun. Bangunan bukan pun tinggi cam Kuala Lumpur. Pastu taklah sibuk macam Kuala Lumpur.


Tapi keretapi di tengah bandar memang berselirat merata. Aku tengok tak ada saper beli tiket pun untuk naik train tu. So kalau naik train tu dan berani, kira free jelah. Bukan dia orang kisah pun.


So kami tidur di Prague selama 3 malam. Ha'ah. Berdarah bijik mata nak habiskan 3 malam tu sebab dah tak tahu nak kemana. Kami banyak jalan kaki je pun. Baru thrill nak tengok semua tempat.


Makanan?


Beli fish burger di McD dan bawa balik ke hotel. Kot lah si Alim lapar or Aliaa lapar. Beli gak apple pie di McD. Pastu tak habis sebab bila dah sejuk, terus rasa macam makan kain buruk (yang nak makan kain buruk tu kenapa?)


Kami jalan. Ikut tour. Ambil gambar. Dahlah kamera jenis kena pergi cuci kat kedai. So sangatlah terhad bawa negatif (eh filem!) ketika tu. Terasa old school giler ek.


Cuaca bagus tapi kadangkala sejuk.


Bangunan memang lama semuanya. Macam lah kat Europe ada bangunan baru kan! Semua bangunan di negara di Europe macam photostat je. Sama je rupa aku tengok.



So kami jalan hingga tak larat. Tiap-tiap pagi routinenya sama. Jalan kaki dari hotel dan terus ke bandar. Jalan-jalan tengok sana sini.



Aku tak suka museum so let us all just ignore museum di Europe ni.



Ada canel. Memang cantik Macam kat Amsterdam lak.



So gambar aku pinjam dari google. Aku malas nak scan dari gambar dalam album sebab semua gambar macam rupa aku yang nampak gemuk (dah memang dah pun). So yang ada gambar hampir kurus pun, cuma dua tiga keping je.


Oh ya. Prague famous dengan crystal. Tapi aku tak jumpa sebutir pun. Actually nasib baik tak jumpa. Kalau tidak sure aku balik papa kedana. Mahal tu.


Kan dah kata bangunan lama. Kalau kat Malaya bangunan ni, surelah penuh ngan sedara dadih.

nampak tak aku, aliaa dan alim di bawah sana tu? sila nampakkan!

malam memang cantik dan banyak bangunan yang rupa cathedral atau pun memang cathedral



train yang giler old school
  

harimau malaya. Eh.
 

So aku tak beli banyak. Takat tshirt dan baju Aliaa je. Eh lebih-lebih lak anak sulung aku ni. Dahlah bawak dia jalan, beli barang dia je (kasi hantam sama dia).


Tapi best jugak jalan di Prague tu. Cakap bahasa Inggeris pun mereka faham, so tak susah nak bertanya arah.


OK fine. Aku tak beli kasut di Prague.


Alim sangatlah baik. Aku siap bawa stroller lagi. Takut dia penat dan aku tak larat nak gendong dia.



*google



Prague, Czech Republic - 2004

***

Macaroon


Sudah entah berapa kali aku tengok gambar macaroon tapi aku masih tak dapat nak rasa. Memang nampak best. 




Memang best gilos!


Kanak-kanak, sila dengar keluhanku!



P/S Macaroon = Biskut Krim


*google

***

Bunyi di Ofis Aku


Pagi ni, sedang aku khusyuk buat kerja (yerait!), aku terdengar satu bunyi di belakang aku. Aku toleh. Tak ada apa pun. Aku tengok sofa cleopatra aku tu. Sememangnya tak ada orang di situ. 


So aku toleh kembali untuk sambung kerja aku (kerja?). Bunyi lagi. Aku toleh lagi. Kali ni agak kuat dan lebih kerap. Memanglah tak ada siapa bila aku toleh.


So aku assume, aku kena buat kerja dengan bersungguh kali ini.


Erk.



Siapa suruh sebut nama Jasper tadi.




***

PC Sudah Corrupt- Thinking Aloud



PC ofis aku ni sudah corrupt.

Dalam masa seminit, adalah lebih kurang 8 kali off dan on dengan sendiri.

