October 29, 2016

Meh Ke E-Mart

.
.
.
Semalam Jumaat aku memang tak kerja.
Maka, ke emartlah gamaknya.
Cam dah expert ke gwanju naik bas.
Dah tu je transportation yang ada.


Nak beli sangat fan heater.
Sebab kalau nak on kan floor heater.
Memang pengsan bayar bil letrik.
Pernah sekali masa winter ritu.
Aku pakai floor heater.
Memang panas satu rumah.
Cam sauna.
Tapi bila sampai bil.
Boleh pengsan dua kali.
Nak dekat 1 juta won.
Yakni, RM3700 untuk sebulan.
Wuishhhh.


Ni try fan heater.
Masa kat UK memang nilah aku pakai.
Jimat letrik.


beli ni, dah try semalam, memang ok


lerr, tak tahu pulak fan heater gini. cam kipas biasa tapi panas you all


nak buat cekodok? well, pilih je cik yah oii. sonang sebab tak yah nak pikir banyak. letak udang ke sotong ke, semua ok sangat. kalau malas nak baca tepung apa, tengok gambar hahahh



aku tak tau apa orang Korea buat dengan sharon aka persimmon yang dah masak ranum ni. lembek kot. tapi memanglah manis. adakah nak bagi kering? masak lauk ke? air ke? cam buah tomato kan!!


Sekian cerita bergambar hari ni.



Yongin, Korea


***


October 27, 2016

Madeleine

.
.
.
Well.
Rini khamis.
Nothing much to do.
Sebab rini kerja pukul 1.30 to 3.30.



gambar ni aku letak kat instagram (drnormaliza). kononnya jumpa madeleine. dalam hati sure rasa cam bahulu. aku suka bahulu. beli 7 ketul for 5,000won. tapi bila rasa, oh goss. cam bahulu batat. tak bape suka dah. tapi one of my followers kat instagram (related to the Brunei royal), bagi suggestion. makan with castard cream or something. lupo.


was really foggy selasa baru ni. hujan dari malam tu. gambar dari kelas aku, tingkat 5. aku panjat tiap hari tapi still tak kurus gak.




Yongin, Korea

***

October 25, 2016

Dear Nur Maisarah

.
.
.

Dear Maisarah,

Alhamdullilah. Syukur.

Congratulation! Master in Discourse Studies. UPM alumni.


Kelmarin kelmarin konvo di UPM.
22 Oktober 2016.
Anak aku nombor 3, grad.
Masters in Discourse Studies.
She did it in a year.
By research.
Mentara tu sempat bersalin anak nombor 2.
Matten Al-Fattah.
Dalam confinement pun boleh study lagi.

Tu pun, kesian kena desak dengan aku.
Aku cakap.
Kalau nak hidup senang cam mama.
Gaji besar
Boleh shopping tak hengat dunia.
Tengok TV sepanjang hari
Makan kat restoran mahal
Kena study bagai nak giler.

Tapi realitinya.
Mama pun kena kerja kat Korea.
Sebab gaji Korea mahal nak mamps (billion billion won).
Beli masih tengok price tags.
Movie je yang best.
Makan Nandos and Jonis je the best.
Hahah.
Janganlah percaya.
Bab won tu.

Masa lahirkan anak nombor satu.
Sofea Al-Latisya.
Maisarah siapkan degree in communication.
Memang kena siapkan.
Walaupun siap bersalin dan confinement.

But all worth it, right.
Rasa lega dua hurdles dah lepas.
Tinggal satu lagi.
Patutnya buat Phd bulan september baru ni.
Tapi aku bagi dia cuti.
Aku kan boss dia.

So bulan Mac ni kena masuk balik belajar.
No cuteh cuteh anymore.
I give you two years, mate.
By 2019 mesti dah dapat Phd.
So I can call you.
Dr Nur Maisarah.
See.
Sedap je bunyikan.


Dear Maisarah,

Sorry for not being there on your convocation.
I kept on looking at the phone.
For your updates yesterday.
Sedih juga tak hadir kat pentas tu.
Dah sure, mama akan duduk atas pentas tengok awak jalan.
Like, when you had your scroll masa degree.
Kita siap lambai lagi atas stage.

