September 6, 2012

Gambar di Sekitar Uni Aku di Korea

.
.
.
Letih nak tengok gambar ni.

.

mentara tunggu bas nak ke opis

aku sorang je bawak payung di kala tak hujan. panas wehh

bila autumn aka musim luruh nanti, sure cantik hujan belantara ni

bas nilah aku naik nanti. so far tak ramai orang kat seberang tu. nanti bas ni pusing

dah pun sampai sekolah. tangga ni baru siap ritu. untuk persiapan winter sebab nak naik fakulti ni macam mendaki gunung. so licin. tapi aku of course tak naik tangga ni. rela aku naik bukit je. tak penat

ni jelah pokok magnolia kat sebelah fakulti aku. berbunga masa spring ritu. seminggu dua je bunga pun

ko pilih nak tengok rancangan tv mana. somalia? tanzania?

kaunter fotostat bahan kalau banyak. kalau tak print je kat printer dia orang ni

tingkat yang sama ada kawasan english zone, semua yang ada blind ni english zone. makna boleh main perang-perang dalam ni. hahahahha. ok tak kelakar

tangga nak naik opis aku. eleh, baru tiga tangga.

kena naik lagi 10 tangga gini untuk ke kelas aku. baru kejung lutut, tangga ni lebar yar. macam dalam drama tulah

cari kopi atau juice or energy drink

water cooler. preeeee
kena minum dalam kertas niha

bukak kertas dan tahan air. pastu buang. kalau haus lagi, letak mulut kat paip tu dan tekan

hutan belakang opis aku. memang hutan dan belakang tu gunung

pepagi buta memang tak ada studentkan. aman hidup

opis yang sepi.

ada orang tertinggal pen drive. kat sini tinggalkan handbag ke, phone ke, memang tak hilang punyalah

aku ingat brand samsung tapi brand OKI

tersnap pulak gambar student aku

bila aku turun bukit nak balik tadi, bas dah tunggu tapi saper lak nak naik. ramai kot.

since isnin ritu hujan sehari suntuk, air dari atas gunung memang banyak jernih betul


ada satu kelas aku kat bangunan putih tu

kalau rasa nak air ni, silalah terjun

taklah dalam tapi bolehlah nak berkubang

seronok dengar bunyi air tu

ni jalan ke fakulti tapi ikut jalan hutan. aku tak nak sebab ada tangga banyak kot

jauh lagi nak sampai rumah

banyak gak air gunung ni. biasanya tak banyak air kalau tak hujan. memanglah weh

ni tangga kat bangunan putih tu. so tiap hari selasa aku kena turun tanggan ni. ni baru sikit. hala ke kanan tu ada lagi banyak tu tangga. haru biru kot



ni student yang balik dengan aku. cepat betul dia orang jalan.

lom, belum sampai lagi ni. sayup-sayup nun rumah aku. eh, sayup lagi tu sampai tak nampak. kat belakang aku dah memang sayup fakulti tu

banner

banner yang ke entah ke berapa. beratus kot banner dan banting. tapi masa taifun bouleven ritu, semua banner dan banting dan ditanggal dek hangen kot

bunga ni je yang tinggal

tapi dah hampir nak mati. entah nama apa aku pun tak tahu. tapi bila dekat, wangi je bau bunga tu. eh, entah2 bukan bunga tu yang wangi

belum, belum sampai lagi

ni short cut jalan hutan. dia orang dah letak kayu ni supaya tak licin bila hujan ritu

bila dah sampai sini, air dah tak ada. sebab semua air dari gunung yang banyak tu dah masuk dalam tasik. eh lupa nak ambik gambar tasik

ni dari dalam hutan. bangunan atas tu samsung punya. samsung buat bangunan untuk staf dia belajar semua bahasa dunia. ceh



Dah, penat nak tulis.

Penat lagi orang nak tengok gambar nikan.









HUFS, Korea

***