December 31, 2011

At This Age



Malu pulak nak tulis. Umur aku yang dah 50 ni baru nak dapat AP. Kawan aku yang lain banyak yang dah dapat AP in their 30s. 



Tapi aku tetap bersyukur.



Sejak pulang ke Malaysia, aku banyak belajar. Banyak bersabar. Banyak bersyukur. Banyak berdoa. Banyak usaha. Banyak segala. 




Just be mellow, DrNotts!



*AP = Associate Professor

***

Aku Sudah Memang Tidak Larat



Lupa pulak. Dalam pada tunggu Along dan Widad tengok baju di Parkson, aku duduk di kerusi sofa yang sedia ada di dalam Parkson tu. 


Boleh aku tertidur!



Cis.


***

Ronggeng With Kanaks



Tadi pergi ke Johnny's for lunch. Memang best. Lagi pun dapat 20% off. So dapatlah kurang 40 hengget. Saper nak bagi kurang 40 hengget kan!. Lepas tu singgah parkson. Along dan Maisarah beli baju kerja.


Moral cerita ni, aku sudah sememangnya sudah tidak larat untuk berjalan dengan kanaks sebab sakit kaki.


Hishhh, sudah tua gamaknya!


***

Alim

Alim balik kampung with Maisarah today. Excited betul dia nak balik. Esok ada liga takraw katanya. So I told him that selagi tak baca 50 pages a day buku cerita dia tu, dia tak boleh keluar. Huahahahahahha. Kejam betul aku ni.



***

No diff?

Since today is the last day of the year, I will update.


What the what!


***

India Seketika



Actually aku singgah di Bombay kejap je pun. Still, nampak rumah-rumah papan bersepah-sepah merata-rata.


Dulu Bombay, now dah jadi Mumbai kot! Aku heran jugak, kenapa kena tukar nama ek!



Bombay- India - 1979

***

Sedara di Singapura



Pertama kali aku ke Singapore ialah masa aku umur 13 tahun. Abah dan Mak bawa kami sekeluarga ke sana untuk holiday. Ada sedara di sana tapi sudah lost contact terus dengan mereka. Nama pun aku tak hengat. Tapi yang aku hengat, sedara aku tu handsome. Hehhehe.



***

Bandung and Jakarta



Jakarta dan Bandung memang tempat shopping hingga pengsan. Aku suka. Actually barang yang murah adalah bentuk fabrik dan handbag tiruan. 


Memang masa aku ke Jakarta, telekung je lah jadi tumpuan sebab sangat murah dan semuanya sulam kot! Mana nak dapat di Malaya ni. Kalau di Malaya dah sure 300 hengget kalau sulam separuh. Kalau sulam penuh, sure mahal dan berat.


Aku ikut kawan-kawan aku jalan je pun. Ke Bandung pun ikut dia orang. Kalau aku, aku tak suka susah-susah. Am not a good bagpacker. Was not and will not be one. Umur aku memang tak sesuai untuk berbagpacking. Silalah mengaku DrNotts.


So lepas ni kalau nak pergi lagi, dah sure aku akan turun flight betul2 depan pintu hotel. Baru tak penat.


Ceh.

***

Chiengmai, Thailand



Kalau nak kata shopping best di Thailand, memang aku angkat tangan. Santai di Chiengmai macam lupa daratan kejap sebab rasa nak beli satu Thailand dan bawa balik ke Malaya.

Aku ke Chiengmai cuma 5 hari je pun. Itu pun dah tak tahu nak beli apa lagi dah. Aku tipu. Actually, beg dah tak muat dah sebab buku conference je dah 3 kilo. Cis.

Nasib baik masa tu 2007. Kalau sekarang aku pergi sana, sure terus nak jadi cantik macam orang Thai.

Aku suka Nikhun (2PM). Comel kot!

***

Germany

2009 kelmarin, aku ke Germany. Frankfurt je pun. Memang agak ternganga bila tiba di Germany sebab naik taxi pun ala-ala mercedez the latest version. Taxi tu weh. Kalau aku kelip mata kejap, sure dapat naik convertible punya merz.

Aku sempat beli kasut yang aku pakai hingga kini. Camper. Amat berjasa sebab boleh baling kucing.



Nanti citer lain.


****

December 29, 2011

Hadiah Memanjang

Hadiah Alim masuk sekolah menengah. Pilih tiga restoran for lunch for three days.


Hadiah Widad masuk uni. Samsung Galaxy Mini.


Hadiah Muhammad habis semester satu, diploma uni. Kasut Adidas dan baju Zara.





Anak yang lain, tak masuk dalam senarai aku lagi dah. Sudah dewasa, so silalah urus hadiah sendiri.





Saper pulak nak bagi aku hadiah ni? Hari-hari aku pergi uni, still tak ada hadiah!



***

Tentang Dhia



Ni yang aku menyampah bila tengok drama Melayu ni. No offense to this particular drama Melayu. 



Aku menangis weh. Cis, amat terharu! Nasib baik hari ni last episode. Tapi aku memang salute drama ni. Memang best. Cinta sampai mati. Kalah drama Korea hokey!



Tapi nak jugak jadi director sebab aku nak supaya mak si Zikir tu jadi gila dan terus jadi bomoh pulak. Huahahahahha.


***

Long Time Ago Di Barcelona, Spain

Mengikut Monica Gellar, kalau kita berada di sesebuah negara more than 7 days, kita dikira sudah tinggal di situ. So maknanya aku sudah tinggal di Spain. Muahahhahah.


Actually aku bawak anak-anak aku ke Barcelona, Spain untuk holiday tapi kami pergi for two weeks. So kira kami pernah tinggal di Spain (sila perasan kejap!).



