February 28, 2011

Kemana Pula Kali Ini?



Rasanya lepas aku pulang ke tanahair (macam bunyi askar pergi perbatasan je!), aku ingin pergi merantau ke negara belah Asia pula. Amacam? Boleh? Ni tengah buat perancangan kuat untuk ke Korea pula. Ni semua gara-gara obses dengan drama dan filem Korea. Sedangkan kawan Korea aku cakap, semua yang dalam filem dan drama tu bukan realiti pun. Tak apa, aku nak juga tengok dengan mata aku sendiri (nak jumpa Kwang Sang Woo ler tu!). Aku nak pergi Busan juga! Widad, sila weep! Itu semua perancangan aje. Kalau jadi aku pergi pun, mungkin tahun depan! Kali ni nak pergi lama sikit. Nak tinggal di Korea 3 tahun. Mesti lepas tu aku pandai berbahasa Korea dan mesti dapat jumpa dengan Jo In Sung juga! Aku nak pergi konsert Lee Seung Chul! Arghhhh, best betul berangan ni! Tapi kalau menjadi kenyataan, memang semua orang akan cemburu pada aku sebab aku dapat jumpa dengan presiden perempuan dalam Dae Mul! Sila faham!






Radford Grove Lane, Nottingham

***

Tahniah Kepada Kakak Aku!


Minggu lepas, setelah mendapat email dari abang aku di Malaysia, aku terus hantar text mesej kepada Kakak aku nombor dua. Ucapkan tahniah kepada kakak aku tu! Kakak aku baru dilantik sebagai KSU (Ketua Setiausaha) di salah sebuah kementerian. Sangat bangga kami sekeluarga! Mak dan Abah tentu tersenyum bangga! Syukur Alhamdullilah!


Tahniah kepada 

Datin Paduka Nurmala Abdul Rahim DPMS, AMN, JSM
Ketua Setiausaha (KSU)
Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi





Radford Grove Lane, Nottingham yang tersengih seketika sebab bangga!



***

Reunion Ke?


Sambil tengok facebook, tengok je ok sebab aku jarang tinggalkan comment di wall, cuma tinggalkan gambar je kot! Aku suka jugak tengok rakan fb aku buat reunion bersama rakan sekolah menengah or rendah. Aku sebenarnya agak ketinggalan bab reunion ni sebab aku tak pernah pergi satu reunion pun. Ye hencik! Memang aku tak pernah langsung. Aku ni amatlah pemalu orangnya, jika ada reunion belum tentu aku akan hadir. Sifat pemalu aku ni (sila loya) terbawa2 hingga kini. Aku rasa amat rugi tak berjumpa dengan rakan sekolah, bukan gitu? Tapi aku ni bukan menonjol sangat masa sekolah pun. So mungkin sebab itu aku ni malu nak hadir. Kalau setakat jumpa rakan sekolah one to one, bolehlah. Kalau nak jumpa ramai macam dalam 20 orang or more, memang sah aku akan duduk di tepi dinding sambil makan kuaci!





Radford Grove Lane, Nottingham yang mungkin akan hadir reunion juga satu hari nanti!


***

Thesis Submission



Seorang lagi student PhD aku telah mengemail aku dan inform aku yang dia sudah pun submit thesis. So sekarang sedang tunggu untuk tarikh viva. Lagi dua bulan ler tu. Sempat ke aku hadir viva dia nanti? Semua student yang aku cerita dalam blog ni, aku yang jadi supervisor number one. Kalau jadi supervisor number 2 or 3, memang aku tak cerita sebab biarlah supervisor number 1 dia yang ceritakan. Kang hilang thunder pulak! So aku amat berbangga dengan student ini kerana dia amatlah rajin. Tahniah kerana sudah berjaya submit dan tahniah juga kerana tahan sabar dengan aku yang banyak songeh jugak as a supervisor. Anyways, aku tetap doakan student aku ni peroleh pangkat dr tahun ni jugak. Sebab senang konvo tu nanti, aku tempat sehelai je baju untuk semua student aku yang grad tu!



Radford Grove Lane, Nottingham

***

Seminggu Ini!



