January 31, 2012

Kalau Rindu Cucu, Tengok Gambar Je Hokey



Grandma, this is me!

Can you see my fingers, grandma? I can't.

This is the biggest comb ever, grandma

Can you kiss me, Grandma? I just showered.

No, Uncle Alim. Only Grandma can kiss me.

Yes, Grandma. I will chew my own finger now!

Fine, Grandma. I will do as you say now

Its not my fault, Grandma. I did not throw the money in the bin. Uncle Mat did
See I told you. It is Uncle Mat's fault. He kissed me.

My face is as big as Uncle Alim's. Why grandma why?

Eh. Did I say 'Eh', Grandma?




***

Aku Tak Mahu Belajar


Satu perkara kritikal yang aku sendiri tak mahu belajar sehingga kini dan aku memang sudah block dalam pemikiran aku untuk belajar perkara ini ialah


Arah jalan.


Seumur hidup duduk di Kajang, jalan ke KL pun aku masih fail lagi.


Hishh.


Jangan tanya di mana puduraya, memang aku tak tahu. Kena lukis peta baru sampai.


***

Bawa Barang Pulang ke Kampung



Hari ni si Along dan Maisarah akan pulang ke kampung. Pagi tadi, si Maisarah telah membawa sebeban barangan untuk dibawa pulang. Barang pernikahan dan persandingan. 


Ya, Maisarah akan nikah sabtu ni dan reception hari ahad. Aku tak buat di Selangor. Cuma buat kenduri di kampung sahaja. 


Actually, badan aku yang sudah agak kerepot ini sudah tidak bermaya untuk menghadapi susah hati seperti masa reception wedding Aiman three years ago. Now, makin tak larat. Aku sudah tak larat nak berfikir itu dan ini. 


So serahkan semua di kampung sahaja. Lagi pun di kampung lagi meriah dari di bandar ni.



Aku akan pulang hari jumaat ni. Kena tunggu budak lendu aka Widad balik dulu.



***

Tiada Lagi Fon Call di Opis



Suddenly rasa macam sunyi pulak bila kawan aku yang ke Netherland sudah tiada lagi di Malaysia. Biasanya dia akan call aku di opis dan tanya itu ini mengenai sabbatical. Even last day semalam pun dia risau takut beg dia terlebih berat. Aku bukan pandai nak bagi nasihat pun tapi aku je yang punya pengalaman sabbatical di luar negara di fakulti tu. 

Walaupun ada ramai lagi yang buat sabbatical oversea tapi aku je yang terlebih baik nak tolong. hehe. Sangatlah perasan aku ni. Actually salah satu dalam pertolongan itu ialah nasihat untuk membawa printer 3 in 1 ke sana sebab harga nak photostat sangatlah mahal dan tidak membantu langsung. Dan buat sabbatical perlu mesin tu.


Yang lain, aku cuma suruh bawa serai yang diracik dan keringkan sebab kat luar negara walaupun ada serai tapi harga sebatang lebih kurang 3 hengget. Cis.



***

January 30, 2012

Netherland



Ke airport baru kejap tadi. Hantar kawan aku yang nak ke Netherland. Sampai KLIA at 8.30 malam. Terus rasa best sangat sebab rasa macam aku yang nak ke Netherland. Biasanya ke airport sebab orang yang nak hantar aku tapi kali ni aku yang hantar orang. Memang best. 



Esok pagi jugak aku nak keluar negara. 




***

Kisah Alim



Kisah Alim direcap.


Budak tu merajuk beberapa hari sebab aku tak bagi tinggal di asrama. So setelah aku consult kawan baik aku aka kawan baik aku dan siap dimarah dek kawan baik aku sebab aku tak bagi Alim masuk asrama, maka aku pun terus call Alim dan benarkan dia masuk ke sekolah so-called-rancangan khas-integrasike?-apajelah.


Terus berkali-kali budak ni kata 'I love you, Mum!'



Kalau tak bagi, tak love lah kan!



Anak-anak zaman sekarang memang nak kena sepak!


***

Payah Betul



Payah betul nak belajar bahasa asing dalam usia kau ni. Bahasa baharu. Aku kena belajar bahasa ni supaya aku senang nak berhidup (arghhh, matiklah guna perkataan salah).


Aku belajar sendiri. Tak nak masuk kelas sebab aku takut aku sendiri yang malu sebab sure aku yang paling lembas dalam kelas tu nanti. Dulu teringin nak belajar French sebab dengar dari kawan, bahasa ni senang. Memang kepala hotellah senang sebab rasa nak berbelit lidah nak sebut. Masa aku kerja kat UK dulu, bahasa ni mesti tahu tapi aku setabuk pun tak tahu. Lembas ke haper!

Namun, belajar bahasa asing ni tetapi sukar bagi aku. Selain dari nak ingat arah jalan, ni satu lagi perkara yang aku sangat slow. Hishhh.


