November 26, 2012

Pokok Sebaris

.
.
.
Aku terbaca satu tulisan ni.
Tapi tak ingat kat mana.
So credit to orang yang menulis ni.

Orang Malaysia ni citer.
Dia dalam perjalanan ke utara.
Naik keretapi.
Duduk di kerusi yang mengadap.
Ada ke kerusi gitu ek?

Anyways.
Depan orang Malaysia ni.
Sorang lelaki Amarika dan sorang lelaki Cuba.
Sebelah dia lelaki dari Bangladesh.

Sedang mereka berbual rancak.
Lelaki Amarika ni pun ambil duit satu dolar dan bakar.
Dia keluarkan pula rokok sebatang dan nyalakan rokok tu.
Orang Malaysia kedu.
Orang Cuba tanya.
Kenapa bakar duit.
Orang Amerika cakap.
Dia ada banyak lagi duit tu di negara dia.

Lelaki Cuba pun tak mahu kalah.
Dia pun keluarkan curut dari Cuba.
Curut ni agak mahal di Malaysia.
Dan terkenal di seluruh dunia.
Dia pun nyalakan curut tu.
Sedut sekali dan dia terus buang.
Seperti biasa.
Orang Malaysia terbeliak bijik mata.
Mahal tu kot.
Sebatang mahu nak dekat 300 hengget.

Orang Amarika tanya.
Kenapa buang curut mahal.
Orang Cuba kata, dia ada banyak lagi curut di negara dia.
Dalam hati orang Malaysia.
Nak berlagak kayalah tu.

Orang Bangladesh jadi resah.
Mesti semua orang tunggu cerita dari dia.
Dengan secepat kilat.
Orang Malaysia angkat orang bangladesh tu dan buang dia ke luar tingkap.
Orang Amarika dan Cuba menjerit.
Mereka pun tanya sambil berdiri.
Kenapa buang lelaki Bangladesh tu.

Orang Malaysia jawab.
Di Malaysia, banyak lagi orang Bangladesh lain.









***