Memang bapak malas nak update blog. Lagi pun baru balik dari cruise ke Belgium. Gambar belgium kena tunggu si Aliaa upload dan biar dia yang cerita. Lepas balik belgium, aku selsema kejap. Asyik selsema jelah aku ni! Aku lupa nak buat flu jab masa sebelum winter ritu so inilah akibatnya. Padan muka aku! 





Bruges, Belgium

***

February 21, 2011

Jangan Fikir Banyaklah!



Aku malas nak fikir banyak. Aku ingin ke Belgium hari ini. Aku nak makan cokelat sampai pening!




Radford Grove Lane, Nottingham.

***

February 20, 2011

Rumah Sama Hati Sama?



Kadangkala aku terfikir. Rumah aku mestilah sama dengan semua rumah sebaris dengan aku ni. Cuma ada dua bilik sahaja. Satu living room yang kosong saja untuk aku. Satu dining room which yang aku jadikan sitting room aku. Kitchen yang sekali dengan dining tu. Terfikir jua. Apalah aktiviti semua orang di rumah agaknya sebab mereka pun macam aku, tak keluar rumah pun bila cuti. Nak keluar, sejuk! Hmmmmm!








Radford Grove Lane, Nottingham.

***

Adakah?



Baru beli weighing scale di Argos. Insaf sudah?





Radford Grove Lane, Nottingham.

****

Kononnya Hendak Keluar Hari Ini!


Kononnya nak keluar hari Ahad ni. Kononnya nak keluar pepagi buta. Aku bangun dulu, as usual. Buat rutin macam robot. Turun, tarik langsir living room, onkan internet punya plug, masuk sitting room, tarik langsir sitting room, onkan plug tv dan heater, offkan heater besar, onkan plug laptop, onkan laptop, duduk, cek email dari ofis, cek email dari gmail, buka fb, terus onkan mykimchi! Buat oats for breakfast dan duduk disitu hingga rasa nak naik ke atas untuk menunaikan kewajipan. Itulah hari-hari yang sama. So kononnya nak keluar hari ni terbantut sebab cuaca 3 darjah. Sejuk yang amat. Kat tempat lain dah boleh pakai fleece je kalau keluar, tapi di Notts ni boleh kirim salam aje. So sejuk tu telah mengaburkan penglihatan aku untuk keluar berjalan yang kononnya nak bergambar di depan ofis lama aku masa aku kerja di Eastwood dulu. Nak ambil gambar masa aku kerja di Powergen jugak! Tapi kini sebab sejuk, tinggal kat memori aku je lah nampaknya. 




Aliaa dan Widad sila pergi beli ayam now! Kita makan ayam goreng saja hari ni. Selain tu, kalau lapar lagi, sila telan air liur!




Radford Grove Lane, Nottingham yang tak jumpa matahari.


***

February 17, 2011

Benda Tertenggek Atas Bahu Kanan Aku!



Ada orang cakap yang ada orang yang sangat suka pada aku, lalu telah menghantar sesuatu pada aku dan benda yang dihantar tu masih ada di atas bahu sebelah kanan aku. Dalam hati aku, patutnya hantarlah benda yang boleh aku manafaatkan seperti hantar duit pound sterling yang banyak. Barulah aku boleh berkongsi dengan orang yang suka hantar benda pada aku. 





Radford Grove Lane, Nottingham

***

Acar Timun



Aliaa sudah blend sesame seeds. Dah potong bawang besar. Masukkan cuka dalam periuk untuk mula masak. Rupanya cuka yang aku pilih tu perasa malt walaupun putih. Arghhhh, terus aku suruh buang cuka tu. Tak sedap langsung. Cis. Sepatutnya pure white vinegar tu. So kesimpulan, semua masuk fridge dan kena cari cuka dulu hari ni. 






Radford Grove Lane, Nottingham yang terasa macam kempunan acar!

