April 30, 2011

I Repeat



Widad akan menghadapi exam yang sangat penting dalam hidup dia. Yang akan menentukan kehidupan dia seterusnya, samada masuk Uni dalam negara atau luar negara atau paling kurang, KTT (hahahah satu keluarga KTT). So silalah mengaji elok-elok ye wahai anak aku yang sangatlah tumpukan perhatian di kala ini. Tumpuan Widad kini tertumpu kepada:

1. variety show
2. running man
3. crime squad
4. cut and paste frame gambar
5. variety show lagi



So kesimpulan dari tumpuan Widad ini, rasanya dia akan kemana??? Flash back now! Tujuh tahun belajar di England. Seketika belajar di Ireland. Agaknyalah kan, ke mana dia pergi dengan tumpuan dia yang tinggal sebulan sahaja untuk exam GCSE dia ni! Perhatian, lihat semula 5 tumpuan dia di atas!







Radford Grove Lane, Nottingham.

****