March 2, 2017

Kenapa Korea Cuti 1 Mac? Jawab

.
.
.
Aku kerja dua hari je seminggu. Dah sebut dalam blog sebelum ni. Kelas hari Selasa dari 9.30-3.30. Khamis dari 12.30-3.30. Habis kelas balik rumah. Kalau kelas start lambat, aku pergi kerja lambat. Ni style kat Korea. Sebab tak perlu nak bertunggu tangga kat opis. Boleh buat kerja dari rumah. Work from home, you know.



Well, semalam 1 Mac yakni hari rabu aku memang tak kerja. So aku pun relaxlah duduk rumah. Pastu intai kat tingkap. Kenapalah student tak ada yang lalu lalang atau sibuk nak ke kelas. Sampai tengahari still sunyi sepi. Pastu baca kat ig sorang ni yang duduk di Korea juga. 



Rupanya 1 Mac ialah cuti satu Korea.



Nasib baik aku tak kerja. Kalau tak, dah sure aku pergi ke kelas pastu orang tak ada. 


1 Mac ialah hari perayaan sempena Korea Selatan terlepas dari Jepun. Jepun jajah Korea agak lama. Tu yang musuh sampai sekarang. 



Dah, tu je nak cerita. Kalau aku kerja semalam, dah sure aku malu setahun.


tak sempat nak cicah cokelat. habis terus kami makan

sedap gilos pergghhhh. mentara musim stoberi. so makan banyak ler

.  
ni kat cafe Nescafe kat bawah apartment. tunggu Prof Song datang. kalau aku sorang memang tak lah aku nak minum kopi. i dont do colored drinks
cokelat the best. memang sedap giler. kat sini tak ada lah aku risau put on weight ke haper ke. sebab aku kurus sikit adalah sebab jalan banyak kot. 

mangga dua bijik 9,000 won. lebih kurang rm36. balik kupas dan makan. mak ai, masammmmmm. rugiii




Yongin, South Korea


***