Sewa apartment di Segrada Familia. Ha'ah, betul-betul depan dengan Segrada Familia. Buka tingkap je nampak Segrada Familia. Jalan kaki sikit sudah sampai ke underground train.



Train tu boleh terus ke LaRamblas.



Tak sempat nak pergi ke Madrid pun sebab jauh. Berangan jugak nak tengok lawan lembu di Madrid.



Nanti sambung cerita pasal Barcelona. Sebab aku kena ingat kisah kami di sana. Dah lama berlaku kot!




Barcelona, Spain - 2004

****

Widad, Lana And Grandma



Isnin lepas (26 Disember), aku dibawa oleh kanaks ke Mid Valley. Saja nak jalan. Tujuan, nak celebrate Widad masuk uni. 



Of all the places yang Widad pilih untuk family lunch, dia nak makan Pizza. Macamlah tak ada kat Bangi or Nilai.


Jauh-jauh jalan, kena makan pizza (which yang aku cukup tak gemar!).



Tapi aku makan jugaklah garlic bread tu.

So lepas tu shopping baju cucu aku si Lana. Beli baju flower girl yang ada rambu ramba.



So for the first time, Lana sebut nama aku dalam kereta on the way balik



'Grandma!'. 'Grandma, I love you so much!'.



Eh, ayat akhir tu aku tipu.



Dia sebut 'Grandma', mind you.



Am so proud to be a grandma!



***

Sign Jugak



Semalam aku pergi ofis jugak. Walaupun aku cuti seminggu ni, aku kena pergi sebab aku kena pergi sign borang pencen hingga pengsan tu. Ha'ah, pencen hingga 60. Entah aku dapat hidup ke tidak hingga umur tu. 


Tapi harung jelah sebab kalau duduk rumah pun, aku sure bosan sebab dah biasa kerja sejak dari muda lagi. Ye, hencik, aku kerja dari umur 19 hokey. Bawak kereta dari umur 15 (apa kaitan?).



Lepas sign tu, aku terus terfikir, tak nyanyuk ke aku kalau umur dah 60. 



Even now, umur aku 50 pun, rasa macam dah lupa separuh dari hidup aku. 



Tak apa, lagi 10 tahun je. 



Kalau nak kojol in between pun, kena redha. 


***

Movie With Kids Again


Lupa nak cerita, aku dan kanaks pergi tengok movie Jack and Jill ritu. Agak best jugak sebab ramai pelakon famous, including Al-Pacino, Jack Sparrow, Katie Holmes, tokay Subway, McEnroe dan ramai lagi. Memang top class.

Tapi dalam panggung tu cuma ada less than 20 orang je kot. 


Dan kami je yang gelak kuat.



***

Hari DrNotts



Hati seorang ibu.


Rasanya kalau sedih dan pilu, boleh tak delete je sekejap.


Let it go, DrNotts!



***

Rasanya Boleh Ke?

Macamana nak dissimenatekan sastera melalui maya?



Rasanya boleh tak?



***

Ex-Student



Tadi jumpa ex-student aku di Mines. Seronok jumpa dengan dia. Dah rasa macam family pulak.



Ingat nak tempah fondant cupcake dari dia. 



Yummeh!



P/S Aku ambik tak nombor fon dia tadi? Hmmmmm


***

Jangan Tipu



Aku selalu pesan pada anak-anak aku. Jangan tipu atau cakap bohong pada ibu. Lambat laun, ibu akan tahu juga.


So far, dah bermacam rahsia aku tahu dengan secara tak sengaja.



Silalah terima consequencenya ye!


***

Muhammad



Budak yang tertera nama di atas ni memang pandai bodek aku.



Dia cakap aku nampak muda dan cantik.



Termakan dengan bodekan dia, terus dia dapat kasut adidas dan baju kemeja Zara.



Hish.

***

Merisik

Ada rombongan merisik pada hari ahad lepas. 25 Disember.

Of course aku order je makanan untuk tamu.


Of course dalam makanan tu ada banyak aji no moto.

Of course lepas makan, rasa mengantuk giler.

Of course kena terbeliakkan bijik mata supaya nak elakkan dari tertidur.

Of course lepas ni tak mahu tempah dah kat orang yang sama.


***

Muhammad



Muhammad dah balik dari kampung. Dia tidur di Vista for two days dan terus balik Sepang. Anak bujang memang tak lekat rumah ler tu. Ikut suka awaklah. 



Pagi tadi dia balik kejap. Dia ajak keluar ke Mines. Janji 8 pagi dia sampai tapi akhirnya pukul 11 baru nak bertolak ke KL. Cis.



By the way, awak pergilah sorang ke KL tengahari buta ni!

***

Movies With Kanaks

Outing with the kids today. Watched Alvin and the Chipmunks. Separuh movie tu, aku dah mula mengantuk. Hishh. Memang tak boleh pakailah aku ni. 


***

December 23, 2011

Meet John



I have this habit of calling the male students with the name 'John' and the female students with the name 'Jane' (actually dah offer either Mamat and Minah or John and Jane so they would rather have the latter).


So this semester, I have one special John. He was actually representing Malaysia for archery for 4 long years before. Yup, Malaysia, peeps! 


He likes to be called John! He is proficient in Korean too since his training previously was in Korea (several times). OK, not that Korea where the president died. Nope. Korea where Song Seong Hun is still alive and handsome (arghh!). 


So, to John, good luck in your games (future). Make sure you win this time. 



Trying to get his photos soon to be put in this blog. 



So, John, I need your photos asap. Araso!