But.
Keep this in your heart.
I am always there for you.
No matter where you are.
No matter where I am.
I am always proud of you.

Good job, my daughter.
I love you no matter what.




with the siblings. left zulhelmi the husbeng, yusuf anak widad, alim, along, maisarah, mateen encem, sofea, muhammad, widad dan khairul

dah kenapa

alololol nak kena kutey ke

wahai anak-anak

the whole family of maisarah

alim yang nak sangat jadi pilot. with maisarah yang yang letak handbeg dalam jubah. tu yang tersembol

with the supervisor. associate professor dr hazlina abdul halim


with the leader of  drnotts family hehe 


apa lambat sangat orang grad tu keluar

panas ye

mama lambat sangatlah

mehlah masuk lamkin dalam hidung

eh yusuf. saper buat

in dewan besar will be like.....








Yongin, Korea

***

October 20, 2016

Alim's Graduation

.
.
.
Yup.
Alim ada graduation hari ahad lepas.
Graduation form 5.

Pakai jubah and siap beli kot.
Beli kot kat pasar malam BSP.
Dah maju betul pasar malam boleh jual kot.
Bukan bundle.
Tapi kain jenis nipis.
Janji rupa kot.

So aku cakap.
Semua siblings kena pergi.
Pastu boleh dia cakap.
No parents nor siblings allowed.
Sebab tempat kecik.
Tak ada orang bawak parents.
Hanya untuk students je.
Padahal buat kat Hotel Bangi resort.
Hotel kot.
Apa yang tak muat.

Rupanya.
Dia tak nak saper pun datang.
Kang ada yang interrogate so-called-girlfriend dia.
Ekceli dia ada so-called-girlfriend.
Dia kata budak ni pandai giler.
Kalau ada 8 subjek spm.
Budak perempuan tu akan dapat 9A.
Tengok betapa pandainya budak tu.
Budak tu anak sulung from 9 adik beradik.
Alim anak bongsu dari 6.
Hmm.

Maka anak2 aku yang lain tak pergi pun.
Biar dia grad sendiri.
Naik bas dari sekolah pukul 8 pagi.
Balik pukul 7 malam.
Graduation apa tu?


ambik gambar kat ig aliaa. kemain lagi awak. smart habis dah tu. ni pun dia pesan sehari sebelum supaya aku online . dia nak tunjuk diri dia. 

ni yang dibuat sampai nak dekat setengah hari kat hotel bangi tu. bajet model lah tu. encem awak yang!

ni gambar style NCIS lak. so awak ni denozo ke?

now what? oiii you have so many years to go ok. hopefully aku hidup lagi tengok dia dapat PhD 


mum said to call her. should i or should i not?

ni penting. kononnya gambar fantastic seven. tapi tulah. dua je lelaki. by the way, salah sorang pompuan tulah so-called-girlfriend dia. yang tudung hitam tu. wahai menantu








Yongin, Korea


***

October 18, 2016

Tote Beg

.
.
.

Tote beg!
Beg yang cuma kepit.
Pastu tali pendek.

Either way.
Pesen kat Uni Korea.
Lelaki yang pakai.

Aku rasa memang pesen.
Sebab Rizalman ada pakai tote beg pikachu.
Cantiklak tu.

Jom beli tote beg skang.



dapat free kot gamaknya. dorang datang belajar tak bawak beg ke haper

adalah usaha sikit beli beg lain dari beg free uni masa orientation

balik dari kelas with tote again



student pompuan pun pakai beg pack

manager cafe nescafe kat HUFS. ada lagi dia. ke dia owner cafe tu. bawak beg kertas je pun

mentara tunggu bas pepagi buta. beg apa nak, semua ada. kau pakai track bottom gi kelas? seriously!



pandai komen orang tapi kau pun pakai kasut raba je kot. heh.