***

Neil Datang Kembali



Hari ni tuan rumah datang dengan Land valuer. Aku ingatkan dia nak jual rumah ni walaupun aku bukan ada niat nak membeli pun. Rupanya dia cakap, dia nak remortgage supaya boleh beli rumah lain. So far dia dah ada 7 rumah. Itu yang aku tau, yang tak tahu mungkin ada lagi 10 kot. Boleh buat business besar-besar ni. So seperti biasa si Neil ni bawa anak kecil dia, bernama Amir. Memang comel betul. Omputih campur pakistan, memang jadi Mat Jambu. Tapi agak kagumlah sebab si Neil ni yang jaga anak dia bila si Naseema (isteri dia) pergi kerja. So memang nampak dia pakar hal anak-anak and in fact semua anak dia, tiga orang, dia yang jaga. Kalau lelaki Melayu belum tentu dapat buat macam dia. Mungkin 10% aje lelaki Malaysia yang boleh berbuat demikian aka jaga anak totally sementara isteri pergi kerja. Neil cuma keluar tengok rumah dan menguruskan penyewa-penyewa macam aku ni. Kalau semua penyewa macam aku, memang senanglah si Neil tu sebab aku ni baik punya tenant (tui!). So selesai sudah mereka pun pulang tapi yang paling tak tahan, si Land Valuer telah datang dengan Mercedez Sport dua pintu dan memang What the Helicopter je aku rasa!





Radford Grove Lane, Nottingham

***

February 16, 2011

Itulah Aku Dah Cakap!



OK aku mengaku. Malam tadi aku tak boleh nak tidur. Entah kenapa! Rasa macam sejuk so pasang heater full blast. Pastu tercekik sebab terlalu kering. Still tak nak matikan heater tu sebab sejuk. Sampai ke pagi, tekak kering walaupun dah letak air satu mangkuk kat tepi heater tu. Pokoknya, aku kena keluar hari ni ikut si Aliaa sebab dia nak shopping barang. Apa kena budak ni nak shopping je. Kat Malaysia tak leh shopping ke! Aku ni bukan tak suka shopping, aku cuma tak suka nak keluar pakai jaket tebal dan nampak terlalu belon. Cuaca pulak sejuk2 tak manja langsung. Sure hidung aku tersumbat lagi. By the way, selsema dari minggu lepas masih lagi aku tanggung. Dah nak masuk minggu kedua ni. Setiap malam telan actifed plus cough syrup. Memang boleh buat aku pengsan tu, John! So malam tadi , walaupun seketika aku dapat tidur, sempat juga aku bermimpi, kami empat beranak melarikan diri dari satu kawasan yang ramai orang. Siap naik gunung turun gunung lagi. Akhirnya, semua jalan dah diturap! What the Hull!










Radford Grove Lane, Nottingham.

***

February 14, 2011

Aku Gumbira Hari Ini!



Syukur Alhamdullillah! Seorang lagi student PhD aku telah lulus viva pagi tadi waktu Malaysia. So bangun je dari tidur di sini, aku baca email which dia bagi tau yang dah pun lepas viva with just minor correction. Sure siap  correction dalam masa seminggu je tu pun. Tahniah to my student yang sangatlah gigih dan cekap ini. Aku bangga betul ni! Bergelar DR juga akhirnya student aku tu.



Tahniah sekali lagi DR. Nanti aku reveal nama dia setelah dia submit correction tu. Tahun ni memang sah kena tempah baju. Aku yang pakai baju baru hokey! Dah dua student akan naik pentas tahun ni. Tahun lepas aku tak boleh hadir convo student aku yang lain sebab aku di Ireland masa tu. So tahun ni sudah pasti aku hingin pergi.


Ada satu lagi student PhD dan dua Masters sedang tunggu untuk viva tahun ni! InsyaAllah, viva tahun ni jugak kot!


Yahhhh, aku gumbira dan bersyukur sangat-sangat!





Radford Grove Lane, Nottingham yang tersengih hingga ke telinga!

***

February 12, 2011

Polite Reminder to Me!


Sila siapkan questionnaire dengan kadar segera kerana nak kena pilotkan sebanyak tiga kali justeru hantar ke Ireland!





Radford Grove Lane, Nottingham.

