February 9, 2017

Dah 10 hari Snow Berlalu

.
.
.
Dah 10 hari kot snow yang paling last. Tapi oleh kerana cuaca sangatlah sejuk, maka snow tak cair. Bila aku jalan balik dari acupuncture (dah tiga hari), memang jalan licin sebab snow dah jadi ais. Ni kalau terjelepuk dah sure ganti pinggul dengan besi. Eeee ngilu terus. 


ni nak balik rumah. nun nak dekat 2km kot aku jalan. nampak gunung2 tu. well, memang uni ni keliling gunung ganang. abaikan sampah. orang korea ni pengotor jugak. sampah merata. ludah pun merata. cehhhh

ritu sungai ni tertimbus. baru2 ni je yang dorang bagi cantik. pastu buat tempat pejalan kaki untuk jenjalan. memang taklah aku nak jalan. sejuk kot. air sungai pun masih beku

kat savemart. sabun nilah aku pakai masa mula2 datang. kat emart tak ada. kalau beli kat sini aku kena usung balik rumah. mau patah bahu angkut

save mart you all. kat sini nak cari dettol ke. or any product international sebab dekat dengan rumah dan orang kedai ni tau, ramai lecturer luar yang beli so barang kenalah international 

sebelah save mart ni ada so called makanan berkhasiat tapi entah apalah dia jual. sampai tak ada orang aku tengok

nilah savemart. kenalah tulis dalam abc sebab saperlah nak singgah kalau tulis korea. marketing strategy

kan dah cantik sungai ni dibersihkan gini. kejap je dia buat. dalam 2 bulan kot siap. dah macam stream yang terkenal kat seoul lah pulak. boleh jenjalan kat tepi. sungai beku

cantikkan. ni on the way balik rumah. nun kat gunung tu. 2 km kot nak jalan balik rumah. bertabah aku jalan balik dah 3 hari. tak kurus gak. hishhh

see tak cair lagi. ni pun licin ok. kat kanan tu apartment aku. tingkat 5, kiri tu dorm student

ni gambar semalam ni. semua ni gambar semalam. tak cair lagi. depan tu semua dorm student. berhadapan dengan apartment lecturers

kiri tu dorm lagi. tadi gambar dorm yang belakang tu. yang rendah tu, dewan makan student. dan sebelah dewan tu (yang tak nampak tu) ialah bawah ada seven eleven dan atas ialah kedai kopi nescafe. snow tu dah keras kejung jadi ais. tengah tu tempat sofea lari2 main snow. masa tu, snow masih lembut dan fluffy

daki nak balik ke rumah. aku cuba sepak snow tu, tapi mak ai, keras bedengkang. nasib baik aku tak jatuh je

ni gambar kat ig aku. aku baru balik buat acupuncture. sakit. dah 3 hari aku buat. esok buat lagi. tapi doktor muda tu handsome korea lah. taklah sehandsome park seojoon. eh

landmark mohyeon. ada windmill. entah apa motip letak tu. ni kat trafik light kat mohyeon. 

apalah gambar langsir kat Dr Hanseul the acupuncturist ni kat post ni?. tiap kali datang sini dah sure aku mengantuk. entah drug apa dia bagi sedangkan masa ni, doktor belum datang cek lagi. 

sempatlah tengok lampu ultra violet yang made in Korea niha. sambil tunggu doktor cek. lampu pun nak made in korea jugak ke. lepas cucuk jarum, dia akan sinarkan lampu ni kat tempat jarum tu. harap boleh kurus. eh



Ok. Dah.


Yang benar,
DrNotts yang sejuk beku sebab pagi ni -6 and feels like -13.




Yongin, South Korea

***