Apa rasa?

Tak rasa apa pun.

Biarlah PC ni corrupt.

Aku memang tak percaya pada PC aku ni.

Aku lebih percaya kepada Jasper.

Eh.


***

November 24, 2011

Widad



Si Widad tinggal satu paper je lagi. Minggu depan hari rabu. So meanwhile biarlah dia pening tak buat apa selain dari termenung di panas buta.



No, Widad. I don't feel you!


***

Czech Republic -Aliaa Pergi Ke Sana Jua

Aliaa pun actually ikut ke Czech Republic. Ni dalam underground train. Sejuk juga tapi masih boleh tahan.




Kanak lain tak ikut. Kasihankan! (tak tak tak tak tak)


***

Boots

Aku suka pergi Boots. Sebab ubat aku yang aku suka ada kat situ.





Terjumpa gambar ni sebenarnya. Dalam pada tu, aku dapat siapkan satu paper dalam masa tengok LOTR pagi tadi.


***

Lord Of The Ring



I am actually still amazed with this movie. Watched it again. For the fourth time. This time, I can really appreciate the setting which really stunned me with speechless awe. 



Of course the extended version of this movie. 


***

November 23, 2011

Surat Maaf



Aku sememangnya sudah di ajar, supaya memohon maaf jika buat kesalahan. Pada Mak dan Abah. Tak kiralah apa jua kesalahan. Masa aku kecil dulu, kalau aku buat salah pada emak, aku sudah pasti memohon maaf. Biasanya dengan suara terketar-ketar sebab takut kena marah. Actually mak tak marah pun. In fact, mak kagum sebab dalam ramai-ramai anak dia, aku aje yang minta maaf secara verbal (aku rasalah!). 


Orang lain mungkin malu. Aku sudah pasti. Tak ramai yang mohon maaf pada mak mereka dengan bahasa Melayu, mind you. Kalau setakat 'I'm sorry, mum!', baik tak payah cakap. Tak ada ketar or thrill dalam ayat bahasa Inggeris (no offense to semua yang cakap Inggeris).


So cubalah dari hari ni. Belajar untuk memohon maaf setiap kali. Kalau setakat pulang dari sekolah atau dari kerja dan salam mak kita, walaupun sudah memadai dan salam mohon maaf masa raya sahaja, aku rasa tak cukup untuk melambangkan keperihatinan, hormat  dan kasih sayang.


So silalah mohon maaf setiap hari. Tak kiralah apa kesalahan yang dibuat. Mana tau, tak sempat pulak nak minta maaf, tangan mak sudah tiada untuk disalam.



Actually aku masih tak faham hal segelintir manusia yang buat salah tapi tak ada usaha pun nak buat surat maaf ke, buat audio maaf ke. Langsung tak ada usaha. 



Dari Isnin hingga hari ni, tak ada kisah hal nak minta maaf pun. 



***

Aliaa and Dokumen




Nasib baik ada si Aliaa. Malam tadi dia dan Maisarah operasi dokumen aku. Maisarah kerja dari pukul 8.30-10.30 sahaja tetapi si Aliaa kerja dari pukul 5.30 petang hingga 4 pagi. Kalau Aliaa tak tolong habiskan, memang aku lah yang kena buat. Kesian dia tak tidur hingga ke pagi. Dahlah dia ada kelas pagi ni.




So dokumen dah siap scan, pdf dan email.


Terima kasih pada Aliaa banyak-banyak.


Terima kasih pada Maisarah jua yang kena tidur cepat.


Pagi tadi aku dah siap ke DHL.


Ni sudah ke opis semula.


***

Rick Riordan and Alim




Rick Riordan dan Alim ibarat sushi dan nandos. Memang tak ada kena mengena tapi kalau dah start makan, mesti tak mahu stop. Tiada kaitan!

Hadiah UPSR Alim.





Since cuti sekolah, aku dah bagi tau dia, tiga hari je boleh habis. Hmm, lepas tu dia nak buat apa pulak. Hishh. Kalau cuti sekolah memang kena atur hidup kanak di rumah. Itu pun nasib baik, kanak Alim ni pandai buat breakfast sendiri.


