.
.
Abang aku yang tua setahun dari aku akan kawinkan anak dia lepas raya ni nanti. Anak dia berumur 21 tahun. Dia akan dapat menantu dari Kelantan. Anak dia ni belajar di universiti di Kelantan dan jatuh cinta dengan Kelantan. Dah habis belajar dah pun. Oii, saper tak jatuh cinta dengan Kelantan kan. Makan best kot! Pastu orang Kelantan comel dan handsome belaka. Phewitt.
So, aku dan Along akan ke Kelantan untuk rombongan dari pihak abang aku. Abang aku dan Kakak ipar aku sponsor untuk lebih kurang 30 orang punya flight ke Kelantan. Mak ai. Memang satu kapalterbang kami je dalam tu. Rombongan Cik Kiah tu.
Ini pertama kali abang aku akan terima menantu. Ada lagi 5 orang yang belum kawin tu. Aku? Aku ada 4 orang belum kawin. Aku dah cakap kat anak2 aku yang belum kawin. Kalau nak kawin, kita plan yang paling sederhana. Buat di UPM jekan!
***