April 30, 2011

Kenalkan, Ini Tim!



Aku kenal Tim. Aku baru kenalkan Tim to Aliaa dan Maisarah. Tak tahulah samada mereka suka pada dia! Harap mereka suka pada Tim. 






Radford Grove Lane, Nottingham.

***

I Repeat



Widad akan menghadapi exam yang sangat penting dalam hidup dia. Yang akan menentukan kehidupan dia seterusnya, samada masuk Uni dalam negara atau luar negara atau paling kurang, KTT (hahahah satu keluarga KTT). So silalah mengaji elok-elok ye wahai anak aku yang sangatlah tumpukan perhatian di kala ini. Tumpuan Widad kini tertumpu kepada:

1. variety show
2. running man
3. crime squad
4. cut and paste frame gambar
5. variety show lagi



So kesimpulan dari tumpuan Widad ini, rasanya dia akan kemana??? Flash back now! Tujuh tahun belajar di England. Seketika belajar di Ireland. Agaknyalah kan, ke mana dia pergi dengan tumpuan dia yang tinggal sebulan sahaja untuk exam GCSE dia ni! Perhatian, lihat semula 5 tumpuan dia di atas!







Radford Grove Lane, Nottingham.

****

London Mari



Memang boleh je kalau aku nak pergi ke Royal Wedding tu. Tapi memang tak terlintas pun di hati ni nak pergi. Satu, sure ramai orang which yang bila tengok TV tadi, memang ramai betul orang. Setakat nak pergi balik hari ke London tu memang bukan susah pun. Sekejap aje sampai. Dari tempat aku ni kalau naik kereta Punto aku tu, sure sampai macam kereta lain tapi kalau bawa laju, lebih kurang Jaguar jugaklah. Sepagi ni aku tengok dan aku rasa mereka yang ramai betul tu dah siap berkhemah dari kelmarin. Aku berkhemah kat Radford Grove Lane ni je. Tapi puas hati sebab dapat tengok Sultan Brunei dan isteri serta Agung Malaya dan isteri. Terus rasa macam bangga tahap habis ni. Cantik betul baju Zahirah. Memang kelas! Kalah raja-raja dari negara Eropah. Sure penat tunggu segala kalimat masa wedding tu kan! Sebab tu aku tak mahu pergi. Minggu ni sure banyak magazine keluar pasal wedding tu. Aku nak beli jugak. Nak tengok sambil sengih tak tentu arah. Tapi kan, aku tertunggu-tunggu juga Letizia isteri Prince of Spain (Spain kot!) tapi cam tak nampak je. Haishhh, mesti termiss tadi ni. Tak apa, esok ke ASDA beli magazine kita.








Radford Grove Lane, Nottingham yang baru habis tengok 90 days falling in love 16 episode. Cis, Kang Ji Won memang handsome.

***

April 28, 2011

Maisarah with her Blue and Atomic Kitten


Since Maisarah telah meng-tag lagu Blue dan Atomic Kitten, maka aku pun dengar lagu-lagu ni hampir 20 kali pagi ni sahaja. Teringat akan nostalgia yang ingin ku lupakan. Huh? Hari ni ala-ala British hokey tapi kejap je kot sebab lepas tu aku akan ke Seoul jua!






Radford Grove Lane, Nottingham yang sedang masak rendang ayam untuk lunch. 

***

Rindu


Adakah aku rindu dengan sebuah negara bernama Ireland buat masa ni?? Boleh? Arghhh. Aku cuma rindu Galway dan Cliff of Moher. Itu sahaja. Sekian.






Radford Grove Lane, Nottingham.

***

Tepis Mimpi Itu


Seperti biasa, mimpi yang agak menyeramkan malam tadi. Tapi, aku berjaya menepis segala. Macam tak biasa mimpi sebegitu pula ya!






Radford Grove Lane, Nottingham.

***

April 26, 2011

Kasut Sekolah



Sudah dua pasang kasut sekolah aku belikan untuk Alim. Minggu lepas, kedua-dua pasang kasut si Alim sudah tertanggal tapak. Apa kena budak ni? Dia buat apa dengan kasut sekolah dia tu? Yang herannya, tapak terus tercabut. Cikai betul kasut England ni. Pulak tu, bila tapak dah tertanggal, sempat pulak dia pergi ke office academy dan minta masking tape. Lalu dia tapekan seluruh kasut tu. Tapi tape warna cokelat dan kasut warna hitam. Agaknya orang di office tu kesian, plimsole dipinjamkan. Di sini plimsole untuk PE sahaja. So, sabtu kelmarin kami ke kedai cari kasut sekolah. 


