.
.
.
Bersedia tak dengan cerita aku yang PANJANG LEBAR tentang hospital ni? Jangan pergi ke hospital ni kalau tak bersedia.
.
Aku dah bagi warning heh. PANJANG LEBAR YARRRRR.
.
Ceritanya camni.
.
Aku ni suffer sciatica dah bertahun2. Literally sakit cam nak gilo kekadang tu. So sejak HOSPITAL PENGAJAR UPM ni dibuka, aku masih tak sempat nak singgah. Aku dah cuba segala bagai usaha. Dari accupuncture dengan doktor di Korea selama dua tahun, buat pulak chiro kat klinik di PJ yang jem teruk dan susah parking. Pastu cuba juga buat bekam angin, bekam jarum cucuk tu, semua dah try. Buat jugak yang letrik. Tapi semua tu, macam krik krik je. Masih cam tu jugak.
Maka, aku pun cuba pulak hospital pengajar UPM ni. Dapat surat referal dari doktor Pusat Kesihatan Universiti (PKU) kat UPM, aku pun redah buat appointment kat HPUPM (Hospital Pengajar tu lah).
So sebulan kemudian, dapatlah jumpa doktor pakar. Otopedik. Mr H. Muda je. Mr H pakar dan student doktor ramai. So sepanjang jumpa dengan pakar ni, ada 3 doktor yang berlainan jumpa aku. Semua student doktor. Dah nama pun hospital pengajar. Ni untuk sciatica aku. Selang beberapa bulan kemudian, aku perlu x-ray, perlu MRI, semua dah buat. Rupanya, L4 dan L5 aku dah mereput. Literally reput. So tulang belakang dah himpit nerve. No wonder sakit. Pastu aku dicadangkan untuk buat injection steroid. Supaya tak sakit sangat. OKlah, harung jelah.
Tiba hari yang ditunggu untuk injection. Dalam hati aku, takat injection je kot. Apa susah. So pergi awal pagi. Kul 7. Pastu rupanya kena buat covid test dulu. Bapak sakit hidung buat covid test tu. Macam dihiris dalam hidung. Adoilah. Why buat covid wehhh? Nurse lelaki dan perempuan yang buat test tu, muda giler. Kat kaunter tadi pun, dua orang lelaki muda. Salah sorang tu bekas staf kat fakulti aku. So kenal sangat lah. Dah selesai covid test, terus dapat result. Alhamdullillah. Negatif. Wihuuu. Terus aku dibawa naik ke atas untuk prosedur injection.
Wakanda Forevah- 4 November 2020
Pastu, setelah 30 minit, dua orang nurse lelaki dan perempuan datang tolak katil yang beroda tu dan suruh aku naik dan baring. Budak muda je dorang ni. Dalam hati, ramai jugak nurse lelaki kat sepital ni. Pastu, bila ditolak tu, tetiba teringat drama korea yang kamera tunjuk siling sambil katil tu gerak. Pening wehh rupanya kalau katil bergerak dan kita pandang siling.
Masa ni rasa nak bagi tau kat si Dr Aliaa. Ïf I die, tell my future Jasper, that I want a big mansion with 27 bedrooms and five big buildings.
OK, back to reality DrNotts. Aku ditolak masuk ke bilik persediaan. Sorang nurse lelaki lain terus cek blood pressure dan masukkan selimut yang keluarkan udara panas supaya aku tak rasa sejuk sangat. Macam bunyi vaccum. Bilik semua tu sejuk. Pastu aku nampaklah tiga lagi nurse lelaki dan perempuan berjalan ke hulu dan ke hilir buat kerja dan cek chart. Aku je pesakit kat situ tapi semua nurse sangat attentive.
Pastu aku ditolak ke bilik bedah. Perghhh nak injek steroid kena masuk bilik bedah. Aku ni teringin sangat nak tengok apa ada dalam bilik bedah tu. Payah giler nak tengok bila baring flat. Aku cuma nampak bilik SCRUB. Literally tulis ejaan BILIK SCRUB. Pastu terfikir, kalau dalam bahasa Melayu apa ek. BILIK TONYOH ke? Pastu dengarlah nurse lelaki dan perempuan tu berbual sesama sendiri. "Kita kena scrub tak ni?". Aku pun terintai2 sambil baring. Ada meja kecil2 di keliling. Lampu besar kat atas yang boleh digerak2. Yup, sebijik macam bilik bedah dalam drama. Pastu masuklah beberapa lagi nurse. Literally semua muda giler. Dalam hati, nurse ni mesti grad dari USM Kelantan. Ramai giler dalam tu. Adalah nak dekat 10 orang termasuk satu doktor anestetik dan satu lagi doktor pelatih rasanya. Semua dah siap sedia dan dorang semua kesejukkan dalam tu. Aku je yang panas sikit sebab dek selimut tu. wihuuu.
Pastu, staf nurse sorang ni yang muda juga, siap tanya nama dan prosedur yang akan dilakukan. Dia perkenalkan diri dia Staf Nurse. Dah semua pakai baju biru nak operate tu kan so semua sama taraf. Tak nampak beza. Tu yang staf nurse tu kenalkan diri. Tujuan dia tanya, nak kena pastikan yang aku ni aku dan prosedur yang dibuat tu betul. Kang tak pasal aku jadi cantik pulak lepas prosedurkan. Eh.
