December 27, 2020

Satay Rono and Absolute Thai

 .

.

.

Order satay Rono (seminggu sebelum) and widad pick up at 10 pagi. Lazat yarr. Walaupun order 400 tapi kami mampu habiskan tak sampai 100, maka pastikan tanggalkan dari lidi dan frozenkan. Nanti esok lusa kita meogo lagi. Konsep makan satay ni, jangan keluarkan dari bekas polisterin tu. Sebab masih panas lagi yarrr. Rono bakar pagi sebelum widad ambik. 

Muhammad order Garsa Kitchen punya sandwich. Tapi tak sedap giler. Masa first time garsa buat bisnes, memang sedap dan guna mayonaise. Tapi ni, aduhhh tak tahu nak cakap apa. Semua tak sedap langsung. Nampak tempting kan. Tapi realitinya, tengah je ada telur or ayam. Yang bahagian tepi kosong. Also, tak sedap. Ni kali sejuta sebut tak sedap ni. 

Teringin nak makan kasui dan apam tepung gandum. Order kat sepupu dan Widad pick up. 

Ni mangkuk si Dr Aliaa. Kalau aku punya, adalah dalam 15 lidi diperabihkan. Wihuuu. 

Widad bawak hadiah kuaci for me. Wuheyyyy. 

Sabtu makan kat absolute thai. Alim nak makan katanya. So order stim ikan niha, pastu kerapu thai sos, pastu dalam setengah jam kemudian, kepala berat telan paracetamol, balik rumah badan haywire. Ni gara2 banyak giler MSG kat dalam lauk. No wonder sedap. Dah tu. No more absolute thai at the moment. 

order ni gak. order dua. tiap kali order mesti budak tu tanya balik, betul ke nak dua. sebab satu ni sama dengan lima bijik telur. memang bestlah sebab makan telur dan minyak sekali. 



Sekian makan hari jumaat dan sabtu. Jap lagi nak keluar bawak Aiman fambam ke Nilai makan sushi. Kat rumah tak ado air buat kali sejuta. Nak pindah. Nak pindah. 





~~~~

December 24, 2020

Adele Makan Nasi Sugarbun

 .

.

.


Gambar bestkan. Nasi with ayam kanu. Lagi best dapat makan sepinggan sorang kat Menara Hupseng tu. Mentara nak pickup 10 bungkus nasi ni, kami makan dulu. Eh jap, ada lagi 3 bungkus fish burger sugarbun yarr. Tamak ke Adele? Adele nak pindah serawak esok jugak. 


Keesokan harinya, pergi pulak ke Messa Mall kat Nilai yang hidup segan mati memang taklah tu. Tujuan nak tengok perabut si Dr Aliaa. Dia kan nak pindah rumah baru. Tengok perabut 2 saat. Tapi makan bagel kat Kopibin dalam 30 minit. Singgah beli eskem 2 papan kat family mart. Eskem yang potong tu, ada kat Zenmai kalau chuol nak makan. 


Hari ni celebrate birthday Dr Aliaa kat Hotel LeMeridien. Adele makan sikit je hari ni (tipu).



Hari ni Lalisa nak  jadik Adele. Adele makan nasi sugarbun. Adele nak pindah Serawak sebab sugarbun kat sana merata2 ada. Adele nak sambung nyanyi kat concert di UK yang ada virus baru tu. Bak kata Adele, Someone like you, like me, like them, like jiran sebelah, like kucing oyen bak kata semua orang kat twitter. Apo.




~~~~

December 21, 2020

Masalah Betul

 .

.

.

Hari ni order 10 helai tudung baru.

Dalam almari ada 57 helai lagi. 

Ni lah masalah perempuan.

Bukan keluar rumah pun. 

Kerja pun dari rumah. 

Keluar iklan tudung baru, menggelitis nak beli.

Tapi apapun.

Semua perempuan cantik akan beli tudung baru walaupun dalam almari ada 67 tudung yang lain. Eh.



