March 3, 2015

Cinta Terhalang

.
.
.

Jenuh nak letak tajuk post tapi asyik tak jadi. 


Kita sambung kisah budak yang tak sampai umur 20 dan baru berkenal-kenal dengan lelaki. Ya, aku sangat susah hati. Setiap pergerakan dia aku jaga. Dia nak keluar pun, aku suruh ambil gambar dan hantar kat aku. Boleh!!!! Sudah tentu. 



Kadang-kadang, dia bagi tau, budak lelaki tu ajak dia pergi makan. Hmm, aku pun suruh dia bawa kawan. Tapi dah kata jauh. Boleh percaya ke. Suruh ambil gambar lagi. Boleh je dia ambil gambar pastu buat adegan lainkan. Sukar sukar. Sangat sukar bila jauh dari aku ni. Akhirnya memang tak bolehlah dia keluar. 



Relaxlah. Bak kata kawan2 aku. Janganlah jadi mak yang control sangat. Kata kawan2 aku lagi. Aku pun, siaplah 'hoi kan' kat kawan2 aku tu. Anak aku. So suka hati aku lah nak control ke tak. Hahahhah, sangat garang aku. Yelah, anak pompuan kot.  



Awal2 lagi, aku cakap kat dia. Tak payahlah berkawan2 sangat. Belajar dulu. Habiskan diploma. Habiskan degree. Habiskan master. Habiskan Phd. Baru fikir kawan.  Wah, letih tak berkawan anak aku tu nanti. 









So keputusan aku kat dia, ialah Tidak. No No. A definitely NO. 


Maka cinta anak aku dengan budak tu tidak ku benarkan. Lebih kurang pada mereka, cinta mereka terhalang.  



Tiap minggu balik rumah. Tak boleh tinggal Lendu masa hujung minggu. Jumaat balik. Ada faham!!!!!






!!!