***

Mesej dari Muhammad Lagi

Aku hantar inbox ke Muhammad di facebook. Dia balas.


result tak keluar lagi
class start minggu depan
mamat makin kurus
mamat makin hensem
mamat makin comel
jonah sihat
mamat je jaga jonah elok-elok
sebagai penggantian
canon 50d 



Sila jaga Jonah dengan ikhlas! (Aku ingat nak hantar dia gambar Cannon 50D je)




Radford Grove Lane, Nottingham.

***

February 11, 2011

Sangatlah Dilema



Aku sedang dalam dilema, samada perlu untuk hantar kotak ke Malaysia atau buangkan saja semua barang yang ada ini! Banyak tu!




Radford Grove Lane, Nottingham.

***

Seketika Ini!


Kononnya semalam aku dan si Aliaa keluar ke city sekejap dengan harapan boleh jalan-jalan sambil menikmati keadaan yang ada itu. Aku berdiri seketika di tengah-tengah city sambil bayangkan, inikah tempat yang aku datang dulu dan inikah tempat yang aku datang kembali dan akan tinggalkan tempat ini tak lama lagi dan sudah pasti tidak mahu datang kembali! Perasaan apakah yang tergambar dalam diri aku yang aku sememang tidak berminat untuk berada di dalam kapal terbang yang sempit dan perjalanan yang lama amat untuk ke sini justeru membuatkan aku rasa seperti bosan dan rimas akan semua keadaan yang ada di dalam keadaan di kapal terbang yang sempit itu. Seketika berdiri itu, aku bayangkan jua, inilah tempat di mana aku suka sangat satu ketika dulu dan kini tidak sama sekali walaupun dalam hati aku masih memberontak yang aku amat rindu bila berada di Malaysia akan tempat ini dan mengenangkan semua tempat yang aku pernah berdiri seketika itu.




Aku banyak belajar dari seketika ini!





Radford Grove Lane, Nottingham.

***

February 10, 2011

Aku pun Dapat Royalti Juga!


Oleh kerana satu nama bekas pelajar aku telah aku letakkan sebagai salah satu penulis kertas kerja aku yang akan diterbitkan di dalam buku DBP, maka pelajar tersebut akan diberi juga royalti. Juga, oleh kerana rakan pejabat aku yang sangat cepat dan tangkas, dia telah terjumpa nombor telefon untuk memaklumkan pelajar tersebut mengenal hal itu. Aku memang tak boleh nak track dia lagi sebab sejak 2006 lagi tu.  Lagi pun aku di sini ye. (Alasan!) Mana aku simpan nombor phone pelajar tu lagi. Syukurlah dapat jumpa, kalau tidak susah nak bagi royalti kat dia (macam artis dalam royalti ok). Kepada rakan aku tu, thank you my friend!






Radford Grove Lane, Nottingham.

***

Sombul dari Aliaa


Semalam Aliaa hadiahkan aku satu beg sekolah NIKE dan lima kuntum tulip. Aliaa tahu aku pergi kerja pakai beg sekolah.  Beg pack sebagai ganti handbag sebab aku memang tak pakai handbag. Aku suka sangat tulip. Aku boleh berangan kalau dapat tulips. Cantik sangat. Since tak ada pasu bunga, aku potong botol OASIS dan jadikan pasu yang sangat unik!

Thanks Aliaa for the tulips. I love it!


As for the bag, nanti aku upload gambar. Aku suka dapat bag sekolah! Yay.



Thanks again! Love you loads!





Radford Grove Lane, Nottingham.


****

Actifed punya Angkara!

Malam tadi punyalah tak boleh nak lelapkan mata. Rasa macam cuaca sejuk sangat sedangkan bila pagi bukan frosty pun. Mungkin fikiran aku mainkan aku. So malam tadi pasang heater full blast hingga ke pagi. Still tak boleh nak lelapkan mata. Ni semua gara-gara telan actifed dua tiga hari lepas sebab selsema dan bahananya tak boleh nak lelap jika tak telan actifed lagi. Ceh. Actifed ni memang tak membantu pun.





Radford Grove Lane, Nottingham.