Aku nak pickup order dari Sugarbun kat Menara Hupseng, KL. Dah terbeli 10 set nasi kat shopee. Perempuan ni memang malas masak.

.

.



~~~



December 16, 2020

Sindrom Pintu 2

 .

.

.

Apa tu pencetus/trigger ? Bukan pencetus ummah ye chuol. Juga bukan Da'ie. Eh. 


Pencetus atau trigger dalam psikologi adalah rangsangan seperti bau, suara atau penglihatan yang mencetuskan perasaan. Homosapien biasanya menggunakan istilah ini bila tertekan dan stress atau teringat dengan peristiwa yang pernah berlaku dan alami. Takut ke, sedih ke, gembira ke, semualah yang membawa kepada ingatan yang tak dapat dilupakan atau mahu dilupakan atau memang tak tahu nak lupa ke tak. Kelirulah tu!!!  

Motif kau cerita ni DrNotts?


Aku dan rasanya semua homosapien banyak kali dah kena

Maklumlah dah banyak kali lalui SINDROM PINTU. 


Si Dr Aliaa baru jap tadi bagi tau aku yang dia nak pergi trip water rafting kat Perak. Dia baru teringat bila nampak hujan turun. Dia nak bagi tau aku lama dah tapi dia lupa. Tapi yang mencetuskan tu ialah hujan.  Peristiwa dia dulu pernah alami, masa dia dan geng dia selamatkan satu keluarga dari kepala air/pusar sungai. Hari hujan kat hulu sungai masa tu dan terdengar bunyi siren tanda amaran dan tiba2 sekelip mata air naik paras dada. Keluarga tu selamat setelah ditarik keluar. Ni pun sebab hujan. Kalau tak, aku pun tak tahu citer tu. Dah berzaman insiden tu berlaku. Dia masuk pintu lah tu. kehkehkeh. Wait! What? Water rafting masa musim tengkujuh? No way walawei. You kenot go hokey!! I tak rela. 

Pastu dari citer si Dr Aliaa tu, terus tercetus/trigger cerita sekumpulan bomba yang nak selamatkan orang dari hanyut. Semua ahli bomba hanyut dek sebab kepala air tu dan hujan lebat pulak masa tu. Pastu, terus teringat masa kecik mandi sungai kat rumah mak, sungai kemainlah keroh, tapi mandi macam tak pernah jumpa air. Dahlah air dengkat. 

Makan ikan tenggiri goreng, teringat emak akan goreng sekeping ikan tenggiri dikongsi ramai tapi still tak habis sebab kami tak gemar makan nasi. Kami lebih suka makan roti. Nasi tak laku. Apatah lagi lauk. Ikan tenggiri satu potong tu pun tak habis kami makan. Dua tiga hari baru habis sekeping tu. Sekarang, ikan tenggiri masih tak laku sebab anak2 aku sendiri pun tak berapa suka. Apo. Sindrom ikan pulak ke! 

Bila aku terdengar lagu Daemul, teringat masa duk UK tahun 2010 sambil tengok movie kat laptop beralaskan kotak. Meja pun tak ada. Kesian kan. 

Dengar lagu Hit Me Baby One More Time (Britney Spears) teringat masa duk UK tahun 2000 kat rumah nombor 4 dan 5. Yup, masa kat sana, aku pindah rumah nak dekat 9 kali. Memang hit me baby nine times. Nangis.

 


Mak and Abah, I miss you loads!!!




Yongin, Korea (2016-2017)



Sindrom Pintu 


December 14, 2020

Nak ke Tak Nak?

.

.

.

Alim ni memang tak nak sesangat buat masters.

Dia kata, penat.

Ek eleh. Belajar  online kot sekarang.

Tak lama lagi habislah degree tu.

Maka, aku, dia dan Dr Aliaa pun berbual di kofi kofea kat IOI (masa tak ada air tu).


Aku: Awak ada 3 kakak pensyarah. Haruslah awak pun belajar sampai PHD kan. Kena break record yang anak lelaki pun boleh ada PHD. 

Alim: Abang Aiman and abang mamat tak belajar pun sampai masters. Why me? 

(Hishh, aku sekeh budak ni kang) 

Aku: (Secepat kilat fikirkan jawapan) Abang aiman and abang mamat kerja profesional. Tak perlu belajar sampai masters.

Alim: (Tengok tiktok kat fon dia dan tak nak respons) krik krik

Dr Aliaa: Weh, dengarlah mummy cakap tu!


Akhirnya, beberapa deal dibuat di meja kopi tu. Salah satu...


Dr Aliaa: Kalau siap masters, mummy bagi kereta yang awak guna sekarang. For free. Kalau tak siap masters, awak bayar balik duit kereta tu. 

(Aku pandang Dr Aliaa dengan tajam - patut ada deal lain lagi selain keter).

Alim: Eh, keter tu kan mummy dah bagi Alim for free hari tu?

Aku: Hishhhh.





Awak siap, Alim. Malam kang, mummy nak tampal poster program master dari semua uni kat dinding bilik awak. Semua poster Girls Generation akan dibuang. Awak sabajap. Heh.


Alim yang aku panggil "yang", "honey", "ALIM AL-MUSTAQIM BILLAH" (bila aku marah ya amat), "alim" (panggilan untuk bangunkan untuk solat) atau kalau geram sangat aku panggil "Hoi" je kalau payah sangat nak menyahut. *Gambar kat Jepun 2019


