.
.
.
Apa tu pencetus/trigger ? Bukan pencetus ummah ye chuol. Juga bukan Da'ie. Eh.
Pencetus atau trigger dalam psikologi adalah rangsangan seperti bau, suara atau penglihatan yang mencetuskan perasaan. Homosapien biasanya menggunakan istilah ini bila tertekan dan stress atau teringat dengan peristiwa yang pernah berlaku dan alami. Takut ke, sedih ke, gembira ke, semualah yang membawa kepada ingatan yang tak dapat dilupakan atau mahu dilupakan atau memang tak tahu nak lupa ke tak. Kelirulah tu!!!
Motif kau cerita ni DrNotts?
Aku dan rasanya semua homosapien banyak kali dah kena.
Maklumlah dah banyak kali lalui SINDROM PINTU.
Si Dr Aliaa baru jap tadi bagi tau aku yang dia nak pergi trip water rafting kat Perak. Dia baru teringat bila nampak hujan turun. Dia nak bagi tau aku lama dah tapi dia lupa. Tapi yang mencetuskan tu ialah hujan. Peristiwa dia dulu pernah alami, masa dia dan geng dia selamatkan satu keluarga dari kepala air/pusar sungai. Hari hujan kat hulu sungai masa tu dan terdengar bunyi siren tanda amaran dan tiba2 sekelip mata air naik paras dada. Keluarga tu selamat setelah ditarik keluar. Ni pun sebab hujan. Kalau tak, aku pun tak tahu citer tu. Dah berzaman insiden tu berlaku. Dia masuk pintu lah tu. kehkehkeh. Wait! What? Water rafting masa musim tengkujuh? No way walawei. You kenot go hokey!! I tak rela.
Pastu dari citer si Dr Aliaa tu, terus tercetus/trigger cerita sekumpulan bomba yang nak selamatkan orang dari hanyut. Semua ahli bomba hanyut dek sebab kepala air tu dan hujan lebat pulak masa tu. Pastu, terus teringat masa kecik mandi sungai kat rumah mak, sungai kemainlah keroh, tapi mandi macam tak pernah jumpa air. Dahlah air dengkat.
Makan ikan tenggiri goreng, teringat emak akan goreng sekeping ikan tenggiri dikongsi ramai tapi still tak habis sebab kami tak gemar makan nasi. Kami lebih suka makan roti. Nasi tak laku. Apatah lagi lauk. Ikan tenggiri satu potong tu pun tak habis kami makan. Dua tiga hari baru habis sekeping tu. Sekarang, ikan tenggiri masih tak laku sebab anak2 aku sendiri pun tak berapa suka. Apo. Sindrom ikan pulak ke!
Bila aku terdengar lagu Daemul, teringat masa duk UK tahun 2010 sambil tengok movie kat laptop beralaskan kotak. Meja pun tak ada. Kesian kan.
Dengar lagu Hit Me Baby One More Time (Britney Spears) teringat masa duk UK tahun 2000 kat rumah nombor 4 dan 5. Yup, masa kat sana, aku pindah rumah nak dekat 9 kali. Memang hit me baby nine times. Nangis.
Mak and Abah, I miss you loads!!!