Yongin, Korea


***

October 17, 2016

Oh Matahari Ku

.
.
.
Mid semester exam minggu ni.
Aku tak buat exam.
Sebab aku tak suka nak test student.
Macam tak relevan.
Memang aku tak pernah buat kalau kat Malaysia pun.
Student suka kelas aku sebab tak ada exam.
Even final pun tak ada.
Tapi kat sini kena buat final. Sighh.
Aku suka bagi assignment.
Belambak.
Biar sampai muntah.
Tapi at least student ingat.
Presentation pun belambak.
Tiap minggu ada.
At least bila kerja pandai nak buat presentation.



Cuaca?
Kelam.
Tak ada matahari langsung semalam.


kau tengok. gambar pun terbalik (nampak nau tak pandai baca Korea). ubat selsema. tak baik2 lagi sejak dua minggu lepas.


Bayangkan macamana aku cakap kat doktor farmasi.
Aku gatal hidung dah dua minggu.
Bahasa isyarat ye.
Garu hidung.
Garu pipi.
Garu lengan.
Sebut itchy.
Tunjuk dua jari.
Sebut two weeks.

Still dia tak paham.
Aiyo.



Yongin, Korea


***

October 13, 2016

Cahaya Autumn

.
.
.

Sekarang dah masuk autumn. Daun dah makin kuning. Kira macam pre-autumnlah ni. Biasanya autumn ni sekejap je sebab lepas tu terus winter. Memang sejuk tak hengat. Now tiap pagi, dah bawah dari 10 darjah. Malam tadi dan pagi ni 9 darjah. Kira cam beku jugaklah jari bila menaip ni sambil kelubung dengan selimut walaupun dah pakai fleece tebal. Nasib lah apartment aku ni bila pagi hingga petang memang cahaya matahari memancar. So sebelum keluar kerja, aku buka tingkap supaya kononnya haba dari matahari masuk ke rumah aku dah akan panas hingga ke malam. hahaha. Entah teori mana tah ni kan.



Semalam dah start tak lalu nak makan masakan aku sendiri. Ekceli dah lama tak lalu tapi no choice. Kang kurus melengkeng lak kan. Saper jelus lak nanti kan. Kanak kat rumah lah jelus. heh. Puasa? Well, akan puasa jua setelah selesema aku ni dah ok. Aku kena makan ubat setiap empat jam. Kalau tak, hidung aku gatal entah apa. 



So pagi ni, yup memang pepagi subuh supii, aku buat cucur udang. Entah lalu ke tak makan tu nanti. So rini mogok nasi. Sebab yelah, tersalah beli beras ritu so tak wangi nasi tu. Cerewet betul orang tua ni. Ya, aku cerewet, sebab nasi kena bau wangi dan sedap. Baru lalu makan. hahhah pentipu betul orang tua ni sebab kalau kau makan kat restoran, tak ada lah pulak sibuk nak bau nasi tu kan.



Oh lupa, habis kelas semalam, aku terus naik bas ke mohyeon. Biasanya aku jalan kaki je balik. Tapi since dah terbayang bun yang ada custard tu, aku terus ke mohyeon. Beli bun pastu terus balik. Memang tak happening betul hidup aku. Balik je terus makan sebab kena sihat baru tak bersin je keje. Pastu boleh terlelap pulak kejap di bawah cahaya matahari yang memancar kat ruang tamu tu. Menjalar aku cari cahaya supaya panas. Pastu malam, terkebil-kebil tak leh tidur. cehhhhh.






Yongin, Korea


***

October 11, 2016

Cari Chaebol

.
.
.
Semalam memang sejuk. Dahlah aku ni nak kena selsema. Gatal hidung segala bagai. Dalam pada sebanyak-banyak ubat yang aku bawak balik dari Malaysia, boleh ada 5 bijik je ubat selsema. Mana pergi yang aku beli banyak. Bila tengok balik rupanya yang banyak ialah meteospasmyl. Pastu paracetamol dan ubat aku. Bescopan memang banyak. Pastu ada nasal spray satu. Satu je ye. Sedangkan winter pun belum masuk lagi.


Ok cerita pasal ubat ialah boring.


Gambar bawah sila tengok. Ni aku amik semalam. Ada short quiz. Tapi aku bagi tengok phone sebab ada dictionary dalam tu. Nilah yang couple aku cerita dulu tu. Dorang memang hormat kat aku. Pastu sangat rajin. 


