April 30, 2011

London Mari



Memang boleh je kalau aku nak pergi ke Royal Wedding tu. Tapi memang tak terlintas pun di hati ni nak pergi. Satu, sure ramai orang which yang bila tengok TV tadi, memang ramai betul orang. Setakat nak pergi balik hari ke London tu memang bukan susah pun. Sekejap aje sampai. Dari tempat aku ni kalau naik kereta Punto aku tu, sure sampai macam kereta lain tapi kalau bawa laju, lebih kurang Jaguar jugaklah. Sepagi ni aku tengok dan aku rasa mereka yang ramai betul tu dah siap berkhemah dari kelmarin. Aku berkhemah kat Radford Grove Lane ni je. Tapi puas hati sebab dapat tengok Sultan Brunei dan isteri serta Agung Malaya dan isteri. Terus rasa macam bangga tahap habis ni. Cantik betul baju Zahirah. Memang kelas! Kalah raja-raja dari negara Eropah. Sure penat tunggu segala kalimat masa wedding tu kan! Sebab tu aku tak mahu pergi. Minggu ni sure banyak magazine keluar pasal wedding tu. Aku nak beli jugak. Nak tengok sambil sengih tak tentu arah. Tapi kan, aku tertunggu-tunggu juga Letizia isteri Prince of Spain (Spain kot!) tapi cam tak nampak je. Haishhh, mesti termiss tadi ni. Tak apa, esok ke ASDA beli magazine kita.








Radford Grove Lane, Nottingham yang baru habis tengok 90 days falling in love 16 episode. Cis, Kang Ji Won memang handsome.

***