.
.
.
Order satay Rono (seminggu sebelum) and widad pick up at 10 pagi. Lazat yarr. Walaupun order 400 tapi kami mampu habiskan tak sampai 100, maka pastikan tanggalkan dari lidi dan frozenkan. Nanti esok lusa kita meogo lagi. Konsep makan satay ni, jangan keluarkan dari bekas polisterin tu. Sebab masih panas lagi yarrr. Rono bakar pagi sebelum widad ambik.
Muhammad order Garsa Kitchen punya sandwich. Tapi tak sedap giler. Masa first time garsa buat bisnes, memang sedap dan guna mayonaise. Tapi ni, aduhhh tak tahu nak cakap apa. Semua tak sedap langsung. Nampak tempting kan. Tapi realitinya, tengah je ada telur or ayam. Yang bahagian tepi kosong. Also, tak sedap. Ni kali sejuta sebut tak sedap ni.
Teringin nak makan kasui dan apam tepung gandum. Order kat sepupu dan Widad pick up.
Ni mangkuk si Dr Aliaa. Kalau aku punya, adalah dalam 15 lidi diperabihkan. Wihuuu.
Widad bawak hadiah kuaci for me. Wuheyyyy.
Sabtu makan kat absolute thai. Alim nak makan katanya. So order stim ikan niha, pastu kerapu thai sos, pastu dalam setengah jam kemudian, kepala berat telan paracetamol, balik rumah badan haywire. Ni gara2 banyak giler MSG kat dalam lauk. No wonder sedap. Dah tu. No more absolute thai at the moment.
order ni gak. order dua. tiap kali order mesti budak tu tanya balik, betul ke nak dua. sebab satu ni sama dengan lima bijik telur. memang bestlah sebab makan telur dan minyak sekali.
Sekian makan hari jumaat dan sabtu. Jap lagi nak keluar bawak Aiman fambam ke Nilai makan sushi. Kat rumah tak ado air buat kali sejuta. Nak pindah. Nak pindah.
~~~~