So, aku belajar bahasa asing ni dari youtube. Maka berbelitlah jiwa aku sekali. Malu pulak nak tanya lecturer bahasa tersebut di fakulti. Malu sebab payah nak faham bila diajar. Kurang ajar kan!


So, oleh kerana aku berlagak pandai, aku pun belajar terus di peringkat intermediate. Macam tak boleh blahkan! Oit, aku dah try yang beginner punya, tapi macam aku dah tahu je most of the words. Sangat berlagak di situ!


Good luck, DrNotts. 



Aja aja rain!



Eh.


***

A Time To Kill

Aku tengah rerun A Time To Kill. Terus pogoshiposo kat Rain!



Erk


***

Dating



Minggu lepas aku keluar dating. Ha'ah, umur aku gini pun aku keluar dating gak. Eh, suka hati aku lah nak keluar dating ke tak. Jangan nak halang kebahagian aku (eh macam pernah dengar je ayat ni).


Cerita selanjutnya kat sini. 



***

January 27, 2012

Daemul Yang Bukan Orang Melayu



Cubalah tengok Daemul. Memang romantik tapi tak pernah dibuat dek orang normal. Eh, maknanya kita semua tak normal kah?


There is no jealousy nor salah faham. Memang tak pernah dibuat dek kita semua. So still, kita bukan normal. Miahahahhaha!



Actually orang yang tengok Daemul je yang faham apa yang aku tulis. Yang tak faham tu, silalah fikir nak pergi mana di hujung minggu. 


Aku? 


Aku nak ukur jalan. Nak cari serai. Nak keringkan serai. Nak bawa bekal ke mana jua aku pergi.


Ha'ah, aku merajuk lalu membawa serai. uhuk.



Widad, dah update blog ke belum ni! Nak  kena sekeh?


***

PC Office Rosak?

Did I tell you that PC aku di ofis telah rosak. Sudah berbulan rosak. Tapi bila bagi kat technician, elok pulak. (sindrom PC takut kat technician). Dia kata tak rosak pun. Bila aku nak buat kerja, hang berjuta kali.


Siapa punya angkara ni.


Jasper tak bagi aku buat kerja ke?


***

DrAien Ada Di KL



Kawan aku si AP Dr Aien ada di Marriot Bukit Bintang hari ni. Tapi aku tak boleh nak keluar jenguk dia. Lagi pun dia meeting bertalu-talu. Aku lak meeting bertalu-talu. Aku tipu weh. Mana ada aku meeting bertalu kalau setakat jawatan aku yang peon ni je. 



So kami on call je rini. Kot lah nak shopping secara virtual ke!



***

DVD Sebeban

Friday peeps. Aku suka.



Rasa nak pergi bandar hilir cari DVD baru. Hishhh.



Esok kah?



***

January 26, 2012

Widad, You Better Do It



Dear Widad,

Kalau tak nak kena pelangkung, silalah tulis blog setiap hari. Ini paksaan dari ibu yang comel. Ibu yang comel bukan awak. Silalah faham.


Ibu


***

Al-Fatihah Untuk Abah Lurpak

Baca blog Lurpak, agak hiba seketika.



Al-faithah untuk abah lurpak.



***

Birthday Post Yang Sangat Best

Hari ni aku terbaca dua birthday post. Best pulak tu. Terus rasa nak birthday hari ni jugak.


Post 1


Post 2


***

Alim And Hostel


Itulah susahnya kalau ada anak British ni. Bukan totally British heh. Budak ni dibesarkan dalam suasana British. 7 tahun sudah memadai. So perbualan semalam melalui telefon dirakam.


Alim: Mum, have you thought about it yet?

Mum: Yeah. I already told you that no question ask after I made my decision.

Alim: Okay (suara syahdu).

Mum: You can go to that school but no hostel. Your father is going to take you to school and pick you up by the end of the day.

Alim: But why, mum?

Mum: What did I say? No question ask.

Alim: Mum, why Along, Abang Aiman, Kakak, Abang Mamat and Widad got their freedom and I don't.

Mum: What do you mean by freedom? (mana pulak budak ni dapat perkataan freedom and also kenapa dengan freedom related with hostel?).

Alim: Abang Aiman went to England on his own.

Mum: How old was Abang Aiman at that time?

Alim: 18.

Mum: Well, obviously. How old are you now?

Alim: 13

Mum: See, you are not old enough.

Alim: But I am a teenager now, mum!

Mum: Still no hostel.

Alim: What about Widad. She went to UiTM now.

Mum: How old was Widad last year?

Alim: 17

Mum: See

Alim: What about Kakak? You let her go to UiTM Dungun.

Mum: How old was Kakak at that time?

Alim: 17

Mum: Well.

