June 27, 2013

Kau Ambil Makanan Aku!

.
.
.

Pernah tak, kau sanggup pergi ke meja makan orang yang baru beredar dari restoran, sambil menggunakan sudu restoran, kau ambil lebihan nasi yang tertinggal di atas pinggan dan memasukkan ke dalam bekas yang dibawa (bekas cole slaw KFC yang besar tapi sudah kosong dan dibersihkan). Justeru mengambil saki baki ayam sisa makanan orang itu. Memegang gelas air berwarna merah di meja itu sambil berfikir di manakah harus dimasukkan air ini. Sejurus terfikir yang tiada bekas, lalu diletakkan semula gelas air berwarna merah ke atas meja. 


Ada orang di meja sebelah terkejut dengan tindakan itu lalu mengintai mengapakah tindakan demikian dilakukan. Setelah selesai, kau beredar sambil memandang2 di sekeliling berkemungkinan berfikir ke mana arah hendak di tuju. Dengan berbekalkan seluar pendek dan selipar jepun usang, kau beredar berlalu pergi dengan harapan tiada orang melihat gelagat kau.


Orang yang di meja sebelah tadi terkedu dan hampir menitiskan air mata lantas melihat gelagat kau, sambil mengomel sendirian mengatakan kau bukan rupa orang Malaysia pun. Wajah seperti Cina tetapi bentuk dan rupa bukan orang Cina Malaysia atau orang Melayu Malaysia.


Baiklah. Aku yang 'orang di meja sebelah itu' bersama dengan Along.

Kau itu ialah seorang lelaki berseluar pendek hingga ke lutut. Memakai baju tshirt usang serta selipar jepun yang usang juga. Dia datang  membawa satu beg plastik yang mengandungi bekas kosong dari KFC (nampak seperti sudah basuh berkali2 kerana warna logo di luar bekas sudah pudar). 


Aku: Tentu lepas ni dia pergi ke bawah jambatan untuk berikan makanan tu pada anak dia.

Along: Entah2, dia tak pernah dapat makanan gitu. Tapi taklah sampai meminta sedekah.

Aku: Tak salah pun perbuatan dia tu. Mungkin dia tahu dia tak mampu dan anak di rumah inginkan makanan yang mahal serupa itu.

Along: Menung.

Aku: Jom balik.









***