.
.
Salah satu keburukan bawak anak ikut kita keluar negara dan belajar di sekolah di luar negara ialah anak kita tak pandai bahasa Melayu. Eh silap. Anak aku je. Anak aku je yang tak pandai bahasa Melayu. Muhammad dan Widad yang menjadi guinea pig untuk experiment ni. Yakni, dia orang tak boleh faham bahasa Melayu ni. Kononnya pandai omputih, tapi tak pandai mana pun. Yang jelas, bahasa Melayu terlungkup.
Baru2 ni, Muhammad ambil Julai paper for bahasa Malaysia. Ya, entah kali ke berapa dia ambil paper ni.
Bila ditanya pasal exam baru2 ni. Dia cuma jawab ada satu soalan tentang peribahasa atau perumpamaan. Dia tak tahu nak jawab tapi dia tulis juga jawapannya.
'Bagaikan jalan tepi divider'.
***