February 3, 2011

Alim's Eardrums Popped!



Aku kasihan sungguh dengan si Alim ni. Hari Ahad lepas dia mengadu sakit telinga dan kebetulan pulak dia selsema dan hidung tersumbat. Bila dah sakit telinga which yang hingga mengalirkan air mata, aku cuma mampu peluk dia dan pujuk. Setelah lapan jam menahan kesakitan akhirnya telinga dia berdarah. Ahad subuh aku bawa dia ke Queen Medical Centre di ER (Emergency room). Seperti biasa, doktor kat UK ni cuma tengok sini sana dan punyalah lembab sedangkan bukan ada ramai orang pun, doktor tu cakap yang eardrum sebelah kanan dia sudah 'popped'. Itu bahasa doktor UK je kot! Gegendang telinga dia meletup and setelah meletup barulah kurang sikit sakit dia tu. So as usual again, doktor tak bagi ubat dan suruh aku cari Ibuprofen untuk tahan sakit. Thats it!

Aku dah pun call sepupu aku di Ireland dan tanyakan tentang hal ini. Sepupu aku ni doktor di Ireland dan dia cakap sepatutnya ada antibiotik which yang dia pun hairan kenapa doktor UK ni tak bagi antibiotik. Takkan aku kena pergi Ireland untuk dapatkan antibiotik kot! 

Alim berasa agak lega sedikit dalam beberapa hari lepas tu. Boleh senyum dan melompat. Suddenly, khamis (3 Feb 2011) dia mengadu telinga sebelah kiri pulak sakit. Alahai, kasihannya aku tengok dia. Sakit yang amat hinggakan dia tak boleh hendak tidur. Aku peluk dia hingga dia tertidur tapi dia terjaga setiap lima minit. Setelah 10 jam, barulah dia rasa telinga dia berdarah dan maknanya, the gegendang dah meletup. 

Alim kena alami dua kali sakit untuk kedua-dua telinga. Tapi dia sangatlah kuat semangat. Sepanjang perjalanan pulang dari bercuti, dia asyik tidur. Sempat juga dia berbisik pada aku.

Alim: Mum, lets not go for holidays again. If we want to go, let us just go for one night only. 
Me: OK. What about Sweden?
Alim: One night only and we just go to ABBA museum and we go back the next day. Thats it! 


Bahana sakit yang teramat itu membuatkan dia trauma seketika hinggakan terkena tempias ABBA aku tu. So maknanya kami akan ke Sweden satu malam sahaja nanti.




Hari ini, Alim sudah sihat sambil duduk menonton TV dan kedua-dua belah telinga yang dibalut rapi!

Inilah cara doktor di UK membungkus telinga Alim



Ca Farmosa and Ca Malipiero, Venice Italy

***