November 8, 2011

Raya Haji Kelmarin



Aku masak sambal tumis udang petai dan kailan ikan masin. Ha'ah. Macam lauk makan tengahari hari biasa je. Aku tak masak rendang kerana ayam dah habis di giant dan tesco. Memang alasan. 




Pagi tu aku ke giant dan memang banyak ayam tapi aku tak beli pun. Malam tu, keluar dengan Along untuk dinner di sushi king (malam sebelum raya), aku sempat ke giant jugak dan of course ayam tak ada langsung. 




Tapi itu bukan alasan baik pun untuk tidak masak rendang ayam tapi actually ayam ada banyak dalam freezer aku niha. Saja tak nak masak rendang sebab aku fikir tak ada siapa yang nak makan. Buat membazir je kalau masak (actually malas!).





So the whole day makan lauk biasa. Miza dan Lana raya di rumah. Lana selsema so dia tak selesa untuk tidur mahupun bermain. Kesian budak tecit tuha!




Hidung tersumbat aje. 




Silalah hantar Lana ke rumah baby sitter lama dia tu. Lagi bagus. Tak kisahlah jauh pun. Tapi kesihatan anak terjaga. Taklah selalu demam or selsema berbanding dengan hantar di nursery yang all the time demam or selsema.




Hishhh.




***