September 5, 2012

Hujan Sehari Suntuk di Yongin

.
.
.
Actually nak citer. Semalam, hujan lebat dari pagi hingga ke malam. Siap petir dan kilat lagi. Aku memang dah bawak payung. Habis kelas at 5pm, masih hujan lagi. Aku jalan kaki balik. Senin ritu, tumpang Prof Kim sekerat jalan so tak rasa penat sangat bila sampai rumah.


Semalam memang tak ada orang nak tumpangkan. Aku pun jalan kaki. Baru beberapa langkah, rasa macam menyesal tak beli kereta. Penat betul. Sampai tercungap-cungap. Turun bukit je pun dari fakulti ke apartment. Tapi aku rasa akibat dari aku control perjalanan sebab takut lutut aku snap, maka aku jalan macam itik. 


Satu lagi cara aku jalan semalam, aku pandang bawah je. Kalau pandang ke depan, dah sure nampak jauh lagi. Arghhhh. Lebih dari satu kilometer kot. Aku tak pernah nak jalan jauh gini. No way. Oh tidakkk. Aku terlalu miskin di Korea ni. Kenapa left hand drive di Korea ni??? Jawab sekang. Kalau tak, dah sure aku beli lori satu.


Sampai rumah, aku terus terduduk dan cuba hilangkan penat. 45 minit kot untuk hilangkan penat dan lenguh kaki. Kaki tak boleh gerak for that 45 minutes. Hishhh, orang tua berkedut dan muka tua ni, kenapalah jadi begini (sila haru). Dah elok-elok boleh bawak keter di Malaya, now dah kena jalan kaki balik. Kenapa tak naik bas? Well, kalau naik bas, bas akan berhenti di bawah bukit which yang jauh gilos ke apartment. Lagi tinggi bukit aku kena daki so aku haruslah tabah. 


Yo, tabah!!!


Sehari dua je kaki dan badan aku sakit akibat dari berjalan ni. Dah tak pernah exercise sebelum nikan. Tulah pasal kau sakit dan letih, jah hoiii! Oit, saper jah? Kau jangan panggil aku jah. Aku bukan jah. Bukan kau, jah ke? Oii, jangan bergaduh sorang diri. 







Mohyeon, Korea

***