Alim: But, Mum. Why can't I stay in the hostel?

Mum: If Maahad, I will let you. But that school is only like a normal school. It is not even a selected school (no offense to all!).

Alim: Still, Mum. Why won't you let me stay in the hostel? Let me have the freedom to choose!

Mum: (nak kena pelangkung budak ni kang! Nak argue dengan aku!). When you are 16, you can stay in the hostel. Like Abang Mamat did when he was at Teknik school.

Alim: (senyap. tengah sedih ler tu). OK (suara nak negotiate lagi!).


In the end, memang aku dah put my foot down. Tak boleh tinggal di hostel. No matter apa sekolah pun. Kalau form 4, memang aku bagi. Kalau sekolah agama, memang aku bagi.


Kisahnya, Alim ni nak duduk hostel. Semua kawan-kawan dia dah masuk sekolah yang berasrama. Dia tinggal terkonteng-konteng sorang di sekolah sekarang. Tapi Mum dia tak bagi aka aku lah. Ni dia tengah proses merajuk dan tak puas hati. Dia masih nak negotiate dengan aku dan reason yang aku bagi pun dia tak nak pakai.


Itulah bahananya bila anak dibesarkan di sekolah di Britain. Anak orang lain elok je aku tengok. Tinggal lama di luar negara pun masih ikut budaya Melayu. Bagi aku, ikut budaya orang Melayu iaitu terima keputusan tanpa banyak soal. Anak aku ni, bukan main nak reason yang boleh masuk akal dia je. Biasanya kalau berbual dengan dia, perkataan akhir adalah dari aku. Aku akan cakap yang semua keputusan adalah di tangan orang dewasa dan semua keputusan adalah dari aku. Nak jugak guna kuasa vito aku ni.


Aku rasa si Alim ni dah belajar kursus Assertiveness di England dulu. Dia memang berani tampil ke depan dan always bagi pendapat no matter perkara tu cuma perkara kecil je.



Also, dia rasa dia dah ketinggalan berbanding dengan adik beradik lain kerana orang lain semua dah dewasa dan dia masih lagi kanak-kanak. So dia nak sama level dengan orang lain.



Payah budak Melayu berlagak omputih ni.




P/S
Senario ungkitan oleh Alim.

Along masuk asrama masa umur 13 tahun (form 1)
Aiman pergi England sendiri dan tinggal sendiri masa umur 18
Maisarah masuk Uitm masa umur 17
Muhammad masuk hostel sekolah teknik masa umur 16 (tapi empat hari je duduk hostel dan lepas tu call aku nak balik rumah. ampeh!)
Widad masuk UiTM masa umur 17
So Alim nak lebih dari adik beradik lain. Ceh






Nilah budak Melayu-berlagak-omputih-yang-nak-sangat-cepat-jadi-dewasa (belah kanan tu budak berlagak yer. kiri tu aku, melayu tulen)
   
***

Drama Queen

Post semalam sangatlah trajis.


Gulp!


***

January 25, 2012

Let Us All

Die die die


***

Surau di Shopping Complex


Ini untuk peringatan aku sahaja.

1. Jangan bercakap semasa berada di surau shopping complex.

2. Bawa sendiri telekung untuk solat.

3. Jika tiada telekung sendiri, silalah guna telekung yang sedia ada di situ. 

4. Jika guna telekung surau, lipat telekung dengan meletakkan bahagian kepala di atas supaya bahagian kepala itu kering (kerana selepas kita guna, telekung itu agak lembab).

5. Lipat elok-elok dan susun rapi di rak.

6. Masih jangan bercakap semasa sudah selesai solat di surau tersebut.

7. Jangan berangan nak tidur di surau jika ramai orang yang sedang berpusu-pusu untuk tumpang solat.

8. Jangan booking sejadah dengan meletakkan telekung di atas sejadah tersebut sedangkan, kita baru saja nak mengambil air sembahyang sedangkan ramai lagi orang lain nak guna tempat itu.

9. Bila sudah selesai solat, silalah keluar. Ramai lagi orang lain nak solat. 

10. Jangan berbual semasa nak bersolek atau memakai tudung setelah selesai solat.

11. Keluar jelah dari surau bila sudah selesai.

12. Jaga kebersihan surau. Jangan mengada nak tinggalkan tisu atau rambut yang gugur di atas karpet. 

13. Hormatlah sikit pada orang lain yang sedang solat. 

14. Kalau tak nak ikut peraturan di atas, bukak surau sendiri. Kau hengat, ni surau sedara kau ke!

15. Nak marah ni kenapa?


***

Ha' ah

Aku sedang cuba sedaya upaya untuk menyiapkan satu lagi paper hari ini. Untuk publication for next year.


Aja aja!



Boleh blah kalau setakat tulis dalam blog ni je.