~~~~


December 13, 2020

Dilema Duk Sini

 .

.

.

Depress kejap bila air tak ada kat rumah.

Kul 8. Lari ke masjid IUKL.

Settle semua. 

Lari ke IOI.

Kedai lom bukak. Adehh.

Tunggu bukak jap.

Pastu makan.

Lari ke kedai kopi kopea. Termenung lama.

Petang, baru air ada kat rumah (grup wasap).

Balik penat. 

Mentally.

Monolog: Dah berjuta kali air tak ada kat Selangor ni. Dah kenapa negeri ini. Walaupun hari ni bukan dek sebab Selangor tapi dek sebab tangki rosak. Still aku nak marah gak sebab berada di Selangor. Ishhh (btw, aku orang Selangor). Pastu sebab makan kat Zenmai tak best hari ni. 



Rasa macam nak bela kucing dan namakan kucing tu, Taehyung.

~~~~

December 8, 2020

Sindrom Pintu

 .

.

.

Aku selalu sangat kena sindrom pintu ni. 

Door syndrome. 

Satu contoh. 

Baru habis solat sambil lipat sejadah, teringat "kang keluar, jangan lupa ambil buku dan masuk beg". 

Keluar je pintu bilik dan sampai ke ruang tamu, terus terpinga2. Apa yang patut aku buat ek? Ada benda nak buat ni? Apa ek?

Jenuh masuk balik bilik, pura2 lipat sejadah dengan harapan ingat balik apa ke benda yang penting sangat. 

Sampai ke sudah tak hengat hingga berhari2. 

Selang dua minggu, baru teringat kena bawak buku ke opis. Apo.

Tulah namanya sindrom pintu.

Sindrom aku alami (sebanyak 678 kali) dan berjuta homosapien alami. 

Macam seolah2 melalui satu pintu ajaib dan terus lupa apa nak buat. 

.

Podah lah DrNotts. Tak payah nak bersindrom pintu bagai. 

Kau lupa sebab kau tua kan. 










ni sebenarnya aku, sebelum jumpa pintu




Sindrom Pintu 2


*gambar google

~~~~

December 7, 2020

Jangan Pergi HOSPITAL PENGAJAR UPM

 .

.

.

Bersedia tak dengan cerita aku yang PANJANG LEBAR tentang hospital ni? Jangan pergi ke hospital ni kalau tak bersedia. 

.

Aku dah bagi warning heh. PANJANG LEBAR YARRRRR.

.

Ceritanya camni. 

.

