February 4, 2011

Ronggeng Venice Italy-Day 1


Aku dah book tiket ke Venice ni dari tahun lepas lagi. Kononya aku nak naik gondala dan nak tengok jugak tempat yang semua orang suka pergi. So, Widad dan Alim ponteng sekolah. Aliaa memang ponteng sejak lama dah. Aku? Aku kena pergi sebab bila lagi nak pergi. Apa punya alasan ni! Mula-mula ingat nak cancel je trip ke Venice ni sebab Alim ada ear infection. Setelah minta pendapat doktor UK dan doktor di Ireland, kami pergi juga. Yang pasti doktor UK memang galakkan pergi holiday. Memang orang UK ni pentingkan holiday sebab bagi mereka, balik nanti boleh fresh sikit hidup. Yerait!


Sakit telinga pun dia still nak ikut jugak. Bus to East Midland Airport


Tempat duduk banyak kosong so mereka ni buat macam bas sendiri

45 minit je perjalanan ke EMA (east midland airport)

Terus check in

Kenapa si Aliaa tu gamaknya!
 
EMA ada prayer room hokey!

Wait seminit. Alim needs to wee!

Of course jacket potato for all of us before the flight!

Makan di sini tapi memanglah mahal sebab makanan di airport

Beli makanan je, minuman beli di Boots!

Isi minyak dulu okay!

Sementara tunggu, PSP jom!

10 years bonding time ke!

Masa ni telinga Alim dah tak sakit sangat tapi still berbungkus!

Sakit pun kena posing jugak!

Aliaa tersorok di belakang Widad. Widad, move!

Payah nak dapat shot ni! Whats with you, honey!

Korang hingat ada rupa Hyun bin dan Sam soon ke!

Di celah-celah kerusi dalam plane!

Hujan kah!

Banyak tempat kosong ni. Boleh tidur baring lagi!

Bermulalah kena berbahasa berbelit ni!

Yang orang di hadapan tu kenapa nak tumpang sekaki lak tu!

Sudah sampai di Italy!

Phone bukan boleh nak guna pun di sini!
 
Naik bas lagi hingga ke Venice. Penatlah naik bas jek!
 
Aliaa woii, turun je dari bas tu, tak yah nak posing di tangga!

Jika ada apa-apa yang berlaku, ni nombor bas dari Treviso ke Venice

Aku ke tu?

The first tangga kami lalui di Venice.


Sementara cari hotel, pekena pizza halal dulu. Ada makanan halal kat sini weh!

Oleh kerana jauh sangat berjalan ke hotel tu, pizza jadi kerepek tebal!

Sampai hotel, boleh ke, dia gantung je memo ni di pintu hotel. Orangnya ke mana?

Sementara menunggu Aliaa ambil kunci, aku dan Alim bersabar tenung pintu. Inilah baru betul, 'talk to the door'.

Gelap gelita malam tu. Sejuk tak terkira!






Baru Day 1, kaki aku dah lenguh berjalan. Rupa-rupanya jauh betul hotel dari tempat kami turun dari bas. Dahlah sesat barat. Nasib baik si Aliaa ni rajin bertanya. Tapi di Venice ni, rajin bertanya lagi sesat jalan. Semua orang yang kami tanya, tunjuk arah jalan yang salah. Rupa-rupanya orang Italy ramai yang tak tahu berbahasa Inggeris. Aku cakap Minang kang baru tau!




Ca Farmosa, Venice Italy


****