P/S  Do not mistaken this John with that John since my John is there waiting.

***

The Lunch, The Not So Good, The Bleuckh



Baiklah, saya update ni (saya?).
 


Hari ni hari busy. Lagi pun sehari je tinggal untuk this semester. Of course budak2 ni baru nak berebut jumpa aku sebab kena ambil slip exam. Kalau tidak, jangan harap nak jumpa aku. Ni pun atas meja ada lagi 2 student tak ambil slip exam. Entah camner mereka ni nak ambil exam! Labu betul!


Tadi lunch di CRS. Memang tak sedap. Makan juga pretzel. Tak sedap which is liat and rasa macam biskut lemau. Hishhh.



Tadi pagi juga, student PhD aku exam. Exam paper aku. Paper statistik. Sepatutnya paper ni 2 jam tapi budak-budak ni bantai habiskan dalam 4 jam. Mau berdarah bijik mata menjawab tu. Tapi puas hati sebab mereka ni boleh jawab semua 10 soalan tu. 10 soalan je kot!


So lepas ni, aku tak ada kelas hingga tahun depan. Bunyi macam lama je kan. So am making plans for these two months. To chill of course. Nak ajak kanaks ke Port Dickson, laut bergelora setiap hari so kena fikirkan untuk bawak ke tempat yang tidak libatkan air.


Swimming pool kat bawah rumah ni sudah!


***

December 19, 2011

Realiti Ni



Atas couch penuh dengan kertas-kertas aku. 


Laptop atas kerusi.


TV sentiasa on.


DVD player dah panas sejak enam bulan lepas.


Mesin Osim terbongkang kaku.


Sekali sekala berenang angin.


Rambutan pulak manis tapi tak lekang.


Limau mandarin jadi tak menarik.


Beli kain nak buat baju tapi akhirnya jadi lapik meja.


Bizeh.



***

Jenguk Widad



Semalam jenguk Widad di Lendu.


Bawak dia berjalan di Jusco bukan meletup di Melaka (ada satu Jusco meletup di Melaka ni sebab a few years back, Jusco meletup tu meletup betul2). Jusco yang lain ni agak kecik. Kat air keroh.



Belikan dia kasut 2 pasang. Kettle. Segala barang yang comel lote including kerusi kecil Lana.



Beli juga kuali tefal nak bakar ayam or daging. Kuali untuk aku ni! 




So bila jumpa Widad, dia akan non-stop cerita. Pasal roomate, coursemate and all the mates.




As for the roomate, Widad tengah culture shock tengok roomate dia culture shock. Widad cakap, roomate dia selalu keluar sewa kereta with budak-budak lelaki dan pakai lipstick warna merah pekat.


Aku cakap, 'tak baik judge orang, entah-entah roomate tu keluar dengan sedara mata dan bibir dia memang merah tanpa pakai gincu. Entah-entah roomate tu pun culture shock tengok awak yang baru balik Malaya dan awak ada ura-ura dan jelas rupa culture shock sebab pakai baju kurung with sport shoes. Heh, siapa culture shock now! Ahaa!'.




Suddenly, si Along pun pernah mengalami ni semua di mana, Along juga culture shock bila tengok roomate dia di UiTM culture shock dan kebetulan masa tu, Along juga baru balik Malaya (mesti Along pakai baju kurung dengan wellington boots). Eheh!





So, siapa yang patutnya culture shock now.



Bareba!




***

Kena Burn Jugak

Jangan lupa kena burn semua video di youtube ke dalam DVD.



***

Week 14



Yup, this week, week 14. The last week for this semester. Fortunately ada study week (next week), so am taking one week cuteh! (for next week).  Gonna enjoy the whole week doing nothing. 



All the videos should be burnt aka bakar aka hahaha dalam DVD so that I can look at it for several times.



Other plans?




Taking kids out for Johnny's, Kimbap, Nandos, and others (from the on going food temptation list).




Let see!


***

December 16, 2011

This Weekend



Suddenly, I got nothing in my schedule for this weekend. 


Really amazing! 


Do you think it is the prime weekend?


'No, Muhammad. Not Optimus Prime!' 


Big sigh!


***

Photos Athens, Greece

Gambar di sekitar Athens. Gambar aku? Nanti aku cari.


Memang sejibik dalam filem Mamamia

Sempat pulak ada riot. Van besar tu macam SWAT team. Riotnya kat tengah-tengah park near McD. Aku kat tingkat atas di McD. Tengok dan senyum je.

Ambil gambar dari tingkat atas rumah. Kat kanan atas tu ialah Acropolis and Pathenon. Aku sampai pulak ke atas sana. Ya, boleh pengsan naik atas sebab panas. Pastu sampai atas, takat tengok bangunan tu je.

Ha'ah, atap rumah orang je kan!

Aku memang tak faham tulisan Greek tu.

Stadium olimpik yang pertama di Athens. Tengok stadium je pun

Tak sampai 5 minit tengok stadium olimpik kosong ni. Apehal! Panas giler kot! Sakit kulit aku!

Ramai sungguh orang di Greece ni

Nak jugak rumah atas bukit tu. Lerr, sejibik permandangan di Bath, UK


Orang greek ni ada yang baik jugak. Senang je nak kenal dia orang ni. Rambut dia orang kebanyakkan hitam dan ada jugak blonde. Tapi di Greece banyak rabii. Merata-rata tempat ada rabii. Rabii ke? Aku tak pasti tapi kalau tengok baju yang dia orang pakai tu, memang boleh agak yang mereka tu rabii.


Ok dah! Nanti letak gambar lain lak.




