Kononnya nak keluar hari Ahad ni. Kononnya nak keluar pepagi buta. Aku bangun dulu, as usual. Buat rutin macam robot. Turun, tarik langsir living room, onkan internet punya plug, masuk sitting room, tarik langsir sitting room, onkan plug tv dan heater, offkan heater besar, onkan plug laptop, onkan laptop, duduk, cek email dari ofis, cek email dari gmail, buka fb, terus onkan mykimchi! Buat oats for breakfast dan duduk disitu hingga rasa nak naik ke atas untuk menunaikan kewajipan. Itulah hari-hari yang sama. So kononnya nak keluar hari ni terbantut sebab cuaca 3 darjah. Sejuk yang amat. Kat tempat lain dah boleh pakai fleece je kalau keluar, tapi di Notts ni boleh kirim salam aje. So sejuk tu telah mengaburkan penglihatan aku untuk keluar berjalan yang kononnya nak bergambar di depan ofis lama aku masa aku kerja di Eastwood dulu. Nak ambil gambar masa aku kerja di Powergen jugak! Tapi kini sebab sejuk, tinggal kat memori aku je lah nampaknya.
Aliaa dan Widad sila pergi beli ayam now! Kita makan ayam goreng saja hari ni. Selain tu, kalau lapar lagi, sila telan air liur!
***