***

Alim and his Indoor PE



Alim sudah habis outdoor PE untuk term ni. Aku lega. Kali ni indoor PE main ping pong. Aku lagi lega. Sebab ada juga anak aku yang pandai main ping pong selain Aiman Mustaqim (anak aku nombor 2). Aku ni kan eksen. Masa sekolah, aku wakil negeri untuk ping pong. Memang aku sangatlah terror. kehkeh. Abah beli meja ping pong masa kami kecil. So aktiviti kami adik beradik cuma main ping pong selain main konda kondi dan main perang-perang yang sampai sorang budak mati tertusuk besi. Aku ada cerita pasal budak mati main perang tu dalam post sebelum ni. Dah lama so abaikan! Oleh kerana hari-hari main ping pong, aku sangatlah mahir. Itu je yang aku pandai sebab hal sekolah memang aku sangat malas. Aku suka menonton TV hingga larut malam. Dari cerita combat hinggalah ke Hawaii Five O. Hmm, sampai kini aku suka menonton nampaknya. Tapi bab sokan dah tak boleh dah sebab tak larat. Sekali sekali main ping pong kat fakulti memanglah menang. Itu pun, lepas main ping pong, mengah tak terkira. OK, cerita bosan ni!



Nak buat oats for breakfast!





Radford Grove Lane, Nottingham.

***

February 8, 2011

Buang kerja



Aku terbaca satu artikel di akhbar tempatan di sini, mulai sekarang hingga dua tahun lagi, sebilangan 10k polis akan diberhentikan kerja. Sebab kerajaan britain tak ada duit untuk bayar gaji mereka. So, kepada polis yang rasa2nya malas dan suka ambil cuti, lebih baik cari kerja lain mulai sekarang. Itu baru polis, belum lagi jawatan lain. Nampak sangat di UK ni makin teruk. Aku memang terasa sebab rata2 memang susah nak nampak orang bangsa lain bekerja dengan kerajaan. Masa aku kerja dengan gomen di sini dulu, tidaklah sukar sangat. Malah dialu2kan masa aku memohon kerja. Gaji yang diberi memang sangatlah lumayan. Pihak imigresen sini pulak dah stopkan permohonan visa lepasan ijazah untuk pelajar antarabangsa untuk mencari pengalaman bekerja. Huh, hambek kau! Memang dah hampir papa kedana UK ni. Ireland dah memang papa kedana dah so berjangkit ke UK pulak ni. So bagi rakyat Malaysia di UK ni, silalah pulang ke pangkuan keluarga dan bekerja di tanah air sendiri. Jangan nak banyak songeh pulak. Balik sekang!





Radford Grove Lane, Nottingham yang akan pulang ke Malaysia tak lama lagi (lama lagi tuh! arghhh)

***

February 7, 2011

Well?



Sejak minggu lepas.


kung kung kung

atchoo atchoo atchoo


Memang akan berlarutan hingga sebulan! Arghhhhh!




Radford Grove Lane, Nottingham.

***

February 6, 2011

Supposedly Winter


Sememangnya supposedly bulan februari ni, masih lagi winter. Tapi dah dua tiga hari di luar, hangen sangatlah kuat. Daun dah memang tak ada yang nak gugur pun sebab tak sempat nak tumbuh lagi sebab spring pun belum tiba. Kalau setakat sidai kain, memang boleh kering dek hangen tu. Tapi hangen sejuk tu! Aku rasalah, oleh kerana autumn tahun lepas cuma sebulan je dan terus masuk winter sebab dah mula snow awal, jadi, autumn datang kembali. Sisa-sisa autumn! Walau apa pun, cuaca tetap best!



Selsema dan batuk teruk ni!





Radford Grove Lane, Nottingham.

***

February 5, 2011

Lagi Ronggeng Venice, Italy



Maaflah, banyak sangat post untuk ronggeng Venice ni. Actually nak letak gambar je tapi oleh kerana aku ni cukup letih nak click dan pilih gambar, aku telah suruh si Aliaa upload semua gambar dan aku cuma link saja (Jumlah semua gambar yang diambil di Venice ialah 1200 ++ keping dengan tiga kamera). Tapi aku nak buat sinopsis trip ni.