Athens, Greece. July 2009

Panas Terik Di Athens, Greece



Tak sangka pulak di Athens ni sangat panas. Masa sebelum datang, aku sudah pun tengok di internet. Rasa macam tak panas. Tapi bila sampai, mak ai, boleh terbakar kulit aku ni. 47 darjah celcius kot. 


Aku siap beli payung lagi. Tapi payung kecik. Tak apa, janji boleh cover sikit-sikit. Nasib baik bawa sunglass. Kalau tak, sure mata pun jadik kecik. 



Banyak berjalan di Athens. Public transport. Kerja di Athens mesti bestkan. University of Athens sangat cantik dan tua. Nanti aku letak gambar. Kena cari dulu. Muahahhahha. 



Ok, berbalik kepada panas tu, bayangkan kepanasan tu sangat panas hinggakan tak boleh nak bernafas bila berjalan. Itu belum ke padang pasir lagi. Sure pengsan sudah.




Sunburn? Tak payah nak sunburn. Kulit aku pun bukan putih sangat pun. 




Athens, Greece. July 2009

***

Alevin di Athens


Actually, aku diperkenalkan dengan Alevin masa aku lunch di Athens, Greece. Makan di restoran di tepi laut. Siap dengan permandangan bot-bot nelayan lagi. Of courselah bot nelayan, dekat jeti di Athens kot. Masa order tu, tak sangka pulak Alevin tu sedap. Nampak macam ikan bilis besar je. Tapi oleh kerana lapar dan nasi dia pun ala-ala nasi bubur, aku telan semacam je. Alevin tu disalut dengan tepung dan goreng dengan olive oil. Memanglah sedap, John! 


Athens, Greece. July 2009

***

Tepu Sejak Tiga Minggu Ni



Oh tidakkk. Aku kini tepu. Aku kena siapkan proposal for grant. Ingat nak mintak the maximum. Berlagak giler. Nak mintak banyak je. Oit, 250k kot. Saper tak nak grant banyak tu. Boleh beli satu rumah tu weh.


Tapi tepu mengatasi segalanya. 


Kalau buat research on blog yang mengutuk pelajar yang belajar keluar negara tu pun ok gak. 


Cyber Bullying?


Online shopping? (eh!)



Still tepu. 


Esok. Esok aku buat setelah aku siapkan satu paper jurnal. Dah tiga minggu tak menulis ni. Nak buat paper for 2013. 2012 sudah cukup kuota. Cukuplah 10 jurnal for one year. Lagi pun, belum ada paper for that 2013.  Hishhh. Sangat tidak produktif awak ni ye, DrNotts! (perenggan ini ialah perenggan memujuk dan bagi sedap hati sebab memang dasar pemalas lately ni untuk menulis)



Malam tadi makan kuaci sebungkus. Sudah mula kes addictive. Hishh. 



***

Leteran Untuk Widad Di Pagi Jumahat


Pepagi buta lagi aku sudah call si Widad. Bagi tau dia. Jangan terlalu dependent. Kena jadi independent. Rupanya all the 'dents' dia tak faham. Penat je belajar di UK dan Ireland for 7 years. 


So aku explain lagi. Maksudnya. Kalau pergi kelas, boleh je pergi sorang. Kalau duduk dalam kelas, boleh je duduk dengan sesiapa atau duduk sorang. Jangan stick to one person. If that one person dies, are you not going to nibble all the KFCs? 


Baru dia faham (hopefullly bukan the KFC part!)



Mungkin cara didikan aku salah.



Aku memang a loner. Aku tak suka berkawan. Aku tak suka bersosial. Actually agak langsung tak pandai di situ. Tapi aku masih hidup till today. Bukan langsung tak ada kawan. Aku ada kawan. Si DrAien di Terengganu tu kawan aku. Nasib baik profession sama cuma duit dia je sangat lebih dari aku. 


(btw, dia baru call jap tadi. dia ada seminar di KL. dia cakap, dia akan ke Paris, London and Rome next year! shopping katanya. nak beli handbag katanya. aku cakap, kalau akulah, aku boleh beli 200 bagpack untuk satu handbag dia. sangatlah membazir. tapi dia gelak je. cis).


Oops, sorry Widad. terpencong ke cerita lain lak.
Anyways, boleh ada kawan tapi jangan terlalu melekat kat kawan tu. Pokoknya, boleh buat suka hati je kalau sorang ni. Tak perlu libatkan orang lain.



Hishh, penatlah nak cakap dengan awak ni, Widad. Bangun cepat! Dah kul 7 kot!



This sunday, your Along is passing through. So silalah minta macam-macam dari dia. Along akan datang with her most hatred friend aka MrS.


***

Silaplah

Ada satu blog ni, telah kutuk pelajar yang belajar di luar negara. Itu semalam. Aku sempat baca. Suddenly hari ni, blog tu terus tutup dan dibuka untuk invited readers je.


Heh, takut kah?


Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata, kau hengat boleh makan KFC?

Heh.


***

December 8, 2011

Talk and Whatnot!

Hari ni bagi talk untuk 300 lebih orang (erk).


Esok bagi talk untuk sekumpulan persatuan (hmm).


Lusa aka Sabtu, ke Pan Pacific untuk buat instrument for research (argh!).


Ahad, ikut suka je nak buat apa! (wohay!)


***

5 Post

Aku perlu baca 5 post yang baharu dalam blog.



Comprende!



(Why oh why?)

***

December 6, 2011

Royal Adelphi To Royal Bintang Hotel in Seremban

A few years back, Royal Adelphi  in Seremban sangatlah best.


Since dah tukar nama ke Royal Bintang, aku ingat sama best tapi unfortunately, sangatlah tidak best.


