Ha'ah, dah mula easter break dari minggu lepas lagi. Itu untuk Widad. Academy Alim start break minggu ni hingga Isnin minggu depan. Aktiviti break ni, duduk rumah sambil termenung hingga pengsan. Itu aku. Widad akan sibukkan diri dengan pelajaran (yerait!) dan Alim akan sibuk dengan Disney Channel dia tu which yang dia dah hafal semua cerita dalam channel tu. Aku pun dah naik bosan tengok racangan yang sama di TV setiap hari. Eh, sebenarnya aku dah tak tengok TV since Januari ritu kot. Membazir je bayar duit Sky TV. Cit. Selain itu, aktiviti so called menebas rumput dan lalang yang tinggi hingga dua kaki di backyard. Eh, bukan menebas tapi cuma guna kotak sambil pijak bagi rumput dan lalang tu agak nampak penyek sedikit. So nampaklah cerah sedikit backyard kami tu. Tapi tadi, sedang aku cuba untuk pijak kotak tu, aku tak perasan ada katak di bawah kotak tu. So, apa lagi. Pijak atau tak pijak? hmmm. Penyeklah katak tu aku buat. Erkkk!
Jiran kiri dan kanan sudah cuti-cuti England. Mereka tiada di rumah sudah beberapa hari. Mesti holiday ke Europe tu. Jadi, agak sunyi sepi lorong rumah aku tu.
Tapi Jasper tetap ada!
Radford Grove Lane, Nottingham.
***