***

Just Photos

Suddenly terkenang masa sabbatical tahun lepas. Best jugak teringat winter bila cuaca tersangatlah panas di Malaya ini.




.


Masa di London.


***

A Long Trip


Aku dah siap pack barang untuk ke Troy. Sampai di stesen keretapi, rupa-rupanya nak ke Troy mengambil masa 6 jam. Mak ai, jauh gilos. Mana pulak sempat kalau nak balik harikan!. So aku patah balik ke Maryland dan cancel trip tu terus. 


Kau hengat dekat ke kalau dah sampai 12 jam pergi balik tu. 


P/S Cerita masa di US dulu.




Maryland, US - 2001

***

Widad Rajin



Si Widad ni, kalau balik rumah, mesti tersangat rajin. Dia akan kemas rumah tip top. Rasa macam ringan kejap bila rumah dah bersih. 


Kumapta, Widad. Nanti kemas lagi ye. Bilik ibu perlu di mop sekali sekala. Susun barang kat pantry lepas ni ye!


***

Alim Merajuk




Anak bongsu aku si Alim sudah merajuk seketika. Dia minta untuk tukar sekolah tapi aku tak bagi. Dia nak duduk asrama gamaknya. Tapi still aku tak bagi.


Dah besar dah anak aku ni. Dah pandai nak merajuk! 



Sepak kang!


***

Gaji Awal

Itulah bahananya kalau dapat gaji tersangat awal.



Enjoy sudah. Pastu pening hingga bulan depan.


***

Meeting

Minggu lepas ada meeting with all the Professors and Associate Professors. Of course suara aku je yang kedengaran.


Memang sah aku tak puas hati.


Ada ke makan kuih je lepas meeting? Hishhh.

***

Pepagi Buta dan Fon

Profesor Kim call pepagi buta hari ni. Nasib baik aku angkat fon. So selesai sudah hal yang masih menjadi tanda tanya.



Tunggu minggu depan pulak.



***

Widad



1. Breakfast di McD with Along, Maisarah, Widad, Aiman, Miza and Lana di Nilai.

2. Bertolak ke Bandar Hilir. 

3. Jem gilos.

4. Singgah Dataran Pahlawan.

5. Kedai DVD tutup. Ceh.

6. Terus ke Family store. Nak beli nik nek Widad. Kedai tutup. Cit.

7. Ke Tesco di Masjid Tanah. 

8. Selesai. Hantar Widad ke Lendu.

9. Widad digelar sebagai The Lendu-ian mulai hari ini.

10. Balik Vista jem. Sampai Vista at 8.13. Sempat Magrib. 

11. Moral of the story. Widad bawa kereta macam nak kena pelangkung. 


***

One Of The Stories From Muhammad



4.45 petang. 

Muhammad dan Syafiq (bukan nama sebenar) sedang duduk minum teh di kolej.

Sir: Kenapa awak pakai seluar pendek di kolej ni? 

Syafiq: Kami nak main sepak takraw, Sir. 

Sir: Tapi ini waktu pejabat. Mana boleh pakai seluar pendek dalam kawasan kolej. Kena ikut peraturan kolej.

Muhammad: (Bisu dari tadi sebab memang pakai seluar pendek sambil menyorokkan kaki di bawah meja). 
Peraturan? Tapi Sir hisap rokok waktu pejabat boleh pulak ye!

Sir: (Buat muka sambil berlalu).

Syafiq: Haha. Nasib baik kaki aku cantik.



Lima hari kemudian.


Sir:  Awak pakai seluar pendek lagi ke, Mustaqim? Kan ini library.

Muhammad: Eh, Sir. Sekarang dah pukul 9.30 malam kot. Dah luar waktu pejabat. Boleh je nak pakai apa pun.

Sir: Hish.


***

January 21, 2012

Just One Week



It has been a week now. A week of no writing. 


Widad came back yesterday. With three weeks of college stories. Aha, my two ears had to listen to two different stories from Muhammad and Widad concurrently and they were actually trying to get the 'aha' feedback from me. 


So, I was all ears yesterday.


Like what Muhammad uttered to our ears,


'Biar tak handsome, tapi jangan pekak!'.



As for today, we went to get some groceries (Nilai). Went back home to stack all the foods. Straight to Bangi to get six baskets for the hantaran. Went to Alamanda just to get some Baskin Robin (which we did not even get it since, we totally forgotten about it). Bought a pair of shoes for Maisarah for the wedding.


Opps, ate a bowl of seafood mushroom tom yam goong (ignore the goong!).



Went back home via the 'other' road home. Just to avoid the usual jam to Nilai. Nope. Did not see any hanging ghost. Thought of going to pasar malam but unfortunately 'kenyang' (korean word, mind you).




***

January 13, 2012

Pickled Ginger




Ate loads of  pickled ginger today. 