No offense to Royal Bintang. The service really crap. The room really bad.


No more Royal for me.


I love Vista.


Geesh.

***

December 5, 2011

Workshop Time

Ada workshop module writing.

Kena pergi.

Hotel 5 star tu.

Makan of course menggemukkan.

Tak ada drama nak tengok.

Nanti aku baliklah!

***

Aku Interview

Ha'ah, dah tua gini pun masih kena pergi interview.



Putrajaya pun boleh sesat.



Kalau ada rezeki, adalah.



Doa banyak!


***

December 4, 2011

Fine



Sabtu semalam. Jenguk Widad di UiTM Lendu. Budak tu ada gotong royong lak.


So aku dan Aliaa terus ke Bandar Hilir. Terus ke Mahkota Parade dan park kereta. Terus ke Dataran Pahlwan.


Yup. Our favourite holiday spot. 



Terus terbeli DVD.



14 drama Korea (gulp!).


1 filem Korea.



18 filem omputih (jangan tak percaya, John!).



Equatorial hotel cuma sempat tengok dari jauh je. Tak apa. Lain kali boleh tidur situ seminggu.


Balik singgah UiTM semula dan bawak Widad dinner dan kami pun pulang. 



TKO sebab penat jalan dan puas hati sebab dapat beli banyak DVD (macam tak ada dijual di sini kan!)



***

November 30, 2011

Widad Student Uni Now

SYUKUR ALHAMDULILLAH










1. Eh, kena balik Malaysia jugak ke? - June 2011 (like duhh!)

2. Kena pergi sekolah dan pepare for SPM - June 2011 (gulp!)

3. Results GCSE keluar - August 2011 (yay)

4. Interview for full scholarship from Korean Embassy - 4 November 2011 (happy)

5. Tak dapat scholarship dari Korean Embassy - 8 November 2011 (meraung)

6. First paper SPM - 14 November 2011 (grrrrrr!)

7. Interview UiTM di Shah Alam - 18 November 2011 (suspense)

8. Dapat phone call offer dari UiTM Shah Alam - 25 November 2011 (yay)

9. Offer letter UiTM boleh dicetak - 29 November 2011 (yay, but confuse!)

10.Last paper SPM - 1 Disember 2011 (why?)

11.Register UiTM Melaka - 2 Disember 2011 (am I a uni student now, mum?)



Budak ni dah confuse. Adakah dia masih pelajar sekolah atau sudah menjadi pelajar uni.



Well, janji kena belajar rajin-rajin or belajar hingga pengsan.








Mum is proud of you, Widad!


***

November 25, 2011

Czech Republic- The Story


Pada suatu hari sedang aku bermalasan, aku buka website flight murah ke Europe. Memang murah betul. So dengan cara tak sengaja aku ter-click tiket untuk ke Prague, Czech Republic. Lepas tu. ter-type nama aku, Aliaa dan Alim. So kami pergi bertiga je. Kanak lain? Tinggal. Muahahhahahha.



ada nampak itu Czech Republic?

So sampai di Prague, terus rasa macam nostalgia. Sejibik Kuala Lumpur 50 tahun dahulu. Sangatlah serene. Eh, silap. Sangatlah tak membangun. Bangunan bukan pun tinggi cam Kuala Lumpur. Pastu taklah sibuk macam Kuala Lumpur.


Tapi keretapi di tengah bandar memang berselirat merata. Aku tengok tak ada saper beli tiket pun untuk naik train tu. So kalau naik train tu dan berani, kira free jelah. Bukan dia orang kisah pun.


So kami tidur di Prague selama 3 malam. Ha'ah. Berdarah bijik mata nak habiskan 3 malam tu sebab dah tak tahu nak kemana. Kami banyak jalan kaki je pun. Baru thrill nak tengok semua tempat.


Makanan?


Beli fish burger di McD dan bawa balik ke hotel. Kot lah si Alim lapar or Aliaa lapar. Beli gak apple pie di McD. Pastu tak habis sebab bila dah sejuk, terus rasa macam makan kain buruk (yang nak makan kain buruk tu kenapa?)


Kami jalan. Ikut tour. Ambil gambar. Dahlah kamera jenis kena pergi cuci kat kedai. So sangatlah terhad bawa negatif (eh filem!) ketika tu. Terasa old school giler ek.


Cuaca bagus tapi kadangkala sejuk.


Bangunan memang lama semuanya. Macam lah kat Europe ada bangunan baru kan! Semua bangunan di negara di Europe macam photostat je. Sama je rupa aku tengok.



So kami jalan hingga tak larat. Tiap-tiap pagi routinenya sama. Jalan kaki dari hotel dan terus ke bandar. Jalan-jalan tengok sana sini.



Aku tak suka museum so let us all just ignore museum di Europe ni.



Ada canel. Memang cantik Macam kat Amsterdam lak.



So gambar aku pinjam dari google. Aku malas nak scan dari gambar dalam album sebab semua gambar macam rupa aku yang nampak gemuk (dah memang dah pun). So yang ada gambar hampir kurus pun, cuma dua tiga keping je.


Oh ya. Prague famous dengan crystal. Tapi aku tak jumpa sebutir pun. Actually nasib baik tak jumpa. Kalau tidak sure aku balik papa kedana. Mahal tu.


Kan dah kata bangunan lama. Kalau kat Malaya bangunan ni, surelah penuh ngan sedara dadih.

nampak tak aku, aliaa dan alim di bawah sana tu? sila nampakkan!

malam memang cantik dan banyak bangunan yang rupa cathedral atau pun memang cathedral



train yang giler old school
  

harimau malaya. Eh.
 