Aku ni suffer sciatica dah bertahun2. Literally sakit cam nak gilo kekadang tu. So sejak HOSPITAL PENGAJAR UPM ni dibuka, aku masih tak sempat nak singgah. Aku dah cuba segala bagai usaha. Dari accupuncture dengan doktor di Korea selama dua tahun, buat pulak chiro kat klinik di PJ yang jem teruk dan susah parking. Pastu cuba juga buat bekam angin, bekam jarum cucuk tu, semua dah try. Buat jugak yang letrik. Tapi semua tu, macam krik krik je. Masih cam tu jugak.


Maka, aku pun cuba pulak hospital pengajar UPM ni. Dapat surat referal dari doktor Pusat Kesihatan Universiti (PKU) kat UPM, aku pun redah buat appointment kat HPUPM (Hospital Pengajar tu lah). 


So sebulan kemudian, dapatlah jumpa doktor pakar. Otopedik. Mr H. Muda je. Mr H pakar dan student doktor ramai. So sepanjang jumpa dengan pakar ni, ada 3 doktor yang berlainan jumpa aku. Semua student doktor. Dah nama pun hospital pengajar. Ni untuk sciatica aku. Selang beberapa bulan kemudian, aku perlu x-ray, perlu MRI, semua dah buat. Rupanya, L4 dan L5 aku dah mereput. Literally reput. So tulang belakang dah himpit nerve. No wonder sakit. Pastu aku dicadangkan untuk buat injection steroid. Supaya tak sakit sangat. OKlah, harung jelah. 


Tiba hari yang ditunggu untuk injection. Dalam hati aku, takat injection je kot. Apa susah. So pergi awal pagi. Kul 7. Pastu rupanya kena buat covid test dulu. Bapak sakit hidung buat covid test tu. Macam dihiris dalam hidung. Adoilah. Why buat covid wehhh? Nurse lelaki dan perempuan yang buat test tu, muda giler. Kat kaunter tadi pun, dua orang lelaki muda. Salah sorang tu bekas staf kat fakulti aku. So kenal sangat lah. Dah selesai covid test, terus dapat result. Alhamdullillah. Negatif. Wihuuu. Terus aku dibawa naik ke atas untuk prosedur injection.


Naik atas, ada nurse tunggu. Dalam hati, mudanya nurse ni, mesti baru grad gamaknya. So aku dibawa ke wad. Eh, nak inject pun kena pergi wad ke? Well, ikut je. Anak aku so Dr Aliaa ikut sekali. Aku kena pakai baju sepital. Complete macam nak kena operatelah pulak. Irrigasyen, bobie, messer (ejaan ikut sebutan macam doktor korea ye). 


Wakanda Forevah- 4 November 2020

Dah siap jadik Wakanda, datang doktor lelaki muda. Ada name tag. Sempat juga aku baca DU48. Oh, doktor ni. Gred 48. Baik giler doktor ni. Dia siap sebut balik prosedur yang aku akan alami. Dia masukkan jarum kat tangan. Aku tanya jugak. Oh, kena masuk jarum jugak ye? Tapi dalam hati. Terfikir lagi. Nak injek steroid memang macam nak kena operate ke ni? 

Pastu, setelah 30 minit, dua orang nurse lelaki dan perempuan datang tolak katil yang beroda tu dan suruh aku naik dan baring. Budak muda je dorang ni. Dalam hati, ramai jugak nurse lelaki kat sepital ni. Pastu, bila ditolak tu, tetiba teringat drama korea yang kamera tunjuk siling sambil katil tu gerak. Pening wehh rupanya kalau katil bergerak dan kita pandang siling. 


Masa ni rasa nak bagi tau kat si Dr Aliaa. Ïf I die, tell my future Jasper, that I want a big mansion with 27 bedrooms and five big buildings. 


OK, back to reality DrNotts. Aku ditolak masuk ke bilik persediaan. Sorang nurse lelaki lain terus cek blood pressure dan masukkan selimut yang keluarkan udara panas supaya aku tak rasa sejuk sangat. Macam bunyi vaccum. Bilik semua tu sejuk. Pastu aku nampaklah tiga lagi nurse lelaki dan perempuan berjalan ke hulu dan ke hilir buat kerja dan cek chart. Aku je pesakit kat situ tapi semua nurse sangat attentive. 