Alim di kampung sedang tanam jagung kini.



By the way, honey, your best friend Rick Riordan has a blog. Do drop by!


Rick Riordan's blog



*google

***

November 19, 2011

The Wedding



Wedding memang best. Walaupun sudah diperdict bahawa kalau wedding di hotel, sure kena tunggu tetamu kehormat. Hujan lebat betul malam tu, so kami memang sudah terasa yang jem sure bagai nak gile. 





Arghhh, penat nak cerita. Kita tunggu cerita dari blog Aliaa. Suddenly malas giler nak sambung.




***

Family Outing



Hari ni aku dan semua kanaks telah pergi outing. Ke Mines.



Celebrate Alim's UPSR. 



Makan di Sushi King.



Jalan-jalan.



Makan ice-cream di McD.



Main bowling.



Beli donut di Big Apple.



Makan.



Terus pulang.



Malam ni ada wedding invitation.



Aku akan pergi bersama Aliaa.



Ke PJ Hilton.




Menjamu selera.



Orang lain, silalah drool.




***

November 18, 2011

Widad Punya Interview Dan Seni Lakon



Pagi ni aku hantar Widad pergi interview di UiTM Shah Alam. Selesai interview, kami pun balik. Cepat betul semua urusan. Insyaallah di permudahkan. 


Tapi balik of course sesat. Memang sesat. Aku memang tak jumpa jalan yang benar.


Sampai terus ke opis. Sejam setengah nak sampai ke UPM.



Masuk Dewan Zaaba.



Sebab nak spot check budak seni lakon aku tu.



Memang tak ada orang di situ.




Memang nak kena budak-budak ni.




Pukul 11.30 dah kosong Dewan tu.



Hari Isnin minggu depan semua kena jumpa aku. 


Better prepare with your 1001 reasonS.


Heh

***

November 17, 2011

Alim



Budak umur 12 tahun, si Alim ni baru dapat results UPSR pagi tadi. Well, aku dah pesan pada dia supaya jangan kecewa kalau tak dapat 5A since pergi sekolah di Malaysia pun dua bulan dan terus ambik exam UPSR (anak orang lain pun kalau pergi sekolah dua bulan sebelum exam pun dapat 5A.oit, this is not a good example. please delete). So budak ni yang sejibik macam si Aliaa (ya, jom kita sekeh budak Aliaa ni) masa kecik-kecik iaitu kecewa tak tentu arah sedangkan baru ambik UPSR kot!


So aku pun cuba pujuk dia.



Aku: Well honey, congrats to you. Well done. 

Alim: Yeah (suara lentok sedih).

Aku: Its okay. No matter what, you did a good job there (hissh budak ni dah stress kecik2 ni)

Alim: Yeah (lebih lagi lentok)

Aku: You have to bear in mind, your first language when you were a baby would definitely be English and you never uttered (or rarely) a single Malay word previously (except the words 'nak tekan', since you really wanted to press the thing on the video). 

Alim: I know, mum!

Aku: (syahdu betul budak ni. ni baru UPSR. Kalau buat PhD gini, memang kojol aku dulu sebab stress tengok dia stress). 

Aku: Did you know that your first word when you were a baby was an English word. 

Alim: Really, mum? (dah macam bangga dan motivated sikit). What was the word mum?

Aku: SCHIZOPHRENIA (aku tipu)

Alim: Really, mum? I was really clever at that time?

Aku: You were clever at that time and still is.

Alim: Why did I say that word, mum? (dia memang tak percaya kata aku tapi dia play along je)

Aku: Maybe because of Abang Mamat?

Alim: Yeah, thats right. Definitely because of Abang Mamat and Widad and Abang Aiman.

Aku: (Phew lega. Dia dah boleh sengih dan senyum dari stress dapat result tu. Tipu pun okay gak sekali sekala. Kesian abang dan kakak dia yang dianggap schizo aka gilo)



Actually Alim dapat 3A, 1B dan 1C
C ialah pemahaman yang aku sendiri tak faham dan sure tak boleh nak jawab.
B ialah Science.
Karangan boleh dapat A. Memang terkejuz di situ.


