1. Budak ni memang suka UiTM tapi lepas tu aku terfikir, dia suka belajar atau suka duduk bilik di college atau suka lecturer atau suka budak dalam kelas dia tu??
2. Budak ni masih tak boleh nak bawa kereta ke UiTM. Ini adalah kerana minggu lepas aku bagi dia bawa bersama Jonah, dan of course aku asyik tekan brake je dan budak lelaki di UiTM bawa motor macam lipas baru kena picit ekor. So camner nak bagi kereta sebijon ni? Jalanlah awak kat dalam UiTM tu hingga setahun lagi. Padan muka.
3. Budak ni sejak dulu bukan main hantu dengan apa saja yang berbunyi Korea. Tapi lately, dia langsung dah berpaling arah kepada main bubble dan angry bird. Eh, itu aku. Dia suka entah apa, aku pun tak tahu. Kalau dulu, terkinja-kinja bila sebut nama korean boy band and now macam dah tak ada perasan. Kau kenapa?
4. Budak ni dah suruh baca buku yang aku bekalkan beberapa minggu lepas. Buku Cecelia Ahern dan One Day. Boleh ke dia pulang balik buku One Day tu. Cit. Baru beli kot. Tapi dia kata yang cecelia ahern dia akan habiskan. Tapi dah berminggu kot, John! Kau baca dua baris sehari ke?
5. Budak ni dulu, kalau aku cakap aku nak keluar negara atau outstation dalam negara ke, dialah yang paling terkincit. Terus nak ikut. Tak kiralah nak ponteng sekolah ke. Tapi lately, aku sebut nak keluar negara pun dia tak teruja. Tambah ke negara yang dia belum pergi. Langsung dia tak minat. Kau nak kawin dengan UiTM ke?
6. Budak ni dah dewasakah? Tapi masih 17 lagi. Bagaimana yar?
Ni namanya Dibba. Kat Ireland dan UK naik 10kg. Now dah turun 12kg. Well done! |
Ada UiTM ke kat sana, Ibu? |
***