Pastu aku ditolak ke bilik bedah. Perghhh nak injek steroid kena masuk bilik bedah. Aku ni teringin sangat nak tengok apa ada dalam bilik bedah tu. Payah giler nak tengok bila baring flat. Aku cuma nampak bilik SCRUB. Literally tulis ejaan BILIK SCRUB. Pastu terfikir, kalau dalam bahasa Melayu apa ek. BILIK TONYOH ke? Pastu dengarlah nurse lelaki dan perempuan tu berbual sesama sendiri. "Kita kena scrub tak ni?". Aku pun terintai2 sambil baring. Ada meja kecil2 di keliling. Lampu besar kat atas yang boleh digerak2. Yup, sebijik macam bilik bedah dalam drama. Pastu masuklah beberapa lagi nurse. Literally semua muda giler. Dalam hati, nurse ni mesti grad dari USM Kelantan. Ramai giler dalam tu. Adalah nak dekat 10 orang termasuk satu doktor anestetik dan satu lagi doktor pelatih rasanya. Semua dah siap sedia dan dorang semua kesejukkan dalam tu. Aku je yang panas sikit sebab dek selimut tu. wihuuu. 


Pastu, staf nurse sorang ni yang muda juga, siap tanya nama dan prosedur yang akan dilakukan. Dia perkenalkan diri dia Staf Nurse. Dah semua pakai baju biru nak operate tu kan so semua sama taraf. Tak nampak beza. Tu yang staf nurse tu kenalkan diri. Tujuan dia tanya, nak kena pastikan yang aku ni aku dan prosedur yang dibuat tu betul. Kang tak pasal aku jadi cantik pulak lepas prosedurkan. Eh. 


Pastu masuk lah pakar xray dengan mesin besar dia. Mr H pun sampai. Mr H sempat tegur aku. Prof ok ke? Aku jawab OK. Tapi dalam hati, not really ok. Aku ditelangkupkan sebelum tu. Sebab nak injek di belakang. So setelah Mr H duduk dan liase dengan pakar xray (sebab injek tu kena tengok xray at the same time) to which ada TV keluar dan Mr H boleh tengok di mana nak diinjek. Pakar anestetik (yang handsome macam Rhitik Roshan) pun ambil dua syringe dari laci (yang ni aku nampak sambil telangkup tu, aku boleh nampak di buka laci dan ambil ubat). Doktor tu pun selang2 injek aku untuk ubat A dan ubat B. Local anestetik. Kat tangan yang doktor mula2 letak jarum tu. First ubat, aku tengok je tapi masih sedar, second injek aku tengok tapi lepas tu gone. krik krik. 


Tau tau, aku dah jaga. Dah ditolak ke wad semula. Tapi bukan kat katil aku tapi kat katil sebelah dengan kaunter nurse. Aku tidur je. Best giler dapat tidor. Pastu about 30 minit lepas tu, barulah nurse tolak ke katil aku. Si Dr Aliaa dah menunggu. Aku siap cakap, "Nak tidor jap". Maka, tidorlah DrNotts lagi. 




Jap eh, nak tidur.

Lepas 1 jam, aku pun bangun. Tak sakit pun. Aku bangun dan salin baju dan bersiap sedia nak balik. Doktor yang masuk jarum datang, tanggalkan jarum di tangan. Pastu dia tunggu roger daripada Mr H untuk kebenaran pulang. Aku pun baliklah rumah. Semua ni setengah hari je prosedur. 


Apa aku nak cerita ni, sebenarnya, bukan pasal aku sebagai pesakit. Aku ni tak penting pun. Malah, sakit sciatica aku ni sebenarnya tak penting langsung. Yang aku nak cerita supaya semua orang jangan datang ke HOSPITAL PENGAJAR UPM NI. Nak tahu kenapa. Hishh, nak cerita ke tak ni? Risau gak ni. Takut nanti semua orang marah kau aku. 

