Rasanya lepas aku pulang ke tanahair (macam bunyi askar pergi perbatasan je!), aku ingin pergi merantau ke negara belah Asia pula. Amacam? Boleh? Ni tengah buat perancangan kuat untuk ke Korea pula. Ni semua gara-gara obses dengan drama dan filem Korea. Sedangkan kawan Korea aku cakap, semua yang dalam filem dan drama tu bukan realiti pun. Tak apa, aku nak juga tengok dengan mata aku sendiri (nak jumpa Kwang Sang Woo ler tu!). Aku nak pergi Busan juga! Widad, sila weep! Itu semua perancangan aje. Kalau jadi aku pergi pun, mungkin tahun depan! Kali ni nak pergi lama sikit. Nak tinggal di Korea 3 tahun. Mesti lepas tu aku pandai berbahasa Korea dan mesti dapat jumpa dengan Jo In Sung juga! Aku nak pergi konsert Lee Seung Chul! Arghhhh, best betul berangan ni! Tapi kalau menjadi kenyataan, memang semua orang akan cemburu pada aku sebab aku dapat jumpa dengan presiden perempuan dalam Dae Mul! Sila faham!
Radford Grove Lane, Nottingham
***