At Sushi King.


Luvleh!


***


Regret



I shouldn't open my mouth today. I would be in deep regret. 

I shouldn't brag. I felt that I bragged. Now, I totally regret like hell.

Actually they congratulated me. Thats all. They actually meant well.


OK fine.
No more meeting people in doorways.
No more meeting people on the way to the washroom.
No more looking up when walking to the parking space.
Just look down and say no to words coming out from my mouth.





Arghhhhh!


***

Chocolate Delight



Bought a basketfull of cadbury chocolates. Yummeh!


Not to be eaten by anyone. Mind you. Just for display. Miahahhahhaha!


For hantaran of course.


***

Post Dedicated To Me

It is a must. Definitely a must.


To complete at least 6 papers within this two months.


That would be my target to fulfill my whatever.


(Data already taken and still on the shelve in my office. Need to dust the dead thin lizard. Really like a lizard!)


***

Sikap Adil



Aku sememangnya kalau boleh ingin bersikap adil terhadap kesemua anak-anak aku. Tak ada pilih kasih. Oleh itu, aku perlu berkorban segala supaya anak-anak aku tidak terasa seperti disisihkan atau terasa seperti tidak adil. 



Tapi adakah anak-anak akan berlaku adil terhadap aku?



Ohoi, anak-anak, aku nak Galaxy Note jugak!



***

First Badge Journals

Semalam dah submit 4 journals for publication. Masih dalam referee lagi so belum tentu akan terbit tahun ni. Apa pun, tahun depan pun ok. 


Kejap lagi akan submit lagi 4. Hopefully kalau publish pun, tahun depan sebab agak beratur nak tunggu giliran untuk diterbitkan. Journal tu agak famous juga!


***

Anak Buah Pertama Aku



Semalam anak buah pertama aku datang ke rumah. Dengan abang aku yang sulung. Dia akan buat MBA tahun ni. So aku doakan dia berjaya. Dia ni engineer tapi demi untuk upgrade diri dia lagi, dia perlu sambung belajar. He is already 35 and yet masih nak berlajar! Memang bersyukur. 


Good luck to you, my fruit son!



***

What Do You Think?



Writing academic papers.... actually a non-stop torture. 



***

Belanja Yang Tak Nampak

Satu wedding paling lekeh pun habis nearly 30k. Kalau enam wedding? (sebab ada enam anak) sure terjojol bijik mata.

Actually belanja yang kecik-kecik lebih banyak dari belanja yang keluar sederap.

***

Tengah Cari Idea



Ada satu conference di Sungkyunkwan bulan Julai ni. Universiti tertua pada zaman Joseon dulu lagi. So agak gah di situ.

Namun, aku masih belum dapat idea bagi paper yang boleh memberikan aku satu kejutan pada diri sendiri.


So, aku pun tengok balik drama Sungkyunkwan Scandal which yang tiada kaitan pun dengan sejarah uni ni.


Kang aku letak gambar Micky je kang!



***

Patek Phillipe

Di Frankfurt Germany, aku banyak kali singgah di kedai Patek Phillipe. Terasa macam kaya sekejap. Memang agak berdarah bijik mata bila tengok harga setiap jam di kedai tu. So ambil gambar di luar kedai pun dah cukup memadai buat aku yang sebegitu sengkek kalau hal-hal yang mahal ni.



***

Brastagi



Masa kecik dulu, Mak dan Abah bawa kami adik beradik ke Medan. Seminggu. Rasa best sangat sebab first time dapat naik kapal terbang. First class pulak tu. Rasa macam selesa. 


Tapi dua jam dalam flight, dah sampai. Hishh, tak sempat nak tarik nafas.


Brastagi memang best dan nampak gunung yang tak berapi. Cantik sungguh permandangan masa tu. 


Yup, ada adegan naik kuda jugak. Rasa macam tak pernah jumpa kuda pulak. Memang tak pernah pun. 



***

Barang Hantaran



Malam tadi bawa keluar semua bakul hantaran. Along yang so called budak engineer tu pulak yang pandai nak bagi cantik lagi hantaran tu. Malam tadi je dah siap 9 bakul kot.



OK, aku guna bakul. Tapi letak bakul atas dulang lepas tu. 



Simple dan tak semak mata.

Tengok gambar kat sini

Kata asas grafik.


***

Widad


Call Widad pepagi buta. Of course dia buat-buat suara yang dah lama bangun dari tidur sedangkan aku boleh dengar suara serak yang baru nak diadjust bila bangun dari tidur. 

Lagi duduk jauh budak tu, lagi aku kena selalu spot check.


Bukan tak percaya kat dia, tapi memang tak percaya pun!

**

January 10, 2012

The Big Bosses



Tadi pagi jumpa boss besar. Sempat berbincang seketika. Lima minit kemudian masuk boss lagi besar. Terus rasa nak berdiri dan tak mahu berbincang lagi. Tapi suddenly, senang je nak berbincang with the two big bosses. 


