February 6, 2017

Daki Bukit Samsung Tiap Hari Boleh Kaya

.
.
.
Punyalah lama cuti ni kan. Bila duduk rumah dan cuma keluar seminggu sekali, buatkan aku rasa cam nak makan je. hahha. Dahlah working space aku dekat sangat dengan fridge.



Hari ni baru 6 feb. Aku start kerja balik 28 feb. Alhamdullillah mentara cuti, aku boleh recuperate dari sakit badan sejak bertahun2 lamanya aku kerja.




Semalam seminit dua je snow turun. Pastu stop.



Teringat kat mak dan abah. Terbayang muka dorang. Sedih.



Student Samsung....


Mehlah tengok student samsung aku niha. Semua ni dah bekerja. So dapat offer dari samsung untuk ke Malaysia bulan depan selama setahun. Yang bestnya, dorang cuma pergi ke Malaysia untuk belajar bahasa Melayu dan selain tu relax je tak buat apa. Tapi syarat kemainlah banyak. Dalam setahun cuti 10 hari kalau nak balik Korea. Pastu tak boleh bawak ahli keluarga. 


Dapatlah elaun rumah, elaun belajar bahasa dan selain tu, kau enjoy lah sakan kat Malaysia tu. Bila habis setahun, dorang balik ke Korea, dorang akan dinaikkan pangkat. Pastu selang beberapa tahun, kemungkinan dorang akan ke Malaysia untuk bekerja. Masa ni gaji memang mak ai. Masa ni juga boleh bawak family. Tempat favourite dorang sewa ialah kat Mont Kiara. Agaknya senior semua dah sebut kot. 


Dorang dah buat homework pasal Malaysia. Dorang kagum tengok Malaysia yang sangat maju berbanding Indonesia. Macam Korea katanya. Eleh, dorang tak ada twin tower KLCC ok. Kau cuma ada myeongdong, namdaemun, dongdaemun je. OK fine, kau ada banyak kosmetik. Ok fineeee, kau ada ramai pelakon handsome dan lawa2. Kau ada Lee dongwook. Kau ada GoongYoo. Kau ada Park SeoJoon. Hishhhhhh. 


Allie, Jay dan Brett (nama tukar sebab entah apa tah)

Hans, Eric 

Hans ni ketua kelas. Umur 38 tahun

Eric kerja samsung insurance. umur 36

brett, dah anak 3. umur 38

allie, dah kawin. umur 34

jay. umur 28. single. grad dari ehwa uni. yang famous punya uni perempuan

eh, rindu dah kat cucu berdua ni. terbayang dorang lari2 dalam rumah ni



Aku cuma sanggup ajar 5 minggu je baru2 ni. Aku tak sanggup nak daki bukit samsung tu tiap hari. Mengah you all. Tapi tulah, gaji lumayan kot. Bayaran per hour. Memang kaya. Kalau convert, boleh jadi berpuluh-puluh ribu ringgit.






Yang benar,
DrNotts yang nak ke Dr Hanseul untuk cucuk jarum rini. 




Yongin, South Korea


***