June 7, 2021

Miss Vaccine dan Aku

 .

.

.

Hari ni appointment vaccine.

7 June 2021. 

First dose.

Maka, alim drive. 

Doktor perempuan datang menyusul dari rumah dia. 

Malaysia panas aduhhh. *tiber


ni kanak Alim temankan. yup, aku siap bawak kerusi kot. mana tau kena berdiri lama. 

                

Dr Aliaa pun datang. Dari jauh mu maghi deh. Sanggup dia datang, kang kena saman tak pasal. Dah kenapa sekampong nak hantar. 

aku ni segan nak naik wheelchair sebab bukan kritikal sangat pun. tapi ada encik yang pakai uniform kat ukm ni tengok aku bertongkat, lalu dia suruh naik wheelchair. aku cakap, tak per kot. kesian anak saya kena tolak. pastu dia jawab, bila lagi dia nak tolak kan. so aku terus terfikir, bila lagi nak duduk silang kaki sambil ditolak dek sorang doktor niha. 


habis je injek, aku pun nak gak posing. dak dak volunteer suruh aku ambik gambar atas wheelchair je. aku cakap, tak boleh sebab nak gak posing habis. yup pakai cardigen supaya senang nak injek tapi panas ya amat. ciss. 

                                awak buat apa kat atas tu, Jasper? 


                                                      너무보고 싶어


 
         제발 날 기다려 줘

.

.

habis injek, pergi singgah ioi. 

beli sushi kat zenmai.

alim nak sushi.

doktor perempuan tu nak sushi.

aku nak kari udon.

settle semua, kami balik.


so far so good.

insyaallah. 

Allah will do it.



p/s side effect? well, side effect aku sangat ketara iaitu, aku nak pergi holiday sangat2 ni. kasut aku tu kasut timberland. dah setahun lebih terperuk kat dalam almari. next vaccine nak pakai kasut hijau trafik light. 



~~~~


June 2, 2021

KANAK AND DARURAT 3.0- 1 JUN 2021

 .

.

.

Darurat kali ke 3 bermula pada 1 Jun 2021.

Aku memang dah adapt suasana duduk rumah most of the time. 

Nak keluar pun fikir banyak. 

Groceries pun boleh beli online. 

So no problem.


Sebelum darurat biasanya, aku dan kanak2 akan lunch kat luar. 

Memang jarang masak.

Dapur memang tak jumpa kat mana tah. 

Now kena masak.

Belanja bulanan pun jimat sangat.

Sebab masak.

Kalau dulu banyak duit habis sebulan semata makan kat luar.

Now duit2 still tak nampak jugak. Entah pergi mana. 

Heh. Motif nak jimat kalau asyik dok klik shopee dan lazada.

Kelmarin je dah beli 2 tub baskin robin.

Si Alim ni nak sangat.

Entah macamana nak pergi ambik aiskrim tu tah. 


1 Jun jugak aku dah mula ambik cuti rehat. 

Till pencen. 

4 bulan aku cuti. 

Walaupun tak ada beza pun sebab work from home.

Semua lecture dari rumah dan still jalan untuk sem ni.

Still, nak habiskan cuti tu jugak.

Ada nak dekat 100 hari cuti rehat kot. 


Bila dah start cuti ni kan. 

Like, krik krik krik.

Sama je.

Still tak boleh pergi holiday ke Sweden.

Still tak boleh nak singgah Hungary. 

Still tak boleh tengok aurora kat Iceland.

Nak pergi tengok cucu 11 ketol tu pun tak boleh, nak berangan holidaylah konon.

Cit.



Tengok jelah bangunan kat luar balcony ni hari2. 

Adehhhh.


.

DrNotts biasanya wasap Alim most of the time sedangkan Alim ada je kat dalam bilik dia. Ampeh punya anak bujang yang lupa mak dia duduk serumah. 


~~~~


March 12, 2021

Alim Diam

 .

.

.

Aku dah mula belajar bahasa isyarat.

Dah nak sebulan dah ni.

So far, so good. 

Pandai jugaklah aku.

Hari tu, aku keluar ke IOI dengan Dr Aliaa.

Aku duduk kejap rehat kat one of the tempat duduk yang bulat tu.

Ada beberapa orang jugak duduk situ.

Aku guna bahasa isyarat untuk borak dengan Dr Aliaa.

Ada sorang budak lelaki.

Dok asyik tengok kami berdua. 

Sure dia pikir.

Nenek ni buat apa dengan tangan gerak2.

Makcik tu buat apa dengan tangan gerak sambil sebut perkataan.

Aku rasa, sure budak tu ingat aku ni cantik dengan bahasa isyarat.

*tiber.

.

.

Tapi aku rasa lah.

Elok kita semua belajar bahasa isyarat.

Maklumlah, kadang2 malas nak bercakap.

Guna bahasa isyarat je kat kanak2 kat rumah ni.

Biar dorang stress kejap untuk faham.