Bila tanya, kenapa kasut boleh jadi gitu. Dia jawab, 'I did not play football, mum!' Huh, lain tanya, lain jawab. Sedangkan muka dia dah hitam dek main bola masa lunch.






Radford Grove Lane, Nottingham.

***

We Are Still In England!


Ye, setiap magrib, aku akan tarik langsir di ruang tamu. Aku akan jerit, 'We are still in England!'. Motif? Nak bagi aku sedar yang aku masih berada di England ni. Bukan dalam mimpi berada di Alamanda atau Mines atau our favourite holiday spot iaitu di Equatorial Melaka. Itu cuma mimpi ye, hencik. Sekarang kena pijak di bumi nyata. Kami masih di sini. Masih di England. Ada yang tanya, mana  aku pergi, senyap seribu bahasa. Aku memang tak boleh nak jawab sebab aku bukan berada di Malaya. Oleh itu, dengarlah, aku berada di sini. Berhadapan dengan kubur. Berjirankan orang yang sudah beberapa hari pergi holiday sebab easter (aku memang menyampah kalau orang pergi holiday ni!). 

By the way, magrib pukul 8.20 malam dan Isyak pukul 9.40 malam. Maknanya aku masih boleh termenung memandang ke arah padang di hadapan rumah aku hingga magrib sebab masih cerah lagi dan masih nampak apa yang ada di padang tersebut. 





Radford Grove Lane, Nottingham.

***

Call and England Hot!


Tadi pagi cuba call Malaysia. Mula-mula call Maisarah di opis. Berbual macam orang bercinta. Selang beberapa jam, call Vista dan berbual lagi dengan Aliaa hingga habis kad telefon tu aku guna. Ler, kena keluarlah maknanya esok sebab kad fon sudah habis. Haishh, malas betul nak keluar rumah sebab kalau keluar mesti tak tahu mana nak pergi. Fine, esok keluar kejap dan bawa Alim main basketball di Forest Field tu. 

Sabtu lepas, keluar beli groceries. Mula-mula cuaca agak sejuk-sejuk manja. Bila pukul 1, agak panas. 24 darjah, John! Memang terbakar kulit kejap. So kami pun rehat di padang seketika. Aku aje guna payung sebab panas, tapi orang sini semua separuh bogel sambil berguling atas rumput (dengan tahi hanjeng ke?), tujuan untuk cokelatkan kulit tu (aku masih tak faham kenapa mesti buat gitu?). Aku yang putih sedikit ni (masih perasan), tak teringin pun nak gelapkan kulit aku dengan berguling atas rumput di padang tu. 




Radford Grove Lane, Nottingham.

***

Easter Break



Ha'ah, dah mula easter break dari minggu lepas lagi. Itu untuk Widad. Academy Alim start break minggu ni hingga Isnin minggu depan. Aktiviti break ni, duduk rumah sambil termenung hingga pengsan. Itu aku. Widad akan sibukkan diri dengan pelajaran (yerait!) dan Alim akan sibuk dengan Disney Channel dia tu which yang dia dah hafal semua cerita dalam channel tu. Aku pun dah naik bosan tengok racangan yang sama di TV setiap hari. Eh, sebenarnya aku dah tak tengok TV since Januari ritu kot. Membazir je bayar duit Sky TV. Cit. Selain itu, aktiviti so called menebas rumput dan lalang yang tinggi hingga dua kaki di backyard. Eh, bukan menebas tapi cuma guna kotak sambil pijak bagi rumput dan lalang tu agak nampak penyek sedikit. So nampaklah cerah sedikit backyard kami tu. Tapi tadi, sedang aku cuba untuk pijak kotak tu, aku tak perasan ada katak di bawah kotak tu. So, apa lagi. Pijak atau tak pijak? hmmm. Penyeklah katak tu aku buat. Erkkk! 


Jiran kiri dan kanan sudah cuti-cuti England. Mereka tiada di rumah sudah beberapa hari. Mesti holiday ke Europe tu. Jadi, agak sunyi sepi lorong rumah aku tu. 


Tapi Jasper tetap ada!




Radford Grove Lane, Nottingham.

***

Swallow the Sun 2009


Tak sangka drama ni memang best. 25 episode. Aku habiskan dalam dua hari. Very interesting plot. Of course aku tumpukan perhatian terhadap directing, shots etc. Anyways, OST yang agak bagus! Rating pun top!




