April 26, 2011

Kasut Sekolah



Sudah dua pasang kasut sekolah aku belikan untuk Alim. Minggu lepas, kedua-dua pasang kasut si Alim sudah tertanggal tapak. Apa kena budak ni? Dia buat apa dengan kasut sekolah dia tu? Yang herannya, tapak terus tercabut. Cikai betul kasut England ni. Pulak tu, bila tapak dah tertanggal, sempat pulak dia pergi ke office academy dan minta masking tape. Lalu dia tapekan seluruh kasut tu. Tapi tape warna cokelat dan kasut warna hitam. Agaknya orang di office tu kesian, plimsole dipinjamkan. Di sini plimsole untuk PE sahaja. So, sabtu kelmarin kami ke kedai cari kasut sekolah. 


Bila tanya, kenapa kasut boleh jadi gitu. Dia jawab, 'I did not play football, mum!' Huh, lain tanya, lain jawab. Sedangkan muka dia dah hitam dek main bola masa lunch.






Radford Grove Lane, Nottingham.

***