Dia dah okay now. Petang ni dia pergi hari anugerah sekolah dia. Dia dapat pelajar terbaik for English. Kalau dia tak dapat hadiah tu, sure dia dah meraung. 


Aku kini lega. Bukan kerana tipu. Tapi ada sikit-sikit kerana menipu.



Heh.



***

Jasper and Me

Aku sempat borak dengan Jasper pagi tadi.


Aku: You know what? I think I want to change my mind again.

Jasper: But why? I thought that you already made up your mind.

Aku: I know. But due to circumstances, I had to change again.

Jasper: No matter what, I will be supporting you.

Aku: Thanks Jasper. You are my angel.

Jasper: I know (smile).

Aku: With that smile of yours, I will definitely able to move on.




Terus aku rasa nak makan kimbap.


***

November 16, 2011

Widad


Dah 3 hari si Widad ni exam SPM. Asyik complain mengenai kenapa mesti buat exam lagi sedangkan dah dapat good results for GCSE O-level. Aku cakap, sebab nakkan BM paper, so kenalah buat SPM dan bukan boleh buat satu paper je. Kenalah buat semua paper. 



Maka, berdarahlah bijik mata dia belajar dalam masa 4 bulan ni untuk pelajaran 2 tahun (untuk recap, Widad baru pulang ke Malaysia setelah bersekolah di England). Dalam 4 bulan tu, tolak 1 minggu cuti raya, 1 minggu cuti deepavali, 1 minggu cuti seminggu sekolah, 1 minggu cuti bapak sedara. So overall tinggal 3 bulan je belajar.


Itu pun ada hari yang dia banyak sengal iaitu tak tengok buku or even kulit buku. Aku tak pressure. Tapi aku cakap, mesti dapat strong credit at least! Terang-terang aku kejamkan! Muahahahhahhaa.



***

Abstract


Hari ni pihak fakulti nakkan abstract PhD aku. Hish, mana pulak nak cari. Dah lama kot! Aku pun dah tak ingat mana aku letak dah ni. So, aku pun carilah copy thesis tu. Nasib baik ada satu copy di rumah (entah nak buat apa thesis tu di rumah! Siap penuh dengan habuk lagi!). So terus salin balik abstract dan translate in bahasa melayu. Terus hantar ke PA department. Selesai kerja. Actually, fakulti dah minta dari minggu lepas lagi tapi aku ni lupa. Dah tua weh!


***

Greyson Chance

Memang bagus betul budak ni nyanyi. Umur baru 14 tahun. Siap main piano lagi. Terus aku nak beli piano dia tu dan ambik budak tu jadi anak angkat aku. Jom






*youtube


***

November 15, 2011

Fon Call Nusantara



Pepagi buta aku terima satu panggilan telefon di telefon mudah alih aku niha. Nombor yang tertera amatlah panjang. Dalam hati aku, sure kes salah nombor lagi.



So aku angkat. 



Ada bunyi suara lelaki yang berbahasa Nusantara. 



Jawab kau!



***

Abang Aku Ir Amir Hisham Dan Bukan Dr Amir Hashim



Abang aku yang tua setahun dari aku, baru je call aku jap tadi. 


Ateh: Aku baru keluar TV pagi ni. Dalam Selamat Pagi Malaysia.

Aku: Huh, kenapa tak cakap. Aku depan TV niha tapi of course aku tengah tengok hindustan.

Ateh: Actually aku nak complain. 

Aku: Complain? (aku terfikir apa yang aku buat salah pulak ni dan apa kaitan dengan TV).

Ateh: Orang Selamat Pagi Malaysia tu tersalah sebut nama aku.

Aku: (eh, macam pernah aku kena je) Nama kau salah ke? Yang kau tak pergi betulkan masa awal-awal tu kenapa?

Ateh: Dia sebut Engineer Amir Hashim (Ir Amir Hashim).

Aku: What? Sasul sampai nama tu? Eh, jap. Tu bukan ke nama Alang (nama abang aku lagi satu tapi dia Dr Amir Hashim dan bukan Ir Amir Hashim).