Apa yang bagus di Venice?
1. Venice cantik. Bangunan lama yang dijaga.
2. Makanan Italy yang sangat sedap. Aku suka Risotto.
3. Canal yang dijaga. Air yang bersih di sekeliling Venice.
4. Activity seperti Gondole/Gondala serta Water Taxi agak unik.
5. Tukang kayuh Gondole/Gondala sangat tampan.
6. Ada 117 pulau kecil di Venice. Memang unik habis.



Apa yang TAK bagus di Venice?
1. Orang Venice sombong (macam haram je)
2. Banyak tahi hanjeng dan kencing hanjeng merata jalan
3. Banyak sangat jambatan dan of course tangga so aku letih (jambatan untuk gondola serta boat lalu)
4. Hotel yang jauh (hotel kami pun ada tiga bangunan yang berlainan)
5. Orang Venice aka Italy tak suka senyum
6. Souvenir sangat mahal


Realiti
1. Kedai souvenir jual topeng teater terdiri dari orang India (90% dari kedai souvenir ni)
2. Kedai handbag leather empunya orang Cina (semua kedai leather mempunyai satu tokey)
3. Kena jalan banyak di Venice. Tiada kenderaan lain selain boat.
4. Pengayuh gondola memang pakai baju belang putih merah, putih hitam, putih biru (janji belang).
5. Orang Venice tak mahu langsung berbahasa Inggeris.
6. SALE adalah SALDI dalam bahasa Italy.
7. Satu hari boleh cover satu Venice so tak perlu holiday lama-lama
8. Orang tua perempuan Italy masih suka pakai jaket panjang yang berbulu (sangat ol school)


Kesimpulan
1. Jika aku diberi percuma untuk ke Venice atau dihadiahkan atau aku menang cabutan bertuah dan dapat pergi ke Venice atau aku diberi sejuta ringgit, aku TIDAK MAHU PERGI KE VENICE LAGI! 






Araso!




Lagi banyak gambar di Venice, Italy  blog Aliaa









Venice Italy

****

February 4, 2011

Ronggeng Venice Italy - Hotel


Malam pertama, kami diberi dua bilik yang berhadapan antara satu sama lain. Rasanya minta satu family room tapi macam tak ada je. Memang dari luar, bangunan macam buruk giler, tapi di dalam cantik pulak! Toilet memang cantik and first class. Bilik ni terletak di tingkat 1. Mujur.

bilik Aliaa dan Widad

Memang besar jugaklah
 
Bilik aku dan Alim

Italian chair. Memang diminati oleh orang Melayu

Bilik aku besar sikit. Di satu sudut bilik

Of course toilet cantik. With bidae tu!

Dah kata Melayu, so banjirlah kejap bilik air tu!

Banjir sebab air dari shower terkeluar. Apa ganas sangat ni!
 
Siling yang sangat cantik. Kayu italy tu!


Malam kedua, kami diberitahu untuk pindah ke bilik lain dan of courselah di bangunan lain pulak. Hotel ni ada tiga bangunan yang jauh jugak antara satu sama lain. So, hotel bagi satu family room yang berupa ala-ala suite. Lantak kaulah, janji harga jangan naik sudah. So ada satu double bed dan dua single bed. Boleh berlari dalam tu. Boleh main gasing pangkah lagi! Bilik ni terletak di tingkat 3. Memang patah kaki aku bila sampai ke atas.


Sofa di pintu masuk. Tempat jacket dan beg kami

Dua single bed for Aliaa dan Widad

Katil aku dan Alim. Macam letak dua single bed jadi satu je! Tapi tilam memang satu!

Kalau rasa nak tidur dalam almari tinggi tu pun boleh juga!
 
Lantai granite ok. So sejuk cam ais. Nasib baik ada carpet. Dinding pula dari kain broket dan ada span dalamnya. Bukan wall paper!

Boleh tengok dari tingkap, orang Venice suka berjalan

Toilet yang besar dan sangatlah classy


Pintu kena double sebab sejuk. Heater sentiasa on. Walaupun heater on tapi bilik yang besar tu mengambil masa dua hari baru panas sikit. Mentara tu beku ye!

Are we going out, Mum?

Memang hotel ni with breakfast tapi breakfast terletak di bangunan lain. Kena naik hingga tingkat 4 setiap pagi. Memang boleh pengsan. Nasib baik hari akhir, breakfast di luar bilik ni je sebab kawasan di luar tu besar dan luas. Rooms all fully booked tu!


