Ye, setiap magrib, aku akan tarik langsir di ruang tamu. Aku akan jerit, 'We are still in England!'. Motif? Nak bagi aku sedar yang aku masih berada di England ni. Bukan dalam mimpi berada di Alamanda atau Mines atau our favourite holiday spot iaitu di Equatorial Melaka. Itu cuma mimpi ye, hencik. Sekarang kena pijak di bumi nyata. Kami masih di sini. Masih di England. Ada yang tanya, mana aku pergi, senyap seribu bahasa. Aku memang tak boleh nak jawab sebab aku bukan berada di Malaya. Oleh itu, dengarlah, aku berada di sini. Berhadapan dengan kubur. Berjirankan orang yang sudah beberapa hari pergi holiday sebab easter (aku memang menyampah kalau orang pergi holiday ni!).
By the way, magrib pukul 8.20 malam dan Isyak pukul 9.40 malam. Maknanya aku masih boleh termenung memandang ke arah padang di hadapan rumah aku hingga magrib sebab masih cerah lagi dan masih nampak apa yang ada di padang tersebut.
Radford Grove Lane, Nottingham.
***