Synopsis

This novel-based story revolves mainly around four people who are drawn to Seogwipo, Jeju for a project. Kim Jung Woo and Lee Soo Hyun first met when they were children but lost track of each other for numerous years. Years later when Jung Woo meets Soo Hyun, he falls in love with her but his feelings are not reciprocated. Soo Hyun doesn't realize until much later that she's drawn to Jung Woo as well. 

*taken from dramawiki






Radford Grove Lane, Nottingham.

***

April 20, 2011

Kubur Update


Semalam cuaca sangat best. Bila jenguk keluar tingkap bilik atas, nampaklah khalayak yang santai di tanah perkuburan. Tak percaya lagi kah? Well, nanti ada lagi gambar yang boleh aku updatekan.










Radford Grove Lane, Nottingham.

***

April 18, 2011

Tak Percaya Depan Rumah Aku ada Kubur?



Betul! Jangan tak percaya. Ni dia kubur di depan rumah aku. Kalau siang, memang ramai yang berkelah sambil minum beer dan todi versi Malaya. Eh! Bila siang juga, ramai yang bawa hanjeng sambil santai. Ada yang sempat bermain-main dengan anak-anak mereka masa spring ni. Aku sungguh belum dapat adapt lagi dengan suasana santai di kuburan ni. 

Gambar pertama tu, bila malam,  aku selalu nampak Jasper tersenyum pada aku. Of courselah aku senyum balik!







Gambar diambil di pagar depan rumah. Pagar yang berkunci all the time. Tak nak bagi aku masuklah tu! Kalau nak masuk kena ikut pintu tepi atau masuk church. Meja berkelah tu baru je letak sebulan sudah. Di situlah tempat budak2 bujang atau keluarga berkelah todi. Still aku tak faham!





Radford Grove Lane, Nottingham

***

Autumn Tale



Ada ke tengok drama Autumn Tale, aku boleh haru. Tragis betul. Ceh. Drama tahun 2000 tu pun aku boleh tengok. Lagu OST for this drama memang best!


4 star for this drama.

















*gambar dari google. sekian. 











Radford Grove Lane, Nottingham yang perlu get a life here!

***

Tiada Cerita



Sabtu kelmarin, kami ke city. Kononnya ada hal di Santander Bank. Niat di hati nak stopkan standing order for the rumah sewa ni since Neil dah pesan suruh stop for Mei ni nanti. Rupa2nya tak boleh buat sekarang dan maknanya kena datang selepas sewa rumah ditolak bulan Mei ni nanti. Maknanya juga kena datang lagi ke city. For the first time, pergi ke city punyalah sekejap sebab tak tahu nak singgah ke mana. Membazir bayar parking hingga 3 pound. Cuba makan jacket potato, punyalah tak sedap so never to eat jacket potato anymore till pulang ke Malaysia. Sudah tidak lalu ye hencik! Walau apa pun, sempat bergambar spring days. Balik singgah ASDA dan pulang ke rumah. 2 jam je kami keluar rupanya. Haishhh, memang tak ada life betullah di Nottingham ni!








Radford Grove Lane, Nottingham.

***

April 15, 2011

Malam Jumaat



Sedang aku nyenyak tidur (nyenyaklah sangatkan!), aku terjaga. Bau busuk yang amat menusuk seluruh badan. Sedangkan aku tau sememangnya bukan bau sampah dari tong di luar. Bukan juga bau tahi hanjeng bersepah di kuburan. Bau agak berlainan dari biasa. Tak pernah aku bau sebusuk itu. Lalu, aku baca ayat kursi. Fatihah. Dua kalimah syahadah. Ayat kursi lagi. Segala ayat aku baca. Dalam setengah jam aku terkumat-kamit membaca segala ayat. Bau terus hilang. Aku tidur semula. Aku tau mengapa semua ini! Tapi aku lebih tahu, kuasa yang Maha Esa lebih dari segala!







Radford Grove Lane, Nottingham.

***

April 13, 2011

Masih Di Sini



Hari ni banyak betul perkara urgent. Kawan baik aku seumur hidup (BFF) baru je text kat anak aku si Maisarah, dan suruh anak aku tu bagi tahu aku suruh contact dia cepat sebab ada hal urgent. Payah betul nak cerita ni. Pokoknya si BFF suruh aku call. hehehhe. Tapi punyalah susah nak call. Pastu pulak, kawan aku yang lain minta urgent suruh call jugak. Hoiii, ingat phone card kat sini free ke. Mahal weh! Ada ler pulak yang ingatkan aku dah berada di Malaysia. Hmm, I wish! Aku masih lagi di bumi England ni. Belum pulang lagi. Masih di sini dan masih kira berapa banyak daun dah tumbuh sejak spring ni. Memang hampir penuh. Dalam sekelip mata, daun dah banyak sedangkan baru minggu lepas daun baru nampak tumbuh dua tiga helai. Ni dah penuh. Ajaib betul kuasa Tuhan. Ya, aku lupa. Rumput di belakang rumah aku ni, dah boleh buat sarang untuk ular sawa bersarang. Memang dah tinggi 1 kaki. Kena kuak lentang baru jumpa tanah. Punya lebat rumput belakang rumah tu. 