Baru kita padan muka dorang terkial-kial. 

Heh.

.

.

Alim baru dapat result untuk sem lepas. 

Dia dapat 3.76.

Dia wasap aku dan Dr Aliaa dalam grup wasap.

Aku sampai rumah tadi.

Aku lupa nak congrats dia.

Terus dia tanya.

Well, mum? 

Aku jawab.

Well, what? (sebenarnya aku memang lupa)

Terus aku jawab lagi.

Ohh, that one. 

Why tak wasap to me first? (ni trick lama yakni kena bagi tau mak kau above all)

Dia jawab.

I did, I wasap to you and Along.

And I said,

I am your mum. I should know first (berpura2 sedih dan pilu).

So kesimpulan.

Memanglah tak jadi sedih dan pilu.

Sebab dia ingat dia fail dua subjek.

Pastu tengok, dapat A lak tu for both. 

Maka, esok kami akan celebrate.

Keluar with mask on to which yang aku tak suka.

Lepas makan, balikkkkk. 

Aku lemas dalam mask.

.

.

By the way, 

Alim baru personal wasap aku.

Dia letak semula gambar results dia.

Pastu dia sebut.

"Hehehehe sorry mummeh. You are number 1 in my heart"

Aku jawab dalam hati.

Piirahhhhh

.

.


Aku akan guna bahasa isyarat dengan dia hari ni. 

Heh.

.

.




February 10, 2021

Sangat Terer Aku

 .

.

.

Aku ni kan.

Main Ukelele lagu Ed Sheeren.

Sambil baca note lagu tu di youtube.

Sambil tengok TV drama entah apa. 

Semua kena sambil. 




Semua salah Alim.


~~~~

January 13, 2021

2nd PKP starts today. Again.

 .

.

.

13 Januari hingga 26 Januari 2021. 

Update: Disambung hingga 3 Februari 2021.

Update: Disambung hingga 18 Februari 2021.

Update: Disambung hingga 4 Mac 2021.

Update: Disambung PKPB hingga 18 Mac 2021.

Mari duduk rumah. 

Makan kuaci. 

.

Me.... ten years later.

Apekebende PKP ni? 

Well, dear me ten years later,

PKP ni bermaksud kena duduk rumah jangan keluar, not even cita2 nak masuk mall sebab semua kedai kat mall tutup kecuali restoran. Tak boleh pergi opis langsung. Mengajar online. Baru sedar yang kuaci paket warna lain sangatlah tak sedap. Kena masak hari2. Rutin hari2 sama je. Semua drama dan movie kat netflix dah habis tengok. Pakar main ukelele. 


PKPB tu apa? Well, for me sama je macam PKP. Cuma nak keluar, boleh lalu highway kalau nak ke Kajang or UPM. 


Still kena mask bila keluar.

.

Me... twenty years later.

krik krik





~~~~ 



January 7, 2021

KyoChon With Alim Park

 .

.

.

Keluar dengan Alim ke Aeon Nilai.

Nak makan kat Johnny's.

Boleh pulak Johnny's tak boleh dine in.

Alasan, bahan tak cukup.

Boleh takeaway je.

Apo Johnny's.

So nak tak nak pergi opposite Johnny's yakni KyoChun eh KyoChon.

Aku tak lah berapa suka makan kat sini.

Tapi gagah sebab si kanak Alim ni nak makan.



ni alim punya. garlic soya sauce. doploh ketul gak. radish tu aku makan. best.

ni ada madu rasanya. aku tak suka ayam yang manis. ada doploh ketol drummet dan wiggette yang besar kutu. Alim punya. Radish tu aku punya sebab sedap. 
 

garlic rice. aku punya. bolehlah. 
garlic soya sauce tapi drumstick. aku punya. aku mampu makan dua je. sebab masih panas. kalau dah sejuk, aku terus tak lalu. 


ni budak yang pakai sweater baju winter sebab Malaysia tengah winter sekarang ni. lecak ketiak tak tu. 

"Mum, tadi tengah kunyah. tak elok gambar. snap now. tengah control ni", bisik alim sambil mulut tak gerak. 



Tak habis makan. 

Kena bungkus ayam kecik2 tu.

Tadi tamak.



DrNotts kena main scrabble supaya ingat banyak vocab! 



~~~~ 

January 3, 2021

Dua Kanak yang Buat PHD

 .

.

.

Aku berjanji pada diri aku yang aku tidak akan bertanya lagi tentang perkembangan PHD Maisarah dan Widad. Aku terlalu nervous and selalu dapat anxiety attack. Malam tak boleh tidor. Teringatkan progress tesis dorang ni. 

As a mum, aku mahukan anak2 aku berjaya. Semua mak akan rasa gitu. Namun, mum ni, macam over acting sangat. Pester anak untuk dapatkan PHD. Rasa nak gilis dan penyek2kan dorang ni supaya rajin siapkan tesis. 




Dah tak boleh tidor berbulan2 dah ni. Adehhh.


~~~~