All in all, student Korea ni memang rajin. They have to score in order to grad and dapat kerja yang best. Ada student aku dulu yang aku ajar, baru dapat kerja. Setelah setahun menganggur. Baru setahun. Kalau kat Malaysia tu, dah sure bertahun-tahun. Kesian pulak kenangkan anak2 aku nanti camner tak ada kerja. So far, empat anak2 aku dah kerja. Tinggal dua je. Widad tu pun tengah intern. Kalau dia dapat kerja tempat dia intern baru best. Selesai dah satu. Tinggal Alim je nia. Nak suruh cari chaebol Korea, entah kat mana nak cari. Kalau tak, dah sure aku yang kaya. Eh.


*chaebol - anak orang kaya raya Korea yang heir to throne or saja memang kaya. contoh, anak samsung or cucu samsung. hahah alim, do your job







Yongin, Korea


***

October 9, 2016

I am a Year Older

.
.
.
Birthday aku hari Jumaat ritu. 7 oktober 2016. As being me, aku memang abaikan je birthday ni sebab bukan boleh makan kat nandos or johnnys or dave deli or any delicious foods for that matter. Yup, I am 55 this year. wuhuuuu. Sikit lagi pencen. 

Thanks to anak2 aku upload dalam ig.
Aliaa, Maisarah, Muhammad, Widad and Alim muahhhhs

Thanks to anak2 aku yang wish me birthday kat wasap.
Semua kanak2 sebab dorang takut kena marah ngan akulah tu. hahah. *evil



Kanak-kanak upload gambar aku dalam instagram. Tu yang remind me of that day. Aku tak tahu nak upload gambar apa kat ig. How i wish kalau ig tu macam blog nia. Kita boleh upload tak perlu komen or like or watever. hahahha 


So friday aku gi emart di gwanju buat kali ke sejuta. Tu jelah supermarket yang besar. Semua ada. Takat supermarket kecik, belambak je dekat2 sini tapi aku tak pergilah. Lagi pun aku nak gi makan udon. yummmmsssss. Ok fine, semangkuk je kali ni with sondobu jjigae hahahhaha. 


kan aku kata aku tinggal dalam hutan


Cer tengok gambar kat atas tu. Ni living room aku. Memang hutan tuha. Aku tinggal dalam hutan. Tu salah satu gunung. Ni baru rendah je cam bukit tapi kalau pandang kiri, mak ai, memang tinggi gilos. Winter sure cantik with snow and all. Marilah kita tunggu winter, aku letak gambar lagi. Ok fine, autumn nanti pun aku letak gambar. hahahha. cam ada je orang nak tengok.

nilah hutan secara dekat


Biasanya balik kerja, aku akan termenung dulu. Tengok pokok. Sambil buat cerita. Heh. Tetiba, hambek kau. Terkejut tengok ada benda bergerak. Rupanya ahjuma tengah cari cendawan liar kat hutan tu. Boleh.



Nampak tak ahjuma kat pokok tu. Jangan ternampak benda lain lak.


Satu je dalam kepala aku. Larat dia daki. Perghhhh





Yongin, Korea


***

October 6, 2016

Sejuk Juga

.
.
.
Bila jauh dari comfort zone yakni di Malaysia, aku punya banyak masa. Walaupun aku ni bukan jenis yang suka berjalan or never mind nak explore tempat orang, aku tetap kagum dan bersyukur dengan keadaan yang aku alami sekarang. 


Dalam pada aku mengelak dari berjalan kaki di Malaysia, aku jalan kaki tiap hari di sini. Bright side - aku jadi aktip sebab kiranya macam exercise. Tak kurus gak. Sigh.


Dalam pada aku agak malas nak masak di Malaysia (walaupun kena masak untuk Alim je) sebab restoran punyalah belambak, aku tetap kena masak untuk aku dan Alim kat sini walaupun cuma lauk simple giler. Bright side - aku boleh diet sebab dah macam tak lalu makan masakan sendiri. Still tak kurus gak. Double sigh.