Adegan perasan: Bilalah orang nak lantik aku jadik boss besar? 


Realiti: Nak jadi boss besar sebab nak bilik besar. Nak ada secretary. Nak mesyuarat selalu (ni aku tipu sebab aku tak gemar mesyuarat lama). Nak gelak cara boss besar (kalau boss kecik, gelak kecik. kalau dah jadik boss besar mesti gelak sinis dan kadangkala boleh dekah-dekah).


So aku duduk 4 minit je. Lepas tu aku berdiri sebab rasa macam alien di situ. Terus rasa nak ditelan dek bumi dan hilang atau dengan harapan ada orang lain masuk supaya aku tak perlu berada di senario bersama dua boss besar.

Geran KPT



Hari ni dah submit application untuk geran KPT. Mintak 120k. Dapat belum tentu. Kalau dapat pun, sure kena slash separuh. Maknanya aku buat research separuh jalan je. Ni yang aku marah. Buat proposal sampai bersengkang mata. Aku tipu. Tak sengkang pun. Cuma lenguh mata tengok font buruk.


***

Gred Yang Itu

Soalan yang diberi tu memang senang sangat. Tapi alangkah tidak damai bila nak tanda, banyak yang entah apa dijawab. So jangan kau mereng bila tengok gred sudah tidak senyum lagi.


***

Sarung Cincin




Semalam adik aku si Yacik call aku. Eh, dia text suruh aku call sedangkan aku tak ada credit. Ha'ah, pensyarah macam aku pun pakai top up, hokey. Jimat gilos. 


So dia bagi tau, kalau dia terpengsan masa upacara sarung cincin bertunang untuk anak dia, aku yang kena buat sebab aku ni ibu wajib kepada anak dia. So maknanya anak aku jugaklah.



So now, aku tengah fikir. 


Baju apa pulak aku nak pakai? Aku mana ada baju kurung. Jeans boleh pakai ke?


So nanti kena singgah D'Alfa. Nak tempah sudah tak sempat. 


***

Alim Abstract Noun


Alim call aku semalam. Dia tanya. Apa itu abstract noun. Oit. Tergamam kejap. Mana nak ingat. Yang aku ingat noun saja. Tapi abstract? Abstract painting. Hishh dah tua-tua ni abstract noun pun tak tahu. Dahlah degree TESL. Mesti aku tertidur masa lecturer tu bagi lecture. 



***

Ajakan Baharu



Aku ingatlah, aku kena beli hadiah untuk aku iaitu selain dari galaxy tab, camper, laptop, aku nak juga Honda accord. 


Hishh, boleh terliur bila tengok Honda accord warna pearl white. 


***

Muhammad



Ahad kelmarin, si Muhammad call. Ye, budak tu kalau tak ada lecture, sememangnya akan duduk di rumah tumpangan itu aka rumah sewa. Anak lelaki memang tak lekat rumah. 


So dia actually guna phone kawan dia untuk text aku suruh call balik. 


So aku call balik.


Dia bagi tau results dia.


Aku pun excited.


So kesimpulan results dia, aku yang akan dapat galaxy tab. 


Try again untuk next semester yar. Kali ni akan diberi ganjaran hebat. Kalau 4 flat, ibu bagi flight ticket to Korea. Nak? 


So, mengaji elok-elok.


***

Tom Yam

Sejak rasa sedap masak tom yam guna ramuan ori rather than guna kiub tom yam, rasa macam tak sedap pulak nak guna kiub tu.


OK, this sentence is really confusing.




***

Lana And Honey

Lana cucu aku tu dah pandai apa agaknya ye.



Mesti dah pandai buat kimchi.



Suddenly terindu pulak dengan honey aku di kampung.




Honey, I miss you!


***

Widad



Kata anak tokey udang! 



Siapa? Widadlah. 


Of course dia tak dapat duit makan di UiTM tu. Saper nak bagi duit lebih bila kau tu anak tokey udang. 



Siapa? Widadlah.



So, Widad perlulah ingat selalu kena minta duit belanja. 


Kalau tak nak mintak, tak apa. Makan air, minum kertas A4 yang belambak ibu belikan tu.




***

Maisarah

Dalam seminggu je, si Maisarah ni telah menjalani kehidupan di dua tempat yang berbeda (sila bunyi nusantara!).


Dia quit UPM. Dia masuk ke Macy. Kerja 5 hari. Quit Macy. Kerja UPM.


Adakah kehidupan dia sememangnya keliru.


Oi Maisa, tau tak apa tu nasik?


Ok, tiada kaitan.