Pastu masuk lah pakar xray dengan mesin besar dia. Mr H pun sampai. Mr H sempat tegur aku. Prof ok ke? Aku jawab OK. Tapi dalam hati, not really ok. Aku ditelangkupkan sebelum tu. Sebab nak injek di belakang. So setelah Mr H duduk dan liase dengan pakar xray (sebab injek tu kena tengok xray at the same time) to which ada TV keluar dan Mr H boleh tengok di mana nak diinjek. Pakar anestetik (yang handsome macam Rhitik Roshan) pun ambil dua syringe dari laci (yang ni aku nampak sambil telangkup tu, aku boleh nampak di buka laci dan ambil ubat). Doktor tu pun selang2 injek aku untuk ubat A dan ubat B. Local anestetik. Kat tangan yang doktor mula2 letak jarum tu. First ubat, aku tengok je tapi masih sedar, second injek aku tengok tapi lepas tu gone. krik krik.
Tau tau, aku dah jaga. Dah ditolak ke wad semula. Tapi bukan kat katil aku tapi kat katil sebelah dengan kaunter nurse. Aku tidur je. Best giler dapat tidor. Pastu about 30 minit lepas tu, barulah nurse tolak ke katil aku. Si Dr Aliaa dah menunggu. Aku siap cakap, "Nak tidor jap". Maka, tidorlah DrNotts lagi.
Lepas 1 jam, aku pun bangun. Tak sakit pun. Aku bangun dan salin baju dan bersiap sedia nak balik. Doktor yang masuk jarum datang, tanggalkan jarum di tangan. Pastu dia tunggu roger daripada Mr H untuk kebenaran pulang. Aku pun baliklah rumah. Semua ni setengah hari je prosedur.
Apa aku nak cerita ni, sebenarnya, bukan pasal aku sebagai pesakit. Aku ni tak penting pun. Malah, sakit sciatica aku ni sebenarnya tak penting langsung. Yang aku nak cerita supaya semua orang jangan datang ke HOSPITAL PENGAJAR UPM NI. Nak tahu kenapa. Hishh, nak cerita ke tak ni? Risau gak ni. Takut nanti semua orang marah kau aku.
Sebenarnya, bila masuk hospital ni, semua orang akan rasa lain. Macam diri berubah sama sekali. Yelah, bangunan hospital tu kan baru. Keliling hospital banyak pokok2. Macam sepi je bila masuk ke perkarangan hospital. Tak ada bangunan lain bersebelahan pun. OK OK Camnilah, sebenarnya bila masuk HOSPITAL PENGAJAR UPM ni, macam masuk ke DIMENSI lain. Perasaan pelik. Parking banyak kosong. Senang je nak parking mana2. Sambutan nurse dan staf yang baju putih semuanya dari kamus positif. Semua sopan. Semua santun. Pastu yang penting, sebab semua nurse muda yakni lelaki dan perempuan. Muda macam dua puluhan je umur dorang tu. Semua doktor pakar baik giler. Semua doktor pelatih pun sangat sopan dan baik. Semua staf kat kaunter OTOPEDIK baik sangat. Semua staf di WAD baik giler. Semua staf masa buat covid test, apatah lagi baiknya. Kat FISIO pun sama je baik. Kat X-RAY dan MRI semuanya sopan dan sangat terer. Pesal ni. Semua cakap sangat sopan. Aku tanya satu, ramai yang nak datang tolong jawabkan. Pastu, semua MUDA. Literally muda. Umur dua puluhan je. Macam baya anak bongsu aku aka Alim Al-Mustaqim Billah. Macam dah juta kali sebut muda ni. Adehhhh, kenapa semua muda ni? Adakah masuk je kawasan hospital ni, semua jadi muda? Angin lain ke kat kawasan tu? Ke aku masuk terowong muda tadi? Wehh, kenapa ni?
Kenapa semua nurse lelaki dan perempuan yang attend aku cekap belaka. Semua tahu apa nak buat. Semua ambil kesempatan nak buat kerja dengan baik. Kagum giler tengok semua staf muda dan rajin buat kerja. Oh kenapa!!! Serius aku bagi tau ni. Memang kau akan rasa pelik bila masuk hospital ni. Macam ada kat dimensi lain sama macam dalam cerita The King Eternal Monarch aka Woo DoHwan bukan Lee Min Ho. Eh. Aku ni dah masuk hospital juta kali. Hospital kat Malaysia. Hospital kat UK. Klinik kat UK. Klinik kat Korea. Semua dah merasa. Masuk bilik bedah pun dah dua kali dan opkos kena bedah dah dua kali. Semua tak rasa macam ni pun. Mengapaaaaaaaaa Mengapaaaaaaa Mengapaaaaaaa (sila bunyi echo echo echo).
Sah kanak2 kat rumah ni tak baca blog sebab banyak perkataan. Ciss.
DrNotts nak jugak berlakon cerita Poldark esok.
~~~~