Ateh: Itu ler kena complain ni tapi yang bestnya, Alang tak payah nak susah-susah attend Selamat Pagi Malaysia, terus dapat nama (dia bukan marah pun tapi dia gelak).

Aku: Lain kali, kena sebut nama kita semua adik beradik dalam TV tu. Semua, bukan kau dan Alang je. Kan ke senang. Lagi pun nama kau dan Alang dah hampir sama cuma jauh sangat bidang tu (kenalah tumpang glamour sikit. jadiklah kalau tersasul nama aku ke!).

Ateh: Tapi memang aku nak gelak masa dia cakap. Tapi tak apalah. Nanti kita jangan bagi tau Alang sebab dia sure suka giler nama dia disebut! Kang dia terperasan lebih pulak.

Aku: Tulah dah nama Ir Amir Hisham hampir dengan Dr Amir Hashim.




Kesimpulan perbualan di atas melalui mobile phone masa abang aku, baru selesai keluar TV dan menuju ke PROTON ialah, aku memang tak tengok pun dia di TV. Siapa pulak nak tengok Selamat Pagi Malaysia kan! No offence to RTM. No offense to Ateh too! But Alang is definitely going to be wide awake from his jetlag!



****

November 14, 2011

Widad



Had a bizeh weekend. Had fun though. Frankly speaking, too exhausted. 



Received a call from UiTM this morning. No. Not another job offer for me (got tonnes of it lately!). I wish I got one from UiTM since I am like dreaming of teaching there since like ever. UiTM di hati semua. Heh.



Widad will be having an interview at UiTM this friday. Yup. She had one interview with the Korean Embassy last two weeks but she did not get the scholarship. What a wehh! Out of thousand application for the scholarship (Korean Embassy) only nine were called for the interview. 





Widad was one of them. Only one place for the scholarship. Three malays and six chinese. Of course one of the chinese got the place. Korean ancestors were chinese so self-explanatory although she had the bestest results for O-level and during the interview, she spoke in Korean. See! Tiada rezeki di situ.




After a long devastated frustration (Widad), she managed to overcome it with a five second chat with me. She is fine till date. 




Today, the call made my day. I was so happy. Hey, Widad is supposed to be happy. Well, the mother is always the drama queen. 




So Friday is the interview. Diploma in Masscomm. So got to be interviewed. A special invitation, it seemed. She is the only candidate since the rest had their interview many moons ago and will start the class next monday. Yup. Monday class starts. Yet, Widad will be specially interviewed by the Dean, himself. 




Anyways, just doa a lot for her future. Although she is now taking her SPM. I told her, just do your best for you SPM. We need the BM paper with credit at least.




If no UiTM, there will be another. By the way, KLIUC also offered her a place for foundation. Supposedly the class for KLIUC starts on the 8 of November. Already started. Like duhh! She did not go or take the offer since she would rather be in the government uni. No offense to Sr Siti Nur Aliaa Roslan!





Monday is good. Really a long rest day for meh!






***

November 11, 2011

Dunia dan Aku

Rusia dah mula turun snow kelmarin.



Nottingham, still cold and gloomy.



Thailand, masih banjir.




Malaysia, hujan dan kilat sabung menyabung.




Aku, tiada motif buat post ni!


***

Bahang Tasik



Dua hari conference kat engineering. Baru rasa betapa panasnya Malaysia. Sebelum ni rasa jugak tapi kali ni sangatlah panas sebab fakulti engineering ni betul-betul sebelah tasik. So bahang dari tasik terkena kat aku terutamanya. Macamlah kat orang lain tak kenakan!



Hari pertama balik opis terus full blast aircond. 



Hari kedua tak balik opis tapi balik rumah terus. 




OK fine, I don't sweat so bila kena bahang ni, aku terus pening. Hishh, dah tua gini pun banyak cekadak.




So dua hari dah sekian present dan dah sekian jadi pengerusi for the presentation, aku rasa lega sebab KPI untuk tahun ni dah lebih dari cukup. So boleh goyang kaki sambil makan kuaci.




So minggu depan kenalah sibuk proses mense-scan semua sijil dan journals supaya boleh di KPI kan. 