So aku tak beli banyak. Takat tshirt dan baju Aliaa je. Eh lebih-lebih lak anak sulung aku ni. Dahlah bawak dia jalan, beli barang dia je (kasi hantam sama dia).


Tapi best jugak jalan di Prague tu. Cakap bahasa Inggeris pun mereka faham, so tak susah nak bertanya arah.


OK fine. Aku tak beli kasut di Prague.


Alim sangatlah baik. Aku siap bawa stroller lagi. Takut dia penat dan aku tak larat nak gendong dia.



*google



Prague, Czech Republic - 2004

***

Macaroon


Sudah entah berapa kali aku tengok gambar macaroon tapi aku masih tak dapat nak rasa. Memang nampak best. 




Memang best gilos!


Kanak-kanak, sila dengar keluhanku!



P/S Macaroon = Biskut Krim


*google

***

Bunyi di Ofis Aku


Pagi ni, sedang aku khusyuk buat kerja (yerait!), aku terdengar satu bunyi di belakang aku. Aku toleh. Tak ada apa pun. Aku tengok sofa cleopatra aku tu. Sememangnya tak ada orang di situ. 


So aku toleh kembali untuk sambung kerja aku (kerja?). Bunyi lagi. Aku toleh lagi. Kali ni agak kuat dan lebih kerap. Memanglah tak ada siapa bila aku toleh.


So aku assume, aku kena buat kerja dengan bersungguh kali ini.


Erk.



Siapa suruh sebut nama Jasper tadi.




***

PC Sudah Corrupt- Thinking Aloud



PC ofis aku ni sudah corrupt.

Dalam masa seminit, adalah lebih kurang 8 kali off dan on dengan sendiri.

Apa rasa?

Tak rasa apa pun.

Biarlah PC ni corrupt.

Aku memang tak percaya pada PC aku ni.

Aku lebih percaya kepada Jasper.

Eh.


***

November 24, 2011

Widad



Si Widad tinggal satu paper je lagi. Minggu depan hari rabu. So meanwhile biarlah dia pening tak buat apa selain dari termenung di panas buta.



No, Widad. I don't feel you!


***

Czech Republic -Aliaa Pergi Ke Sana Jua

Aliaa pun actually ikut ke Czech Republic. Ni dalam underground train. Sejuk juga tapi masih boleh tahan.




Kanak lain tak ikut. Kasihankan! (tak tak tak tak tak)


***

Boots

Aku suka pergi Boots. Sebab ubat aku yang aku suka ada kat situ.





Terjumpa gambar ni sebenarnya. Dalam pada tu, aku dapat siapkan satu paper dalam masa tengok LOTR pagi tadi.


***

Lord Of The Ring



I am actually still amazed with this movie. Watched it again. For the fourth time. This time, I can really appreciate the setting which really stunned me with speechless awe. 



Of course the extended version of this movie. 


***

November 23, 2011

Surat Maaf



Aku sememangnya sudah di ajar, supaya memohon maaf jika buat kesalahan. Pada Mak dan Abah. Tak kiralah apa jua kesalahan. Masa aku kecil dulu, kalau aku buat salah pada emak, aku sudah pasti memohon maaf. Biasanya dengan suara terketar-ketar sebab takut kena marah. Actually mak tak marah pun. In fact, mak kagum sebab dalam ramai-ramai anak dia, aku aje yang minta maaf secara verbal (aku rasalah!). 


Orang lain mungkin malu. Aku sudah pasti. Tak ramai yang mohon maaf pada mak mereka dengan bahasa Melayu, mind you. Kalau setakat 'I'm sorry, mum!', baik tak payah cakap. Tak ada ketar or thrill dalam ayat bahasa Inggeris (no offense to semua yang cakap Inggeris).


So cubalah dari hari ni. Belajar untuk memohon maaf setiap kali. Kalau setakat pulang dari sekolah atau dari kerja dan salam mak kita, walaupun sudah memadai dan salam mohon maaf masa raya sahaja, aku rasa tak cukup untuk melambangkan keperihatinan, hormat  dan kasih sayang.


So silalah mohon maaf setiap hari. Tak kiralah apa kesalahan yang dibuat. Mana tau, tak sempat pulak nak minta maaf, tangan mak sudah tiada untuk disalam.



Actually aku masih tak faham hal segelintir manusia yang buat salah tapi tak ada usaha pun nak buat surat maaf ke, buat audio maaf ke. Langsung tak ada usaha. 



Dari Isnin hingga hari ni, tak ada kisah hal nak minta maaf pun. 



***

Aliaa and Dokumen




Nasib baik ada si Aliaa. Malam tadi dia dan Maisarah operasi dokumen aku. Maisarah kerja dari pukul 8.30-10.30 sahaja tetapi si Aliaa kerja dari pukul 5.30 petang hingga 4 pagi. Kalau Aliaa tak tolong habiskan, memang aku lah yang kena buat. Kesian dia tak tidur hingga ke pagi. Dahlah dia ada kelas pagi ni.




So dokumen dah siap scan, pdf dan email.


Terima kasih pada Aliaa banyak-banyak.


Terima kasih pada Maisarah jua yang kena tidur cepat.


Pagi tadi aku dah siap ke DHL.


Ni sudah ke opis semula.


***

Rick Riordan and Alim




Rick Riordan dan Alim ibarat sushi dan nandos. Memang tak ada kena mengena tapi kalau dah start makan, mesti tak mahu stop. Tiada kaitan!

Hadiah UPSR Alim.