***

Gomen With Gaji

Orang gomen akan dapat gaji senin depan. Ya, hencik. 16hb kot. Hishh. Sure habis gaji malam tu jugak. Dahlah bulan dua jauh lagi nak dapat gaji baru.

Oit, gaji baru aku cukup membuatkan aku sengih bila jalan kat pasar malam sorang diri.


***

MidVeleh and Camper



Along bagi tau aku kelmarin bahawa ada kedai Camper di Midveleh! (Midvalley!). So aku pun begitu excited hingga kena korek tabung demi nak cari satu but lagi. 


Mana nak beli galaxy tab sebab nak main angry bird with only one finger. 

Mana nak beli camper untuk aku gunakan bila nak tendang kucing.

Mana nak makan kat food court di Midveleh tu dengan kedai yang membuatkan aku terliur memanjang.


Arghhhh!


***

Opis


Bila aku timbul je di opis, macam banyak betul kerja. Semua orang nak jumpa (bukan semua tapi student masters and PhD je pun). 


Esok aku akan timbul lagi. So sudah berderet appointment termasuk appointment nak survey beli hadiah untuk diri sendiri. What the what!


***

Claim Form Je Pun



Semalam aku siapkan claim form for MGM untuk tahun lepas. Agak lambat mengisi borang sebab terlalu ralit dengan duniawi. Eh.


So now, kena tunggu ching ching!


***

Viva Masters


Tadi pagi ada viva. Bukan student aku. Aku cuma examiner je pun. Student masters. 


Pass with major correction. OK, di UPM major correction means you can amend within the period of time. Tak sampai 3 bulan pun. Kalau di UK, major means really major. Maybe from six to 12 months. Uni akulah. Uni orang lain aku tak tahu.



OK, balik office ada empat student bachelor yang nak jumpa untuk project paper dia orang dan sorang student masters. Erkk. 



Inhale. Exhale. Inhale. Stop.


****

January 5, 2012

Galaxy Tab



Memang sah aku kena beli galaxy tab.



Mesti beli.



Bulan depan  kena beli.




Bila ada galaxy tab, aku boleh main angry bird tanpa gangguan.



***

Lunar Year



Tahun ni kami tak sambut Lunar year. 



Eh, memang tak pernah sambut pun.



Eh, actually sambut jugak sebab cuti so dikira aku sambut hari tu. 


Sambut dalam keadaan sugul setiap tahun kerana semua kedai tutup dan kena masak sendiri di rumah sambil makan kuaci (bukan minyak sunflower) dan pening sebab asyik pandang each other throughout the long horendous holiday. Arghhh. help.




So, dear kanaks di rumah, bear with me. 




kill kill kill. die die die.


***

Amalina

Aku tak faham kenapa orang ramai suka nak kutuk pelajar ni. Sungguh tak faham. Aku rasalah, yang ramai kutuk ni, orang yang tak pernah ke luar negara. Tapi mungkin aku salah.


Aku yang sudah tinggal di luar negara  selama 7 tahun, sudah masak dengan perasaan pelajar yang seringkali stress kerana jauh dari keluarga dan bebanan pelajaran. So dengan adanya semua yang entah apa-apa ni, akan membuatkan pelajar yang berada di luar negara itu lebih kalut. So, silalah stop!


Bagi aku, kepada orang ramai yang suka nak mengutuk tu, kutuk dulu masyarakat yang berada di Malaysia yang sememangnya ada yang tidak sedap di pandang mata (sebab dia cantik sangat dan aku jealous! hisshhh!).


Atau lebih baik, tengok diri dulu dan tak payah nak tengok orang lain.haha.



Amalina dah banyak buat research and she has quite a number of  papers. Really proud of you, girl!



Some of us nak tulis satu paper pun berdarah bijik mata (walaupun aku boleh tulis dalam 2 jam je. sila muntah di situ! oit, itu tak termasuk nak dapatkan data which yang mengambil masa kadang2 more than dua tiga bulan and sometimes more!).




To Amalina,

Jangan  hiraukan semua ini. Just study dan enjoy doing it. Kami sekeluarga doakan supaya Amalina berjaya dengan cemerlang walaupun memang sudah cemerlang.





You go, girl!




***

Berlatih Dulu



Kawan aku cerita, dia bawak anak2 dia ke universal studio di Singapore. 



Aku tanya, 'tak panas ke?'. Dia jawab, 'anak-anak aku tahan panas bila dah jumpa banyak rides!'.


So aku buat kesimpulan.


Sebelum pergi ke Universal Studio, kenalah berlatih pergi ke Nilai 3 pada pukul 12 tengahari.


***

Macaroon



Lupa nak cerita. Masa kami family outing di Mid Valley ritu, aku sempat beli macaroon. Beli pun 3 bijik je. Mahal weh!. RM3.60 sebijon. 


So demi nak rasa, aku beli pelbagai rasa. Aku punya strawberry. Share 3 orang. Yang lagi dua pun, semua orang share.