Pagi Jumaat yang sangat indah.



****

November 8, 2011

DrNotts Masuk Paper - Ralat


Jangan tak tahu, gambar aku masuk paper rini. Berita Harian lagi. Tapi nama aku, wartawan tertinggal pangkat Dr tu.  Penting ke Dr tu? Well, orang atasan UPM sudah bising kerana nama UPM macam tercemar dek artikel ni, sebab research uni tapi nama lecturer di akhbar tak ada Dr. Macam tak ada lecturer yang baguslah ler gamaknya. Hishhh.




Siti Nur Aliaa sememang corresponding author untuk paper ni jugak. Tapi gambar dia tak ada. Muahahhahah.




Beli berita harian hari ni. Beli sekodi ok! Pastu buat bungkus sayur dalam fridge.






Jom kita bagi UPM senang hati dengan letakkan nama aku dengan Dr di hadapan gambar aku di atas.


Dengan tulisan jawi lagi yer!


***

Rindu Pada Autumn

Ha'ah. Rindu pada autumn!


Ha'ah. Rindu pada musim luruh! Testing sebut luruh daripada autumn! Erk.



Masa ni di Nottingham tengah autumn, sebab tulah rindu.



Ceh.


***

Silalah Salute



Memang aku salute kawan aku yang sorang ni. Dia hampir sebaya dengan aku tapi since lately ni dia dah hampir ke tahap depress, dia decided to go for pension. Agak terkejut di situ tapi dia yang memang kuat semangat, telah buat keputusan untuk submit borang pencen. 



Aku memang ada mengalami apa yang dia alami. That was in 2009 and early 2010. At that time, aku punya perasaan memang dah sampai tahap resah. Aku tak boleh buat kerja. Aku tak boleh tulis paper. Aku stress. Aku hampir ke arah depress. 



Aku tak boleh pergi kerja dalam keadaan tenang. Aku tak boleh berfikir. Aku fed-up. Aku fed-up tahap tepu. Aku tak mahu bercakap dengan orang lain. Aku tak boleh buat apa lagi. 




Masa tu memang waktu kritikal bagi aku. Semua ni gara-gara kerja yang semakin banyak. Tapi masa nilah yang aku rasa aku kena buat sesuatu. 




Aku buat plan. Aku kena keluar dari ruang angkasa kerja. Aku harus fikir cepat untuk hidupkan diri aku dari kancah stress tak bertempat ni. 




Ya, I was on anti-depressant. Tapi aku tak makan pun ubat tu. In fact, aku jumpa ubat lain yang boleh buat aku lebih bagus. I became mellow. I found something else. Besides minta doa pada Tuhan untuk kuatkan semangat aku untuk kerja serta mengaji, aku jumpa perkara lain jua.




Thanks to the Korean dramas and movies. I live. 





Now?





My friends mengalami hal yang sama dengan aku. Dah tiga orang aku jumpa mengadu hal dengan aku. Aku cuma dapat berikan pandangan tapi bukan nasihat. 





So sorang akan cuti setahun untuk rehat. Sorang lagi terus pencen. Sorang lagi masih terawang-awang. Aku takut dia hilang terus di awangan tu. Nauzubillah!






So to all of you academicians out there, tough luck! (Especially to academicians with PhD holders! Kepala hotel sudah luka parah tu!)





Find something that you like besides work. Get a hobby. Then hopefully, you are happy with your work! Insyaallah.





***

In Time 2011



Semalam kami tengok wayang. Filem In Time. Along dan Maisa tengok sekali. Tengok filem ni barulah tahu betapa berharganya masa. Memang best. Tak sangka mereka ni boleh terfikir nak buat filem gini. Memang aku tak terfikir pun.



In a future where people stop aging at 25, but are engineered to live only one more year, having the means to buy your way out of the situation is a shot at immortal youth. Here, Will Salas finds himself accused of murder and on the run with a hostage - a connection that becomes an important part of the way against the system. 




Rate: 8/10






*google


***

Makcik Urut Anyone!

Silalah recomendkan makcik urut yang bagus. Sangatlah tidak bagus pasang kipas ataupun onkan aircond dalam usia aku yang sebegini banyak. Arghh.