Since cuti sekolah, aku dah bagi tau dia, tiga hari je boleh habis. Hmm, lepas tu dia nak buat apa pulak. Hishh. Kalau cuti sekolah memang kena atur hidup kanak di rumah. Itu pun nasib baik, kanak Alim ni pandai buat breakfast sendiri.


Alim di kampung sedang tanam jagung kini.



By the way, honey, your best friend Rick Riordan has a blog. Do drop by!


Rick Riordan's blog



*google

***

November 19, 2011

The Wedding



Wedding memang best. Walaupun sudah diperdict bahawa kalau wedding di hotel, sure kena tunggu tetamu kehormat. Hujan lebat betul malam tu, so kami memang sudah terasa yang jem sure bagai nak gile. 





Arghhh, penat nak cerita. Kita tunggu cerita dari blog Aliaa. Suddenly malas giler nak sambung.




***

Family Outing



Hari ni aku dan semua kanaks telah pergi outing. Ke Mines.



Celebrate Alim's UPSR. 



Makan di Sushi King.



Jalan-jalan.



Makan ice-cream di McD.



Main bowling.



Beli donut di Big Apple.



Makan.



Terus pulang.



Malam ni ada wedding invitation.



Aku akan pergi bersama Aliaa.



Ke PJ Hilton.




Menjamu selera.



Orang lain, silalah drool.




***

November 18, 2011

Widad Punya Interview Dan Seni Lakon



Pagi ni aku hantar Widad pergi interview di UiTM Shah Alam. Selesai interview, kami pun balik. Cepat betul semua urusan. Insyaallah di permudahkan. 


Tapi balik of course sesat. Memang sesat. Aku memang tak jumpa jalan yang benar.


Sampai terus ke opis. Sejam setengah nak sampai ke UPM.



Masuk Dewan Zaaba.



Sebab nak spot check budak seni lakon aku tu.



Memang tak ada orang di situ.




Memang nak kena budak-budak ni.




Pukul 11.30 dah kosong Dewan tu.



Hari Isnin minggu depan semua kena jumpa aku. 


Better prepare with your 1001 reasonS.


Heh

***

November 17, 2011

Alim



Budak umur 12 tahun, si Alim ni baru dapat results UPSR pagi tadi. Well, aku dah pesan pada dia supaya jangan kecewa kalau tak dapat 5A since pergi sekolah di Malaysia pun dua bulan dan terus ambik exam UPSR (anak orang lain pun kalau pergi sekolah dua bulan sebelum exam pun dapat 5A.oit, this is not a good example. please delete). So budak ni yang sejibik macam si Aliaa (ya, jom kita sekeh budak Aliaa ni) masa kecik-kecik iaitu kecewa tak tentu arah sedangkan baru ambik UPSR kot!


So aku pun cuba pujuk dia.



Aku: Well honey, congrats to you. Well done. 

Alim: Yeah (suara lentok sedih).

Aku: Its okay. No matter what, you did a good job there (hissh budak ni dah stress kecik2 ni)

Alim: Yeah (lebih lagi lentok)

Aku: You have to bear in mind, your first language when you were a baby would definitely be English and you never uttered (or rarely) a single Malay word previously (except the words 'nak tekan', since you really wanted to press the thing on the video). 

Alim: I know, mum!

Aku: (syahdu betul budak ni. ni baru UPSR. Kalau buat PhD gini, memang kojol aku dulu sebab stress tengok dia stress). 

Aku: Did you know that your first word when you were a baby was an English word. 

Alim: Really, mum? (dah macam bangga dan motivated sikit). What was the word mum?

Aku: SCHIZOPHRENIA (aku tipu)

Alim: Really, mum? I was really clever at that time?

Aku: You were clever at that time and still is.

Alim: Why did I say that word, mum? (dia memang tak percaya kata aku tapi dia play along je)

Aku: Maybe because of Abang Mamat?

Alim: Yeah, thats right. Definitely because of Abang Mamat and Widad and Abang Aiman.

Aku: (Phew lega. Dia dah boleh sengih dan senyum dari stress dapat result tu. Tipu pun okay gak sekali sekala. Kesian abang dan kakak dia yang dianggap schizo aka gilo)



Actually Alim dapat 3A, 1B dan 1C
C ialah pemahaman yang aku sendiri tak faham dan sure tak boleh nak jawab.
B ialah Science.
Karangan boleh dapat A. Memang terkejuz di situ.


Dia dah okay now. Petang ni dia pergi hari anugerah sekolah dia. Dia dapat pelajar terbaik for English. Kalau dia tak dapat hadiah tu, sure dia dah meraung. 


Aku kini lega. Bukan kerana tipu. Tapi ada sikit-sikit kerana menipu.



Heh.



***

Jasper and Me

Aku sempat borak dengan Jasper pagi tadi.


Aku: You know what? I think I want to change my mind again.

Jasper: But why? I thought that you already made up your mind.

Aku: I know. But due to circumstances, I had to change again.

Jasper: No matter what, I will be supporting you.

Aku: Thanks Jasper. You are my angel.

Jasper: I know (smile).

Aku: With that smile of yours, I will definitely able to move on.




Terus aku rasa nak makan kimbap.


***

November 16, 2011

Widad


Dah 3 hari si Widad ni exam SPM. Asyik complain mengenai kenapa mesti buat exam lagi sedangkan dah dapat good results for GCSE O-level. Aku cakap, sebab nakkan BM paper, so kenalah buat SPM dan bukan boleh buat satu paper je. Kenalah buat semua paper. 



Maka, berdarahlah bijik mata dia belajar dalam masa 4 bulan ni untuk pelajaran 2 tahun (untuk recap, Widad baru pulang ke Malaysia setelah bersekolah di England). Dalam 4 bulan tu, tolak 1 minggu cuti raya, 1 minggu cuti deepavali, 1 minggu cuti seminggu sekolah, 1 minggu cuti bapak sedara. So overall tinggal 3 bulan je belajar.


