.
.
.
Biasanya aku tak mahu nak update kalau weekend. Tak ada motif kenapa tak mahu update. Tapi hari ni nak juga tulis sikit.
Aku rasalah, kalau tak tinggal di Malaysia, semua makanan sedap rasanya. Maksud aku, kalau nak makan choki tu sangatlah sedap. Kalau nak kunyah biskut mayat hup seng tu, punyalah lemak. Kalau kat Malaysia, semua ni memang tak akan aku pandang. Malah kayepsi pun aku tak suka nak makan kalau di Malaysia. Ni tengah terbayang kayepsi letak atas meja dan tunggu untuk makan. Kan ke meleleh air liur.
Memang aku ni mengada gamaknya. Baru 9 hari pulang ke Korea semula, aku dah tak lalu nak makan. Semua makanan kat sini of course tak sedap dek aku. Masa nilah rindu masakan Along. Sebut je, sudah gerenti ready atas meja. Fuhh, nikmat balik Malaysia ritu.
Semalam Diana bagi semangkuk bubur pisang. Bila aku amati, aku nampak pulut sekali dalam tu. Maknanya pengat pisang campur pulut. Wah, ni perkara baru bagi aku. Biasanya kuah durian dengan pulut. Apapun. Lantak. Sudahku makan yar. By the way, Diana ialah lecturer dari Indonesia. Jiran aku.
Since aku memang mintak tak mahu kerja hari jumaat, maka weekend aku sangatlah panjang. Kalau Diana sebelah tak call aku, sah-sah aku bisu selama 3 hari tu jugak. Kecuali kepala otak aku bergaduh sendiri antara satu sama lain.
Minggu akan datang ni aku nak ikut rombongan Cik Kiah ke sekitar Seoul. Actually rombongan ni bawak delegates conference. Aku tumpang. Eh, silap. Aku kena pergi sebab aku ahli jawatan kuasa. Aku kena ikut rombongan tu. Ikut je. Kalau tak larat, aku duduk kat tepi longkang mana-mana patut. Tapi yang bestnya, tak perlu nak underground or naik tangga turun tangga.
Namsan tower here I come.
Aku nak makan cokelat yang ada dalam almari ni. Ada artikel mengatakan kalau makan cokelat boleh elakkan dari stroke. Entah ye, entah tidak. Pokoknya, cokelat sedap gilos kot.
Aku nak baca blog kawan aku, makgkitchen.blogspot.com tapi setiap kali aku bukak, terus keluar tanda warning virus. Dia pandai masak so banyak gambar makanan yang boleh buatkan aku sendawa hangen. Mengapa ye kawan aku di Malaya ni! Jangan ternak virus ye.
Korea
***