Radford Grove Lane, Nottingham yang masih mengira daun hingga pulang.

***

Sampai Hati



Langsung penyanyi ni aka Ameng kena penjara 8 tahun sebab ada banyak dadah. Aku dahlah suka dengar lagu Sampai Hati dia ni. Boleh nangis dengan lagu dia ni. Tapi dalam hati je. Camner lah rasanya kena sebatan 10 kali tu. Sure bila kena sebat tu, daging terikut sekali bersama dengan tali sebat tu. Arghhhh, aku jatuh tangga dan terguris lutut pun rasa cam nak tercabut lutut lepas tu. Terus aku buka youtube dan dengar lagu Sampai Hati ni. Aku memang sokong industri filem, drama dan lagu Melayu ni. 



Kalau bunuh orang kena penjara 7 tahun je. Ameng dengan dadah dia kena penjara 8 tahun. Hmm, mana satu lebih bagus?







Radford Grove Lane, Nottingham.

***

Six Weeks To Go!



Widad ada enam minggu untuk persiapan for her GCSE O-level. Exam in June. Sudah setahun dia bertungkus lumus so inilah masa yang akan menentukan segala. Persiapan mula dan akhir tampak gigih. Aku senaraikan persiapan mula dan akhir budak ini hingga ke June nanti.


1. menonton video clip famous korean bands di youtube
2. online facebook dengan rakan di kolej (macam tak jumpa hari2 kan) dan rakan di Malaysia
3. baca buku cerita
4. tukar display image di laptop setiap dua hari
5. timbang berat setiap dua saat




Rasanya dia ni akan dapat flying colours tak?





Radford Grove Lane, Nottingham.

***

April 11, 2011

Widad is 17 Today!



Today is Widad's birthday. She is 17 today. Dah besar anak aku ni! Birthday Widad kali ni, since berada di England dan tak dapat nak celebrate with her other siblings, so therefore, celebrate di NEWSAGENT sebelah rumah ni sudah! Sekian.




By the way, Widad pakai baju kurung pergi ke kolej hari ni!





Radford Grove Lane, Nottingham.

***

April 9, 2011

Gambar: Shakespeare's Birthplace and Anne Hathaway's Cottage-8 March 2011





Gambar-gambar ni tidak sempat diletakkan di blog ini hari tu. Sebab sangatlah tedious punya kerja. Tempat kelahiran Shakespeare serta rumah bersama isteri dia Anne Hathaway di Stratford-upon-Avon, United Kingdom. No caption sebab gambar sahaja pun sudah boleh self-explanatory.





























 






Rasanya gambar yang last di atas di service stop tapi tak ingat di mana. Muka letih setelah 6 hari roadtrip. Baru 6 hari, kalau lama lagi sure hilang segala rupa. No more road trips for that old lady on the left!




Stratford Upon Avon, United Kingdom.

***

Pujuk



Kadangkala aku pujuk hati ini. Demi anak-anak. Aku gagahkan juga perasaan bosan macam nak mati hidup di sini. Tapi itu cuma kadangkala sahaja. Selebihnya seronok kerana tiada dateline atau perasaan tidak puas hati yang aku alami sewaktu aku bekerja. Kini, aku ingin habiskan dua bulan lagi cuti ini dengan melayan perasaan serta mengimbas kembali kesalahan dan menginsafi segalanya. Buatkan aku lebih melo.


You better do well, Widad! GCSE in two months time!






Radford Grove Lane, Nottingham.

***

April 4, 2011

British Gas


Orang British Gas yang sepatutnya call aku hari ini, tidak call. Aku siap marah dia lagi minggu lepas. Hal bil. Boleh ke bil aku hingga GB550. Walaupun aku memang direct debit GB125 sebulan. Tak kan dia tak tolak langsung duit aku tu. Cis. Heater bukan pakai sangat since Januari ritu. Tapi still, memang tak logik. Malam tak pernah onkan heater pun. 