Banyak lagi yang boleh nak cerita. Kalau kat Malaysia asyik nak rushing. Entah nak kejar apa aku sendiri tak paham. Sedangkan aku bukan jenis suka keluar rumah pun kecuali kerja. Itupun, kalau keluar family outing, keluar pukul 10 (tolong orang kat mall bukak kedai), pastu sure balik pukul 2 or 3 sebab malas nak zuhur kat sana. So gegas balik rumah. Ekceli bukan apa, kalau keluar pun, aku bukan jenis larat nak jalan lama. Apatah lagi berdiri lama. Dah tuo.


Here, I can walk like nearly 2km or so tiap hari. Memang aku sendiri kagum dengan diri aku. Kalau ada kerja di Samsung yakni yang atas gunung tu, aku dah sure hilang entah baper kalori sehari (walaupun tambah banyak entah apa kalori bila makan). Tiap kali  naik gunung kerja samsung tu, aku sure menyesal cam nak giler. Ngapalah tempah bencana naik gunung tiap hari. Alahai. Tapi bila kenangkan bila lagi nak bersenam (sebenarnya sebab samsung bayar mahal giler), aku gagahkan juga. 


Kat sini, aku tidur pukul 9 malam. Semua tingkap buka. Sebab cuaca masih ok lagi. Malam lebih kurang 13 darjah paling kurang. So kira sedaplah tidur. Cam airkon sejuk gitu. Bangun otomatik dah sure pukul 5 pagi. 8 jam dah kot tidur. Elderly memang kena tidur banyak. heh. So bangun je, dah sure kena kejutkan budak tu nak solat subuh. Pastu boleh dia tidur balik hingga 11 pagi. Hishhh boleh je lelap mata dia tu (Alim, whats wrong with you!!)


Alim kat Malaysia now. Budak nak SPM tapi entah bila study aku pun tak tahu. Aku ni tak pernahlah nak paksa anak2 aku study sebab aku dulu pun bukan jenis study. Pandai2lah bawak diri. Nanti bila dah snap yakni sedar diri, pandai2 nak adjust mana patut. hahah. Memang aku tak paksa, sebab kalau aku paksa pun, bukan dorang nak study pun. So ni aku paksa anak2 yang lain untuk tengokkan Alim study. hahahahhaha. Strategy you know. Habis SPM, budak Alim tu akan sambung belajar di sini ha. Paja kintuit.


By the way, alhamdullilah. Tempat aku ni tak kena typhoon. Aku nak dekat dengan Seoul so jauh dari pantai. Busan dan Jeju yang kena. Teruk juga keadaan.


*Yusuf dah pandai jalan at 10 months. Wah, nanti tunggu genma jumpa Yusuf, dah sure kena gigit nanti.


p/s Yusuf anak Widad. 
aku literally duduk dalam hutan. ni permandangan kat tingkap living room.


Yongin, Korea


***






October 3, 2016

Korea Juga Cuti Rini

.
.
.
Semalam aku baru siap satu lagi paper. Tapi agak tak produktif sikit sebab macam idea dah kering. Hishhh kemanalah idea nak menulis ni. Dahlah aku cuti sama cam Malaysia. Rini Isnin cuti. Kat sini sambutan hari lahir Korea. Bukan merdeka dia tapi entah apa tah student aku cakap. Apapun, aku duduk rumah dah tiga hari sejak sabtu. Hari Jumaat aku ke Gwangju so ada jugaklah aku keluar.


By the way, aku kerja empat hari je seminggu. Semester depan aku dah cakap, aku nak kerja 3 hari je seminggu. Supaya aku boleh banyak masa untuk menulis. 


Semalam the whole day hujan. Pagi tadi pun hujan sikit. Cuaca memang dah kelam. Nak masuk autumn dah ni. Student dah mula pakai jumper ke kelas. Yup, literally pakai jumper with hood dan berseluar pendek. Apakah?



Kat Korea ni senang amat. Kalau malas giler nak buat side dishes, boleh beli segala sayur yang dah siap celur. Cuma nak letak cili ke tak yah ke atau letak je segala bagai. Bolehlah untuk sekali dua makan. Macam buat bayam Korea, camtulah yang ni.


side dishes





Yongin, Korea


***