.
.
Aku nak ke Hyundai Department Store yang sebenarnya di Malaysia kita panggil shopping mall. Dah kenapa nak panggil store kan. Dah macam bunyi supermarket Billion kat Kajang lak.
So, semalam 15 feb 2017. Song aka Professor Dr Song Seung Won ajak aku keluar. Dia nak belanja katanya. Sebab sejak 6 bulan datang Korea, kami lom keluar makan sama lagi. Kecuali masa baru sampai. Walaupun sebelum ni aku dah pernah kerja sini, tapi kali ni lain sebab dulu masa datang, aku tak berapa kenal dia sangat.
So kebetulan pulak dia ni boss aku. Dia ni head of department and juga deputy dean aku. Hahah sampai dua jawatan dia pegang. Mahu pengsan nak buat kerja admin ni kan.
So dia dah siap bagi peta nak datang ke Pongyo. Dahlah tak pernah dengar nama tu. Aku pulak biasanya keluar dengan alim atau along atau saper je anak aku. Nama nak keluar sendiri, cam tak sampai je nanti. Tapi kali ni kena gagahkan juga.
1. Jalan kaki ke bawah untuk dapatkan bas.
2. Naik bas uni ke Mohyoen.
3. Naik bas 20/60 ke Gwangju station.
4. Naik train ke Pongyu (stop yang ke 3)
5. Cari jalan keluar dari train station (sesat kok paja).
6. Ikut orang keluar pastu bila dah keluar, opocot terus nampak bangunan yang nak pergi tu.
7. Jalan dalam 50 meter dah jumpa. Yahuuu
8. Janji pukul 12. Tapi aku sampai pukul 11
9. Jalan tengok kedai LV, pandora, dan banyak lagi sambil nangis mahal
Lepas makan, kami balik. Tak jalan pun kat atas. Aku dah dapat agak tempat ni sebijik cam KLCC. So no point nak jalan sebab dah sure tak mampu. Duit won lak tu. Lagi lah aku rasa membazir. So terus balik walaupun nangis nak beli Hermes 3.
Gambar ni susun terbalik. Dari mula perjalanan tu gambar yang paling bawah.
song and me. ni tunggu food nak serve. lapar kot setelah beberapa round cari nak makan apa. abaikan banyak line bawah mata aku. |
habis makan kami makan ice cream. tipikal restoran korea, kalau makan memang tak jual air, so kenalah tahan pedas lepas tu cari minuman. song ada fon call, aku redha |
dia still on fon call. meh lah aku selfie |
toilet dia cantik so marilah selfie. tapi apalah tinggi nau song ni. ke aku yang rendah |
terpaksa dia rendah diri dia. walaupun jenuh aku nak dongak nak dapat gambar cantik |
masa baru masuk dalam hyundai dept store ni, aku cam mak ai, bapak besar |
ni landmark kat luar store ni |
keluar je train dah nampak. wihuuu aku terrer |
betul ke ni? aiyooo kalau salah jenuh sampai kat busan. masuk jap kat dalam ruang yang ada orang tu mentara tunggu train. sebab sejuk sangat nak tunggu kat luar. |
train station baru ni kot. batu pun cantik tersusun hahahhahah |
walk to the light walk to the light |
setelah dua kali bas, maka jumpalah station gwangju yang baru ni. baru bukak bulan oktober tahun lepas rasanya 2016 |
Sampai je rumah, rasa nak demam. Hidung dah mula tersumbat balik. Nak selesema balik lah ni. Aiyayayyaya.
Yongin, South Korea
****