***

Raya Haji Kelmarin



Aku masak sambal tumis udang petai dan kailan ikan masin. Ha'ah. Macam lauk makan tengahari hari biasa je. Aku tak masak rendang kerana ayam dah habis di giant dan tesco. Memang alasan. 




Pagi tu aku ke giant dan memang banyak ayam tapi aku tak beli pun. Malam tu, keluar dengan Along untuk dinner di sushi king (malam sebelum raya), aku sempat ke giant jugak dan of course ayam tak ada langsung. 




Tapi itu bukan alasan baik pun untuk tidak masak rendang ayam tapi actually ayam ada banyak dalam freezer aku niha. Saja tak nak masak rendang sebab aku fikir tak ada siapa yang nak makan. Buat membazir je kalau masak (actually malas!).





So the whole day makan lauk biasa. Miza dan Lana raya di rumah. Lana selsema so dia tak selesa untuk tidur mahupun bermain. Kesian budak tecit tuha!




Hidung tersumbat aje. 




Silalah hantar Lana ke rumah baby sitter lama dia tu. Lagi bagus. Tak kisahlah jauh pun. Tapi kesihatan anak terjaga. Taklah selalu demam or selsema berbanding dengan hantar di nursery yang all the time demam or selsema.




Hishhh.




***

November 5, 2011

Muhammad dan Widad dan Aliaa



Muhammad dan Widad telah pun sampai di kampung. Budak kembar tu tidak bergaduh sepanjang perjalanan. Kalau di rumah, sudah pasti bercakaran.



Memang bawa kereta slow kerana jem.



Aliaa sudah sampai rumah dari survey camp. 



Adakah Aliaa hitam?




Separuh je.


Bahagian yang tidak kena topi sayur dia tu~!



***

Crimson Tide 1995

The film takes place during a period of instability in Russia. Units of the Russian military loyal to Radchenko, an ultranationalist, have taken control of a nuclear missile installation and are threatening nuclear war if either the American or the Russion government attempts to confront him.



Rate: 6/10





*google


***

Starsky and Hutch 2004

Baru sempat nak tengok filem ni. My favourite TV program masa aku sekolah. Masa filem ni keluar panggung dulu, tak tengok pun. Oh ya, aku tak ada di Malaysia masa tu. Hishh.


Two streetwise cops bust criminals in their red-and-white Ford Torino with the help of police snitch called Huggy Bear.


Rate: 8/10





*google

***

Dirty 2005

Two gangbangers-turned-cops try and cover up a scandal within the LAPD.


Interesting but stressful.



Rate: 8/10




*google

***

Alim Hung Up On Me



Semalam call Alim. 

Alim: Mum, can we talk later?
Mum: Why?
Alim: I have to go to the surau now!

Tot-tot-tot-tot.

He hung up on me!



Yang pergi call budak tu masa waktu solat tu kenapa? Kan dah padan muka!



***

Quantitative Data



Bagus jugak ada printer yang dakwat di luar ni. Sangat jimat rege dakwat. Aku print 400 helai questionnaires di rumah. Tak yah photostat kedai. Jimat minyak kereta. Jimat dakwat printer mahal. 



Cuma. Kena fikir nak collect the data now.




Research Assistants anyone?


***

Chicken Rice Shop Nilai



Kami brunch di CRS. Kanak di rumah ni bangun lambat so terus lunch. Tidak digalakkan untuk makan CRS pada awal tengahari. So tak best sangat. Lain kali kena mukadimah with something else, like nestum. Erk.



Hala balik dari Nilai ke Vista, mak ai, memang jem dari Bangi kot. Memang ni jelah masalah setiap kali cuti perayaan, dah sure jem dari Bangi ke Seremban. 



Kesimpulan, jangan beli rumah dari Bangi ke Seremban. 




Aku?




Dah terbeli. 




Cis.


***

Anaconda 1997

Just bought a new DVD of Anaconda. Bought it before, but couldn't find it. Nowhere to be found. So today, watched it again. Best jugak. Of course with J. Lo.