Radford Grove Lane, Nottingham.

***

Teguran


Semalam ada satu lelaki benggali menegur aku. Mula-mula aku tak faham. Sambil memilih buah anggur, dia bertanya satu soalan, sambil menunjukkan buah anggur di tangan. Mula-mula aku tak faham so aku suruh dia ulang. Aku tengok juga anggur yang dia pegang tu.  Dah kali ke tiga dia ulang, aku masih tak faham dia cakap, aku terus beredar. Pekak ke aku? Kenapa dengan anggur tu dengan soalan dia tu? Seketika termenung, baru aku figure out yang dia tanya soalan tu. Soalan dia, 'Is there a God?'. Kenapa dengan dia tu agaknya. Nak saja aku cari dia lepas aku faham soalan tu tapi dia sudah beredar terus dari kedai. Cuba nak test aku ler tu! Nak sepak!





Radford Grove Lane, Nottingham

***

Kubur Lagi


By the way, pokok yang berderet di hadapan rumah aku aka di kawasan dalam kubur ni, telah mengeluarkan daun yang sangat cantik. Sudah tidak nampak bogel pokok yang berderet itu. Sesekali boleh termenung di tingkap atas bilik mengenangkan siapakah yang tertanam di kuburan itu. Mungkin orang kaya sebab tak banyak pun kubur tu. Adalah 20 kot! OK, memang aku cuba untuk membilang sejak pindah sini lagi tapi memang sebelum pulang aku akan bilang dan tengok nama yang tertera. Ada dua kerusi picnick yang diletakkan di kawasan kubur itu. Of courselah budak2 muda selalu duduk situ sambil berbual. Boleh berkelah di kubur ye hencik! Nanti aku ambil gambar mereka berkelah bersebelahan dengan kubur tu. 








Radford Grove Lane, Nottingham.

***

Free Car


Kereta aku ni pula akan aku bagi free pada sesiapa yang teringin. Free hokey. Malas nak berurusan jual beli since leceh nak layan. So anyone yang inginkan Fiat Punto hijau, silalah email pada aku. Tapi yang tinggal di UK sahaja. Tak boleh nak post ke Malaysia. Memang kereta ni bagus. Minyak jimat habis. 




Radford Grove Lane, Nottingham.

***

Tiket Bas


Tiket bas untuk pulang ke Malaysia, sudah ku beli. Takut kehabisan nanti. National Express. Walaupun lambat lagi nak balik, aku sudah bersedia dengan segala hal. Cuma tinggal nak contact landlord dan tanya mengenai deposit aku tu. Besar kemungkinan tak dapat penuh deposit tu sebab landlord register untuk agency yang kawal duit deposit. Apa hal? Takut aku lari ke? So aku sudah bersedia dalam otak aku ni yang duit deposit itu akan burn like hell. Arghhh GB450 tu!!! Boleh beli banyak Extra Virgin Olive Oil tuh! 




Radford Grove Lane, Nottingham.

***

Buku Cerita


Si Widad dan Alim ni sudah lupa untuk baca buku cerita semalam so hari ni dan esok, mereka kena baca 100 pages a day. Biasanya aku kerah mereka membaca 50 pages a day. Buku cerita je pun. Sangatlah tidak susah dan tidak mengantuk bila baca. Kalau suruh baca buku pelajaran, memang liat. Baru niat nak baca, mereka sudah tidur. Anak saper tu?


Radford Grove Lane, Nottingham
***

Tiada Cerita



Setelah tertangguh segala hal, akhirnya hari ini aku isi borang Census. Lebih kurang banci di Malaysia. Ingatkan sebagai visitor tak payah isi, tapi rupa2nya kalau tak isi, polis datang tangkap. Ye ke? Pagi ni dah siap masak bubur kacang hijau dengan lempuk since semalam pergi Asiana cari lempuk. Bukan best pun Asiana tu. Tempat besar tapi barang tak banyak. Banyak pula barang yang dah expired. Singgah juga di Shariff and Sons untuk beli fruits tapi semua fruits tak rasa macam Malaysia. Of courselah since bukan di Malaysia. Rindu nak nangka, cempedak, ciku, manggis, langsat, duku langsat, rambutan. Arghhh, terus drool. Nasib baik tak boleh makan durian mentah so makan jelah lempuk. Itulah, bila berada bukan di Malaysia, terasa yang negara orang ni, memang miskin dengan buah dan of course miskin dengan sayur. Nak kailan ikan masin!








Radford Grove Lane, Nottingham.

***