February 29, 2012

Setibanya Aku Di Korea

Aku tiba di Korea pada hari Ahad lepas.
Profesor Kim jemput di Incheon airport.
Sampai di Yonggi, terus ke apartment.
Apartment baru.
Semuanya baru.
Lengkap dari pinggan ke TV flat screen.
Untuk aku tengok drama Korea dan tengok K-pop.
Ada SBS dan KBS dan segala mak nenek.

Sebelum tu Prof Kim bawa aku dan dua student assistant ke restoran Korea.
Makan vegetarian.
Restoran ala ala Korea yang duduk atas lantai.
Terus rasa macam drama Korea.
Terus nak panggil "Ahjumma, soju soyo!".
Oit, mana boleh minum soju! Erk.

Balik terus ke apartment.
Ajak student assistant ke kedai.
Nak beli groceries sikit.
Mentara mereka ada untuk tolong angkatkan.
Beli beras dan segala.

Oh ye, student assistant ni pandai bahasa indonesia.
Tapi aku sukar nak faham.
Aku orang Melayu.
So banyak nak kena ajar dia orang ni.
So jalan kaki ke kedai yang jauh amat.
Mereka selangkah, aku dua langkah.
Kan ke penat tu.

Selesai balik apartment.
Rehat. Entah apa yang penat.
Tengok running man di TV.
Ada Oh Ji Ho dan Lee Da Hee.
Gelak kejap although tak ada subtitle.


Malam, Diana datang.
Lecturer dari Indonesia.
Dia ajar banyak perkara di sini.
Oh lupa, satu bangunan besar ni khas ni semua lecturer from all over the world.
So memang mewah betul kami di sini.


Dah, aku nak letak gambar.

terus teringat dalam drama korea yang keluar dari airport ni

sedang aku duduk, aku agak hairan sebab ada ramai budak perempuan sedang tunggu seseorang tiba

rupa-rupanya artis Korea baru tiba dari entah mana. aku tak nampak sebab ramai yang berkerumun. Korean idol ke? dah sure sebab nampak muda

ni dapat aku ambik gambar secara dekat idol tu. tapi entah siapa? mungkin orang lain kenal kot. tapi yang herannya, orang lain di airport walaupun orang korea, sikit tak heran pun dengan idol ni

pramugari korea. tapi dalam flight aku tu aka korean air, mereka pakai seluar panjang

toilet ye, kawan-kawan

rupanya incheon airport terletak di dalam pulau. mana aku nak tahu.


tak sempat nak ambil gambar dari depan. dia orang ni pakai beret senget dan sangatlah stylo. memang beret kena pakai senget kot

actually sama je rupa dengan malaysia. kedai-kedai yang agak serabut ni

phew, setelah sejam perjalanan, sampai gak aku ke uni ni

ni bangunan students tinggal. kebetulan hari aku tiba tu, adalah hari students baru masuk. semester bermula hari esoknya.

ni kereta prof kim. hyundai tu. eh, bukan beg kecik tu je. ada lagi satu beg besar dalam bonet

ni pintu depan apartment aku. bangunan ni ada 9 tingkat. semua tempat lecturer.

ni profesor kim. annyeong haseyo seongsengnim

mentara dapatkan nombor apartment aku, situlah cahaya keluar


prof kim bawa ke lunch. sebelah tu student assistant. si lee dong hwan.

memang gini style lauk dia orang. sampai penuh meja. bukan habis pun. semua sayur dan dan ikan. ikan bilis goreng tu

nasi dalam periuk batu ni. kena senduk keluar dan lepas tu letak air panas dalamnya. nanti jadilah sop. batu tu panas dan otomatik akan panas sop tu nanti

ikan mackerel. sedap tapi agak hanyir. tapi aku habiskan sekor

banyak yang ke arah buatan dari seaweed

nak masuk restoran tadi kena tanggal kasut. sejibik dalam drama korea tu

nilah restoran yang aku singgah tu. sejibik kan

yang perempuan tu another student assistant. ah joong. di luar restoran

oleh kerana now masih winter lagi, so air sungai tadi beku tapi aku tengok ada banyak ikan dalam tu. kesian ikan tu kesejukkan

lawa pulak landscape kat luar restoran tu

ni restoran tadi dari luar



Lepas tu kami pulang ke apartment.
Macam letih sangat.
Tapi aku memang penat.
Masa dalam flight, aku tak boleh tidur sangat.
Orang belakang aku asyik berbual dari 12 malam hingga 5 pagi.
Bukan orang korea pulak tu.
Mat salleh yang bukan berbahasa inggeris.
Rasa nak sepak je.






Seoul, Korea






***