A "National Geographic" film crew is taken hostage by an insane hunter, who takes them along on his quest to capture the world's largest - and deadliest - snake.



Rate: 6/10



*google mari.


***

Tower Heist 2011



Memang best filem ni. Aku pergi dengan Muhammad dan Widad. Tapi dalam panggung tu, aku, Widad dan Muhammad je gelak sebab memang kelakar dan happening. 


A supposedly fine robbery! Tapi berjaya jugak akhirnya.


When a group of hard working guys find out they've fallen victim to a wealthy business man's Ponzi scheme, they conspire to rob his high-rise residence.


Rate: 7/ 10





* google gambar


****

November 3, 2011

Cougar Town Season 2

Beli ni jugak tadi. Satu set of couger town. Season 2. Season 1 dah tengok dua round.


Kelakar habis! 


Rate:  9/10





*google mari

***

Super 8 2011



Baru beli DVD ni tadi. Balik rumah terus tengok. Best jugak. 


What amazed me, the kids yang sangat kids, pandai nak buat movie mereka sendiri. So shooting sendiri dengan menggunakan camera kecil dan siap ada pelakon dan yang penting ada jugak perkataan 'production value' dari budak2 tu. Memang bagus.


Steven Spielberg punya movie weh!



Of course ada serangga sebesar gunung.



Rate: 8/10




*gambar google pinjam mari.

***

Weight

Widad dah turun lagi 2 kilo lagi. Bila timbang tadi, suka giler dia bila dah tahu dia kurus sikit lagi.


Muhammad pulak dah turun 1 kilo. Aku tak nampak pun dia kurus sedikit. Sudah pasti kerana dia main rugby or bola tampar or menampar orang. Kata jadik abang long dell.



Aku? Tak kemana pun.



Dah tua. Maknanya dah tepu segala.




Ceh.


***

CCTV and ADT

Tot of installing CCTV camera and ADT kat rumah aku ni. Agak takut bila kes rompak berleluasa. So am thinking of doing so.



What do ya think?



Boleh ke jadi vegan?


Heh.


****

Muhammad



Hari ni Muhammad last day final exam. Dia balik rumah kejap. Tapi dia akan keluar balik ke rumah sewa dia sebab kawan-kawan dia ada barbecue. Aku cakap kat dia supaya terus je sampai malam tak payah balik niha. Dia cakap yang aku suruh balik tadi. Suddenly, aku suruh dia balik ke tadi? Memang tak hengat.



So dia balik kejap. Lepas magrib ni kang, dia keluar. 



Tapi sempat tengok Apocalypto dengan aku dan Widad. Dah berjuta kali kami tengok filem Mel Gibson ni.




Nope, aku tak mahu dinner lagi dah. Tobat tak mahu any dinner.



Malam jumaat, so Yasin.


***

Aku Banyak Cakap Hari Ini



Potrait. Muka saja ye! Buat balik. Hishh. Nak kono budak2 ni. 



Video di youtube memang ada yang bagus. Ada yang buat aku ketawa. Eh. Aku boleh ketawa. Itu yang aku kagum sebab aku boleh ketawa setelah berminggu aku lupa bagaimana. 



Aku ni agak serious orangnya (yerait!). 



So anyways, pada yang rasa video di youtube tu macam tak bagus, silalah buat yang bagi bagus. Jangan bagi aku tertidur.



Kalau rasa ngantuk gak, ketuk dahi banyak kali. Paling senang, cucuk bijik mata dengan pen (daripada main ketap ketup bunyi tu kan!).




Tadi lunch di CRS. 




Beli DVD lagi. Heh.




Balik, operasi susun DVD aku yang melaut tu.



Kalau aku dah mati  nanti, boleh lelong tak DVD ni!


***

November 1, 2011

Seminar Dan Esok Aku Cuti

Oleh kerana demam aku masih tak kebah, aku present paper dalam keadaan mamai hari ni.


Malam tadi tak boleh tidur.


Gara-gara ubat yang aku telan the day aku demam kelmarin.


Rasa?


Cranky. Or dizzy. Or everything.



So esok aku cuti. Aku nak rehat.


So called.



Tapi will rehat after tomorrow.


***