.
.
Alhamdullilah.
Terima kasih Allah. Terima kasih tidak terhingga.
Hari rabu baru ni, yakni 1 febuari 2017. Berkuat kuasa 1 januari 2017.
Aku gembira tidak terkira. Walaupun salji kat luar tu masih tak cair-cair lagi namun, aku gembira hingga rasa nak lari guling2 dalam salji yang tak cair tu. Tapi tak boleh sebab sejuk.
Apapun, insyallah. Aku akan usaha lagi. Patutnya dah tua ni, sudah2 lah dengan apa yang ada. Tapi bagi aku, mentara kudrat ada, aku harus berusaha hingga berjaya. Tak kiralah bahu aku kejung. Tengkuk aku tak boleh nak toleh sebab asyik sibuk menulis artikel. Tak kiralah badan aku selalu masuk angin dan kembung pastu tak boleh tidur sebab kepala pun masuk angin dan berpusing. Bagi aku, kita kena usaha no matter what.
Duduk di Korea ni juga banyak hikmahnya. Allah dah susun dan aturkan perjalanan hidup aku. Aku harus kuat untuk tinggal di negara yang susah sangat nak berkomunikasi. Tercabar bagai nak pening. Namun, ni tahun kedua aku di sini. Aku rasa, tak perlu nak keluar sangat. Banyak duduk di rumah dan buat kerja dari rumah. Masak apa yang aku rasa nak makan. Alim redha. Mau tak redha, kang aku tak masak baru kau lapar.
Now cuti sem, maka aku cuti lama. Aku boleh rehat. Bukak sem nanti hujung bulan ni, aku cuma kerja 2 hari je. Tu pun lapan jam je untuk dua hari. Syukur atas nikmat ni Allah.
Tak tahu nak gambarkan kegembiraan aku sekarang ini. Aku mahu anak2 aku ikut seperti aku. Usaha. Usaha dan usaha. Abaikan suara2 bising di luar. Just usaha. Aku tahu aku banyak kekurangan namun aku juga tahu, aku boleh hadapi kekurangan itu dengan banyak berdiam diri dan buat kerja.
Umur aku 56 tahun ni. Aku mahu selepas ni, aku mesti bantu ramai orang. Aku mesti cuba bantu rakan sekerja di Malaysia untuk sama2 menikmati apa yang aku dapat.
Kepuasan kerana usaha selama itu tidak boleh digambarkan dengan hanya beli kasut Stella. Eh.
hadiah untuk orang yang minat sangat goblin. goongyoo. mata goongyoo ni special sikit. sanggup aku snap dalam video. silalah semua orang berangan |
ni satu lagi hadiah. cair tak tengok si dongwook ni. haruslah cair kan. by the way, orang korea ni memang warna kulit cantik. peloles. sila jatuh cinta dengan dongwook sekarang. |
Yang benar,
DrNotts yang nak keluar hari ni setelah 8 hari tak keluar sebab sejukkkkk
Yongin, South Korea
***