Dua pagi kena breakfast di bangunan lain tingkat 4. Lutut aku pun dah menggeletar

Simple betul breakfast. Croissant and small baps and also jam pies!

One hot chocolate please!

 
Croissant ada perisa vanilla, Aku tak suka.

Macam aku faham baca magazine tu! 




Ada internet free tapi pc ada satu je. Malas nak berebut dengan orang lain yang tak tahu bahasa Inggeris. Orang Italy memang tak suka cakap bahasa Inggeris. So let us speak Minang here!






Ca Farmosa and Ca Maliepiero, Venice Italy

***

Ronggeng Venice Italy-Day 1


Aku dah book tiket ke Venice ni dari tahun lepas lagi. Kononya aku nak naik gondala dan nak tengok jugak tempat yang semua orang suka pergi. So, Widad dan Alim ponteng sekolah. Aliaa memang ponteng sejak lama dah. Aku? Aku kena pergi sebab bila lagi nak pergi. Apa punya alasan ni! Mula-mula ingat nak cancel je trip ke Venice ni sebab Alim ada ear infection. Setelah minta pendapat doktor UK dan doktor di Ireland, kami pergi juga. Yang pasti doktor UK memang galakkan pergi holiday. Memang orang UK ni pentingkan holiday sebab bagi mereka, balik nanti boleh fresh sikit hidup. Yerait!


Sakit telinga pun dia still nak ikut jugak. Bus to East Midland Airport


Tempat duduk banyak kosong so mereka ni buat macam bas sendiri

45 minit je perjalanan ke EMA (east midland airport)

Terus check in

Kenapa si Aliaa tu gamaknya!
 
EMA ada prayer room hokey!

Wait seminit. Alim needs to wee!

Of course jacket potato for all of us before the flight!

Makan di sini tapi memanglah mahal sebab makanan di airport

Beli makanan je, minuman beli di Boots!

Isi minyak dulu okay!

Sementara tunggu, PSP jom!

10 years bonding time ke!

Masa ni telinga Alim dah tak sakit sangat tapi still berbungkus!

Sakit pun kena posing jugak!

Aliaa tersorok di belakang Widad. Widad, move!

Payah nak dapat shot ni! Whats with you, honey!

Korang hingat ada rupa Hyun bin dan Sam soon ke!

Di celah-celah kerusi dalam plane!

Hujan kah!

Banyak tempat kosong ni. Boleh tidur baring lagi!

Bermulalah kena berbahasa berbelit ni!

Yang orang di hadapan tu kenapa nak tumpang sekaki lak tu!

Sudah sampai di Italy!

Phone bukan boleh nak guna pun di sini!
 
Naik bas lagi hingga ke Venice. Penatlah naik bas jek!
 
Aliaa woii, turun je dari bas tu, tak yah nak posing di tangga!

Jika ada apa-apa yang berlaku, ni nombor bas dari Treviso ke Venice

Aku ke tu?

The first tangga kami lalui di Venice.


Sementara cari hotel, pekena pizza halal dulu. Ada makanan halal kat sini weh!

Oleh kerana jauh sangat berjalan ke hotel tu, pizza jadi kerepek tebal!

Sampai hotel, boleh ke, dia gantung je memo ni di pintu hotel. Orangnya ke mana?

Sementara menunggu Aliaa ambil kunci, aku dan Alim bersabar tenung pintu. Inilah baru betul, 'talk to the door'.

Gelap gelita malam tu. Sejuk tak terkira!






Baru Day 1, kaki aku dah lenguh berjalan. Rupa-rupanya jauh betul hotel dari tempat kami turun dari bas. Dahlah sesat barat. Nasib baik si Aliaa ni rajin bertanya. Tapi di Venice ni, rajin bertanya lagi sesat jalan. Semua orang yang kami tanya, tunjuk arah jalan yang salah. Rupa-rupanya orang Italy ramai yang tak tahu berbahasa Inggeris. Aku cakap Minang kang baru tau!




Ca Farmosa, Venice Italy


****