Memang sedap gilos. No wonder mahal. Ingatkan rasa macam biskut biasa je tapi memang fuuhhhh.


Oleh kerana tak berkemampuan nak beli banyak kerana sekali hadap sure sure habis sebalang besar maka akan bangkrap lah daku seketika maka kami abaikan perasaan ingin nak makan macaroon lagi.


Kirim salam banyak-banyak kepada macaroon, hokey!



P/S kalau beli famous amos cookies, boleh pulak beli sampai 400gm sekali hadap. macaroon ni macam terkilan je sebab mahal bebenor. lagi pun kalau si muhammad si pemain rugby tegar tu akan makan 5 biji sekali telan. Kalau dua puluh kali telan? Erk.




Kalau nak makan banyak jugak, silalah rebus gambar ni dan telan.





*groupon

***

Glory Jane (Man of Honour) - 2011

Aku berjaya tengok 24 episode drama ni. Memang best. Aku suka script drama ni. Memang bagus dan tidak menjemukan.



*google
***

Along



Mata Along suddenly bengkak. 



Alergy reaction.



'Maisarah, ikut Along ke klinik!', jerit aku dari bilik.


Terus risau sebab sebelum ni, Along pernah ada alergy reaction dan terus kena block airway and dia tak boleh nak bernafas. 

 
Dia makan apa tadi ek?



***

Student Aku

Student aku exam semalam. Paper aku. Kesian jugak aku tengok mereka. Eh, tipu. Aku tak kesian pun (miahahahhah).


Bilik exam tu panas kedahar. Aku sendiri tak boleh nak bernafas bila lalu di laluan tengah bila nak tengok student. So aku pun duduk je di depan sambil baca assignment budak seni lakon.


Tapi budak-budak ni aku tengok, pakai jaketlah, tracktoplah. Mereka ni tak panas ke?



***

Widad



Semalam Along ke Melaka. Hantar printer Widad. Printer Widad sudah rosak sedangkan baru beli (kau hempok ke, printer tu?).


So tukar printer aku di rumah dengan printer dia.


Pesan Along pada Widad, 'Kalau tak belajar rajin-rajin dan kalau tak dapat 4 flat, memang aku telan bijik mata kau!'.



OK, ayat yang hampir akhir tu, aku tetap tipu. 



***

Remedy


Jika susah hati, silalah makan kuaci. Jika tak boleh tidur silalah  makan kuaci. Kuaci sunflower. Bunga matahari. Memang boleh tidur nyenyak.


Kalau tak ada kuaci, carilah something to do with kuaci. 


Minyak masak dari sunflower. Telan je dua sudu.


Dah, jangan percaya cakap aku ni!



***

January 3, 2012

Itulah Sebabnya


Hari ni dah mula exam bebudak di UPM ni. Macam kesian je tengok muka mereka yang serabai dan tak cukup tidur. Tak, aku tipu. Aku tak kesian pun. Saper suruh baca buku last minit.


***

January 2, 2012

Congratulation To Aliaa aka Along



To my daughter, Sr Siti Nur Aliaa Roslan aka Aliaa aka Along, 



Congratulation!



For being appointed as the Head of Department (HOD)



(presumably for Department of Geomatic Engineering, Kuala Lumpur Infrastructure University College!)



Am proud of you.



***

Quit Her Job

Yup.


Nur Maisarah aka Maisa quits her job. No more UPM for her.


Opps, she is still a student though. Therefore, every weekend will still be for UPM.


So to her, good luck.


Do well and work hard!



***

I Heard



Frankly speaking, we don't celebrate new year. My kids and I. I wonder what celebration would be suitable for new year. There is no different compared to another new year. I know, it sounds lame but as being me, I don't even remember my own birth date never mind the kids. 


I do try to ask others on how and why they celebrate new year. Maybe the joy of having countdown with friends and family or even with people who celebrate the day. Yeah, they did mention about having new resolutions. But they can always have new resolutions anytime and not having to wait for new year.


Yeah, yeah, am one of the oldies who will definitely forget what has happened the minute the next new thing happened. So ignore me. Nevertheless, I still listen to stories on new year. Their new things.


So as of today, be it!


***

Back To School Peeps


After a long break (one week or somethin'), the kids went back to their respective homes. Sounds odd but its true really.


Widad went back to Lendu this morning. Oppa took her at 8.30am. 

Alim went back to Taiping last two days. Maisa noona took her at 5 pm on saturday.

Along still at Vista.

Maisa came back from Taiping yesterday and at Vista.

Muhammad aka Widad's oppa came back from Lendu just now and at Sepang.

Therefore, back to school everyone!




Mum is alive and enjoying every minute of her life. 



***

January 1, 2012

More and More Mellow

Definitely calm and serene!



***