Itu pun ada hari yang dia banyak sengal iaitu tak tengok buku or even kulit buku. Aku tak pressure. Tapi aku cakap, mesti dapat strong credit at least! Terang-terang aku kejamkan! Muahahahhahhaa.



***

Abstract


Hari ni pihak fakulti nakkan abstract PhD aku. Hish, mana pulak nak cari. Dah lama kot! Aku pun dah tak ingat mana aku letak dah ni. So, aku pun carilah copy thesis tu. Nasib baik ada satu copy di rumah (entah nak buat apa thesis tu di rumah! Siap penuh dengan habuk lagi!). So terus salin balik abstract dan translate in bahasa melayu. Terus hantar ke PA department. Selesai kerja. Actually, fakulti dah minta dari minggu lepas lagi tapi aku ni lupa. Dah tua weh!


***

Greyson Chance

Memang bagus betul budak ni nyanyi. Umur baru 14 tahun. Siap main piano lagi. Terus aku nak beli piano dia tu dan ambik budak tu jadi anak angkat aku. Jom






*youtube


***

November 15, 2011

Fon Call Nusantara



Pepagi buta aku terima satu panggilan telefon di telefon mudah alih aku niha. Nombor yang tertera amatlah panjang. Dalam hati aku, sure kes salah nombor lagi.



So aku angkat. 



Ada bunyi suara lelaki yang berbahasa Nusantara. 



Jawab kau!



***

Abang Aku Ir Amir Hisham Dan Bukan Dr Amir Hashim



Abang aku yang tua setahun dari aku, baru je call aku jap tadi. 


Ateh: Aku baru keluar TV pagi ni. Dalam Selamat Pagi Malaysia.

Aku: Huh, kenapa tak cakap. Aku depan TV niha tapi of course aku tengah tengok hindustan.

Ateh: Actually aku nak complain. 

Aku: Complain? (aku terfikir apa yang aku buat salah pulak ni dan apa kaitan dengan TV).

Ateh: Orang Selamat Pagi Malaysia tu tersalah sebut nama aku.

Aku: (eh, macam pernah aku kena je) Nama kau salah ke? Yang kau tak pergi betulkan masa awal-awal tu kenapa?

Ateh: Dia sebut Engineer Amir Hashim (Ir Amir Hashim).

Aku: What? Sasul sampai nama tu? Eh, jap. Tu bukan ke nama Alang (nama abang aku lagi satu tapi dia Dr Amir Hashim dan bukan Ir Amir Hashim).

Ateh: Itu ler kena complain ni tapi yang bestnya, Alang tak payah nak susah-susah attend Selamat Pagi Malaysia, terus dapat nama (dia bukan marah pun tapi dia gelak).

Aku: Lain kali, kena sebut nama kita semua adik beradik dalam TV tu. Semua, bukan kau dan Alang je. Kan ke senang. Lagi pun nama kau dan Alang dah hampir sama cuma jauh sangat bidang tu (kenalah tumpang glamour sikit. jadiklah kalau tersasul nama aku ke!).

Ateh: Tapi memang aku nak gelak masa dia cakap. Tapi tak apalah. Nanti kita jangan bagi tau Alang sebab dia sure suka giler nama dia disebut! Kang dia terperasan lebih pulak.

Aku: Tulah dah nama Ir Amir Hisham hampir dengan Dr Amir Hashim.




Kesimpulan perbualan di atas melalui mobile phone masa abang aku, baru selesai keluar TV dan menuju ke PROTON ialah, aku memang tak tengok pun dia di TV. Siapa pulak nak tengok Selamat Pagi Malaysia kan! No offence to RTM. No offense to Ateh too! But Alang is definitely going to be wide awake from his jetlag!



****

November 14, 2011

Widad



Had a bizeh weekend. Had fun though. Frankly speaking, too exhausted. 



Received a call from UiTM this morning. No. Not another job offer for me (got tonnes of it lately!). I wish I got one from UiTM since I am like dreaming of teaching there since like ever. UiTM di hati semua. Heh.



Widad will be having an interview at UiTM this friday. Yup. She had one interview with the Korean Embassy last two weeks but she did not get the scholarship. What a wehh! Out of thousand application for the scholarship (Korean Embassy) only nine were called for the interview. 





Widad was one of them. Only one place for the scholarship. Three malays and six chinese. Of course one of the chinese got the place. Korean ancestors were chinese so self-explanatory although she had the bestest results for O-level and during the interview, she spoke in Korean. See! Tiada rezeki di situ.




After a long devastated frustration (Widad), she managed to overcome it with a five second chat with me. She is fine till date. 




Today, the call made my day. I was so happy. Hey, Widad is supposed to be happy. Well, the mother is always the drama queen. 




So Friday is the interview. Diploma in Masscomm. So got to be interviewed. A special invitation, it seemed. She is the only candidate since the rest had their interview many moons ago and will start the class next monday. Yup. Monday class starts. Yet, Widad will be specially interviewed by the Dean, himself. 




Anyways, just doa a lot for her future. Although she is now taking her SPM. I told her, just do your best for you SPM. We need the BM paper with credit at least.




If no UiTM, there will be another. By the way, KLIUC also offered her a place for foundation. Supposedly the class for KLIUC starts on the 8 of November. Already started. Like duhh! She did not go or take the offer since she would rather be in the government uni. No offense to Sr Siti Nur Aliaa Roslan!





Monday is good. Really a long rest day for meh!






***