March 10, 2017

Impeachment

.
.
.


Hari ni diisytiharkan impeachment terhadap Presiden negara aku tinggal ni.
Masa nilah yang diimpeachmentkan.

Masa aku kat sini 2012, dia jadi the first presiden Korea yang perempuan.
Semua rakyat bangga giler.
Now aku kat sini gak 2017, dia dikehendaki turun secara paksa.
Semua rakyat macam tak hengat dunia.

Sebenarnya dah 19 minggu rakyat Korea buat piket/demonstrasi di Seoul.
Sejak tahun lepas lagi.
Sebab tu tak boleh ke Seoul pada hujung minggu.

Tapi oleh kerana hari ni yakni, hari jumaat pulak diisytiharkan hal presiden dorang ni.
Maka, aku dan alim tak berani nak kemana-mana.
Alim je pergi gwangju untuk solat jumaat.
Aku tak ke mana.


Kang tak pasal, aku terlibat sama lak.
Muka memang tak rupa Korea pun.
Tapi dah pergi supermarket Korea, sure dia ingat aku Korea. Eh.

Pastu, hari ni ramailah manusia kat Seoul.
Ada yang marah sebab tahan presiden dorang.
Yang sokong tu, semuanya tua belaka.

Yang golong muda.
Semua nak perubahan.

So tadi, ada dua orang mati.
Yang piket tu lah.
Tengok tv sini, ngeri pulak piket dorang.
Polis siap tergolek dipukul dek dorang tu.

Harap Malaysia aman.
Walaupun ada banyak piket sana sini.
Malaysia tetap aman. Insyaallah.

Sebab yang penting.
Semua rakyat Malaysia.
Tak kira bangsa apa.
Semua suka makan.
Bila makan.
Semua orang tak gaduh.



Esok kami duduk rumah jugak.
Tak nak keluar.
Hingga minggu depan.


Esok lusa.
Sure ada drama goblin versi presiden korea.
Err, nak ke goongyoo dan doongwook berlakon nanti?
Hmm.



Impeachment is the process by which a legislative body formally levels charges against a high official of Government.

.
.

Yongin, South Korea

***