Ini untuk peringatan aku sahaja.
1. Jangan bercakap semasa berada di surau shopping complex.
2. Bawa sendiri telekung untuk solat.
3. Jika tiada telekung sendiri, silalah guna telekung yang sedia ada di situ.
4. Jika guna telekung surau, lipat telekung dengan meletakkan bahagian kepala di atas supaya bahagian kepala itu kering (kerana selepas kita guna, telekung itu agak lembab).
5. Lipat elok-elok dan susun rapi di rak.
6. Masih jangan bercakap semasa sudah selesai solat di surau tersebut.
7. Jangan berangan nak tidur di surau jika ramai orang yang sedang berpusu-pusu untuk tumpang solat.
8. Jangan booking sejadah dengan meletakkan telekung di atas sejadah tersebut sedangkan, kita baru saja nak mengambil air sembahyang sedangkan ramai lagi orang lain nak guna tempat itu.
9. Bila sudah selesai solat, silalah keluar. Ramai lagi orang lain nak solat.
10. Jangan berbual semasa nak bersolek atau memakai tudung setelah selesai solat.
11. Keluar jelah dari surau bila sudah selesai.
12. Jaga kebersihan surau. Jangan mengada nak tinggalkan tisu atau rambut yang gugur di atas karpet.
13. Hormatlah sikit pada orang lain yang sedang solat.
14. Kalau tak nak ikut peraturan di atas, bukak surau sendiri. Kau hengat, ni surau sedara kau ke!
15. Nak marah ni kenapa?
***