Sebenarnya, bila masuk hospital ni, semua orang akan rasa lain. Macam diri berubah sama sekali. Yelah, bangunan hospital tu kan baru. Keliling hospital banyak pokok2. Macam sepi je bila masuk ke perkarangan hospital. Tak ada bangunan lain bersebelahan pun. OK OK Camnilah, sebenarnya bila masuk HOSPITAL PENGAJAR UPM  ni, macam masuk ke DIMENSI lain. Perasaan pelik. Parking banyak kosong. Senang je nak parking mana2. Sambutan nurse dan staf yang baju putih semuanya dari kamus positif. Semua sopan. Semua santun. Pastu yang penting, sebab semua nurse muda yakni lelaki dan perempuan. Muda macam dua puluhan je umur dorang tu. Semua doktor pakar baik giler. Semua doktor pelatih pun sangat sopan dan baik. Semua staf kat kaunter OTOPEDIK baik sangat. Semua staf di WAD baik giler. Semua staf masa buat covid test, apatah lagi baiknya. Kat FISIO pun sama je baik. Kat X-RAY dan MRI semuanya sopan dan sangat terer. Pesal ni. Semua cakap sangat sopan. Aku tanya satu, ramai yang nak datang tolong jawabkan. Pastu, semua MUDA. Literally muda. Umur dua puluhan je. Macam baya anak bongsu aku aka Alim Al-Mustaqim Billah. Macam dah juta kali sebut muda ni. Adehhhh, kenapa semua muda ni? Adakah masuk je kawasan hospital ni, semua jadi muda? Angin lain ke kat kawasan tu? Ke aku masuk terowong muda tadi? Wehh, kenapa ni? 


Kenapa semua nurse lelaki dan perempuan yang attend aku cekap belaka. Semua tahu apa nak buat. Semua ambil kesempatan nak buat kerja dengan baik. Kagum giler tengok semua staf muda dan rajin buat kerja. Oh kenapa!!! Serius aku bagi tau ni. Memang kau akan rasa pelik bila masuk hospital ni. Macam ada kat dimensi lain sama macam dalam cerita The King Eternal Monarch aka Woo DoHwan bukan Lee Min Ho. Eh. Aku ni dah masuk hospital juta kali. Hospital kat Malaysia. Hospital kat UK. Klinik kat UK. Klinik kat Korea. Semua dah merasa. Masuk bilik bedah pun dah dua kali dan opkos kena bedah dah dua kali. Semua tak rasa macam ni pun. Mengapaaaaaaaaa Mengapaaaaaaa Mengapaaaaaaa (sila bunyi echo echo echo).



Sah kanak2 kat rumah ni tak baca blog sebab banyak perkataan. Ciss.



DrNotts nak jugak berlakon cerita Poldark esok.


~~~~

 


December 2, 2020

Nasi Goreng Jangilrem Dried Cranberry

 .

.

.

Hari ni buat nasi goreng jangilrem (chamgileum  참기름) dried cranberry. 

Nak resepi tak? Nak nak nak nak. 


Tumis sambal bilis yang dah ditumbuk. 

Masukkan 10 biji cili api yang dah ditumbuk.

Masukkan fish cake.

Kacau.

Masukkan telur dua biji.

Kacau.

Masukkan nasi sejuk dua mangkuk hayun.

Tambah 1 sudu kecil garam.

Tambah 1 paket serbuk nasi goreng cina adabi.

Kacau.

1 sudu besar jangilrem.

Kacau.

Tutup api.

Letak dua genggam dried cranberry.

Kacau lagi.


Pastu tengok Divine Fury buat kali ke sejuta sebab rindu Park Seojoon *tetiba

Pastu Alim makan nasi dan buang dried cranberry.

Kurang asam punya anak.



    Park Seojoon bukan Alim *gambar google


DrNotts nak jadi Lalisa Blackpink Tuit.

~~