February 14, 2012

Voucher Buku RM200



Aku ada 4 orang anak masuk uni.
Dapat voucher buku.
Sorang RM200.
Aku bawa ke MPH Alamanda.
Aku bawa ke Popular Nilai.
Cari buku.
Buku banyak.
Tapi semua buku bukan bidang mereka.

Banyak buku habis.
Novel memang banyaklah.
Tapi anak aku bukan pelajar sastera.

Rak pun kosong. 
Voucher kena guna hingga March.

Nak tak nak, beli stationery.
Popular kaya.
MPH kaya.
Semua kedai buku kaya.
Dengan hanya jual stationery.


Kalau semua anak jumlah voucher RM800.
Dengan jumlah RM800 tu pulak, boleh beli macam-macam.
Kalau aku guna voucher RM800 beli buku aku, dapatlah 2 buah.
Kalau Along guna voucher RM800 beli buku, dapatlah 1 buah.
Kalau Maisarah guna voucher RM800, dapatlah 4 buku.



Kalau Muhammad guna voucher RM200, dapatlah 10 batang pen, 1 pemadam, 2 pembaris, 1 kotak pensel, 1 CD lagu Melayu, 3 note pad, 1 botol mineral. Itupun ada lebih. Macamlah aku tak boleh nak belikan untuk diakan.
Kalau Widad guna voucher RM200, dapatlah buku Alim sebab buku dia tak ada dan dia tak nak beli stationery. So dia sedekah kat Alim.


Memang tak pandai belanja secara berhemah.
Kedai buku pun dah kehabisan buku lantas menjual all those craps.
DVD dan CD pun boleh guna voucher. 
Pehal. 


Akhirnya mana buku?
Aku tak mahu novel.
Aku tak mahu majalah motor.
Aku nak tengok anak aku beli buku.
Tapi tak ada buku.
Mereka guna voucher buku masa aku tak ada.
Macamana nak pantau?



Silap haribulan, kedai buku yang kaya bukan kerana jual buku tapi jual entah apa.



Marahlah aku ni, sebab tu aku kena ke Kinokuniya. Satu buku nak dekat RM1k. Entah buku apa.



***